Ahad, Januari 13, 2008

Hujung Minggu - 12 Jan 2008

Bicara ku bermula dengan salam

Wah bestnya minggu nie aku cuma bekerja 3 hari sahaja.. yer la hari keempat kita sambut Awal Muharam dan hari kelima aku terus cuti hinggalah Ahad.. Sepatutnya aku harus berada di Putrajaya untuk habiskan kerja2 ID di KTPM tapi memandangkan aku teramat letih cuma hari Rabu petang dan Khamis sahaja aku disana.. yang lain my group yang uruskan... hehehehe...

Semalam (Sabtu) borak kat phone dengan hubby Kak Ina.. nak datang umah aku.. heheh.. aku alu-alukan je... "Adik masak yer".. ok jer.. jawap ringkas..

Awal pagi aku dah bangun KC datang jemput aku... thanks pada KC kerana dari jauh sudi datang bfast dengan aku... as friend u bagus la.. dan thanks jugak kerana belanja bfast di sec 21.. Lepas borak2 aku terus ke Giant sec 18 dengan KC utk beli bahan nak masak lunch untuk Kak Ina dan famili... Semalam berangan nak masak nasi ayam.. tapi masa sedang beli bahan masak.. aku call Kak ina, hubby dia nak makan ikan... so terpaksa la tukar menu... hehehe...

Balik umah lepak kejap KC blah dan aku terus masak.. Oh yer "Apa" kawan lama aku dulu dari Seremban kebetulan datang semalam untuk hadiri interview di KL.. so dia lepak la kat rumah aku sekali.. at least ada jugak teman.. yer la si Apek pun dah pindah kini aku kesorangan kat rumah... sedih sedih..

Aku kejutkan Apa yang masih tido.. letih agaknya semalam jam 2 pagi baru terlelap mata kerana borak2.. yer la dah lama tak jumpa... jam 12 tgh aku start masak.. kepala dah blur nak buat menu apa.. last sekali aku sempat masak ikan goreng sambal dan sup sayur.. Jam 12.45 tgh Kak Ina sampai... aku kerah dia suruh kisar sambal belacan.. hahaha padan muka.. kentut la kak ina.. nak buat sambal pun tanya ramuan adik ker...

Fun n enjoy la.. at least aku tak kesorangan.. ada jugak Kak ina dan famili dan si kecik dan juga Apa temankan aku di hujung minggu nie...

Oh yer hari nie jugak aku ke Cheras, rumah lama aku.. jumpa my counsin Chonz, ambik monitor pc aku untuk kasi pada Kak Ina.. sbb monitor dia dah "demam kuning".... dah demam bawak la pi jumpa doktor.. kentut la...

mmm.. petang aku kesorangan.. ops silap.. Apa masih ada kat rumah.. dia layan CD jer aku lak layan fikiran... sempat lelap pintu di ketuk.. mm.. ada "tetamu" datang rupanya.. siapa tak perlu aku cakap la... " tapi aku tahu tetamu tu sure salah sangka apabila lihat ada Apa kat rumah"... lantak la aku dah malas nak jelaskan lagi... lepas dia ambik barang terus blah.. aku just diamkan diri... bukan takut tapi, dah malas nak bergaduh... biar la dia terjun dengan labi2nya.. hehehe...

Ok la aku chow dulu yer.. lain kali aku kita citer lagi...bye bye...