Khamis, Julai 26, 2007

Puteri Manora


heloo. assalamualaikum...jumpa lagi hari nie.. cerah cuaca di Kl ... tapi petang semalam hujan lebat.. basah aku ketika kejar diri nak masuk dalam kereta...hahah...dah tu jalan jame.. sampai umah kul 8.00 malam.. so terpaksa la bukak puasa dalam perjalanan jer... nasib baik dah beli fresh oren awal2 sebelum balik tadi...

Menu aku malam tadi sekdar Nasi Goreng entah la nak beri nama apa..sbb apa yg ada kat kitchen semua aku bedal masuk dan gaul jer sekali... hahahha..

Hari nie aku sempat masukkan photo2 yg aku ambik masa hadiri teater Muzikal Puteri Manora minggu lepas pada hari Khamis... aku pergi pun sbb pengarah teaternya member dari DBKL... dan dia minta aku ambik photo shoot sekali untuk para tariannya...

So tak ada apa la sgt ttg teater nie.. tak ada nak aku komenkan.. tapi jalan ceritanya tak bosankan... maybe sbb ada muzik sekali...yer la nama pun teater muzikal kan... apa la aku nie.. sure ada muzik dan lagu...

Kepulangan aku ke kangar Jumaat, sabtu dan ahad lepas tak ada apa nak di storykan disini.. tak ada apa aktiviti pun kat sana.. hujan jer setiap hari.. sekadar melahap sepuas2nya dengan masakan mak aku jer...

so minggu nie aku nak habis masa di KL sahaja.. tak berjalan kemana2 pun.... nak bersihkan umah la.. dah 2 minggu tak vacum.. habuk bersepah jer.. pastu si hmate aku lak Reez penuh dengan assignment dan minggu depan ada exam... jadi as frend aku perlu tolong dia... kesian aku tengok... mmm... biasa la student kan...

ok la kalau u all nak tengok pic2 untuk artis teater Puteri Manora boleh la bukak dalam My Collection okies....

so jumpa aku lagi dia lain masa dan blog yer.. bye bye...

Kuantan Trip Story


Kuantan Dalam Sungai....

yu huu... im back again.. mmm.. maaf la dah lama tak update blog.. tak bz tapi saja jer buat bz.. oh yer.. u all nak tahu ttg Kuantan Trip aku ker.. tak ada apa yg menarik pun.. cuma kat sana aku pergi makan buah... hahah... lepak kat dusun member aku di Kuantan nun jauh.. wahh...best la kat sana.. aku dilayan mcm raja.. makan minun dan lepak... ahak... pastu boleh panjat2 buah2 pokok.. semua pokok aku panjat cuma pokok durian je tak leh lanjat.. tinggi sangat la...

Pokok durian yang aku cuba nak panjat tapi tak boleh la...

susana pagi kat sana fuyooo... sejuk hingga ke ruang dalam tulang tu... awal2 lagi aku dah bangun... nak hirup udara segar.. pastu aku sempat lagi pergi jogging kat kawasan kampungnya... perghhhh.. ingat aku masa kecik2 dulu kat perlis.. tapi kampung aku tak ada dusun cuma ada sawah padi jer...

Yu all nak tahu, menu aku masa 3 hari kat sana.. duduk bawak pokok durian je.. pantang dengar durian jatuh kalut la mak dia nak pi cari.. pastu terus bukak dan makan.. isinya... perahhh... kalah durian kat KL nie... lazat dan enak sekali.. rugi kalau tak makan banyak2..

Malam lak mak kawan aku masak cara kampung siap dgn ulamman dan kerabu lagi... walaupun aku tak tahu makan tapi sedanpnya buat aku lupa nak diet seketika...
Yang paling best maknya siap sediakan permintaan aku.. makan durian dengan pulut santan... org Kuantan mana la tahu makan dgn santan .. tapi aku kasi clue kat maknya.. esok pagi dah terhidang kat meja makan...wawawa.. rindunya nak kesana lagi...

Bila ada durian mesti ada pulut dan santan.. baru umphhhh

masa aku pergi hanya musim durian je yg luruh... rasanya minggu nie manggis, rambutan mangga dan lain2 sure dah masak... bestnya...takpe la nanti aku nak kesana lagi...ahaks.. kalau kawan aku tu ajak la....

kat kuantan aku cuma sempat pergi ke satu tempat air terjun jer... waduhhh... menarik sangat sih... tingginya air terjun tu.. ada jambatan gantung lagi... memang indah sgt la.. nyaman je kat situ sambil dengar terjunan air dari puncak bukit jatuh kebawah...wahhhhhh... terjun...


Best gila air terjun dia...

lepas lepak kat situ aku bergerak ke bandar kuantan... jalan tak la jame sangat dalam 30 minit dari dusun aku lepak tu... aku cuma sempat lalu bandar kuantan jer.. nak singgah tak sempat dan terus lepak Pantai Teluk Cempedak... kat sana aku tak mandi pun.. just lepak dan ambik gambo jer.. sbb cuaca tak baik.. nak hujan.. ombak pun kuat...


Nie la Pantai Cempedak di Kuantan...Bersih dan cantik...

Ok la untuk koleksi pic lain mcm biasa la nanti u all bukak dlm my collection tu.. aku akan masukkan kat sana jer yer...

Selasa, Julai 17, 2007

Hari Yg Bosan..

Yu huu... mmm... bosannya hari nie.. semalam aku ambik leave sbb baru balik dari Kuantan dah lewat malam baru la sampai umah... so apa lagi esoknya tadak mood nak dtg kerja... capai hphone terus sms bos.. trip aku ke Kuantan memang best gila tapi nanti la aku ceritakan dan letak gambar2 sekali semasa aku kat sana..

Dtg opis hari nie.. atas meja aku biasa la.. sure penuh dgn note dan massage.. aku benggang sorang staff pun tak ada kat department aku.. 2 org mc dan sorang lagi on leave.. terkebil2 la aku kesorangan nak buat kerja.. hampeh betul la budak2 nie.. bos aku lak awal2 lagi dah keluar.. dah tu jadi penjaga opis la aku hari nie...

Dek disbbkan nak buat kerja tak ada mood apa lagi melepak je la depan internet nie.. budak2 kat YM pun semuannya diam... mana la pulak pegi nie... time aku bosan tak ada la pulak nak melayan...

Aku masih lagi fikir2 pasai apa mood aku hilang... rupanya baru aku ingat pagi nie aku cari seluar kerja dah hilang satu pasang... dah la seluar kesayangan aku.. menjerit aku awal2 pagi kat budak umah (counsin)... sbb mgu nie dia yg send dan collect baju kat dobi... cari2 punya hal dah sah la kakak dobi tu tak kasi cukup... dah la harga dobi pun tetiba jer naik harga... angin betui la..service lak mcm nie...last sekali terpakasa la aku pakai seluar yg turnnya untuk hari lain... dah tak masuk dgn baju aku hari nie...takpe la petang nie aku nak pi serang kakak kedai dobi.. nak cakap tak mau lagi hantar dobi.. mulai hari nie nak cuci sendiri je la... hahahah... alamak ada masa ke nak cuci nie... heheheheh....

Apa yer aku nak buat kat opis nie.. dah penuh budak2 YM aku ping.. semuanya bz nak layan time2 kerja nie... mmm.. nak pi makan... tgh duk diet nie.. 2 hari kat Kuantan asyik melantak makan n tidur jer... semalam jumpa Kak Liza dah kena tegur.. katanya muka aku semakin bulat... sedihnya... lepas nie sure tak laku nie... takpe lepas nie aku akan posa la dari makan... tapi pantang jumpa terus pelahap jer...

Dalam duk pantang semalam sebiji durian aku habis makan..sambil tengok TV... apanya nak buat lagi dah duduk umah sendirian... makan la... ahahaha... mcm mana nak kurus nie....

Ok la u all aku blah dulu la.. dah tak larat nak merepek kat sini... nak luahkan isi hati pun u all bukan nak baca pun... so nanti esok2 pic dah ready aku letak la yer.. bye bye bye...

Jumaat, Julai 13, 2007

Bye Bye Alex..


Lunch terakhir di San francisco SteakHouse..

Semalam adalah hari terakhir Mr Alex (Manager Sales Development)berkhidmat dan bekerja di NTR tempat opis aku bekerja...Nampaknya dia pergi dulu dari aku la.. sbb aku masih ingat pertemuan pertama kami semasa hari pertama training di NTR... dia pun pekerja baru jugak so kami hari yg sama join NTR...

Kenangan aku dengan dia memang la banyak, sbb kerja antara kami selalu bersangkut paut.. bak kata pepatah dia perlukan aku dan juga aku perlukan dia...tapi dia selalu backup aku bila ada prop dengan stock... lagi satu dia nie jenis cool je.. everything dia akan layan kita org dengan baik... girau senda.. kalau dia kena marah dengan bos... yang pastinya dia tak akan lepaskan pada kami sebagai habuannya...

Aku mula baik dengan dia sejak akhir2 nie jer... dia selalu sakat aku n tanya "Man bila u mau kahwin?" i nak tengok u jadi raja sehari lo".. dengan pelat cinanya...hahahaha... sbb kat sini aku sorang je Melayu pujaan hati...

Kami lebih rapat lagi bila bersama2 hadiri Intel DueCore Party pada bulan lepas... dia tak sangka aku nie kaki clubing jugak.. hahahah... so dari situ kami dah mula ngam...

Aku adalah org pertama yg tahu dia nak berhenti, pada awalnya aku ingat dia main2 jer so aku tak layan sangat...selepas masa tu aku nampak muka kemuraman dia kat opis...aku tanya kenapa... so dia jawap.." aku tak suka duduk di KL la".. rupanya dia kesorangan kat sini... selama nie dia duduk di Penang... kerja kat sana samping famili... biasa la org tak pernah berjauhan dengan keluarga...hahahah...

so akhirnya dia buat keputusan nak berhenti dan balik kerja di Penang sahaja...mmm.. apa nak buat dah itu keputusan dia... aku dan member2 lain susah la nak pujuk... so aku harap dia akan enjoy dengan kehidupannya di Penang...so dari aku selamat jalan Mr Alex are u good bos n good frend...bye bye..


Kenangan..Alex, aku, Avyone, Joylen And Lim

Rabu, Julai 11, 2007

Kenapa Lelaki Kahwin Lambat??

Hai u alll.... how today? harap2 semua okies yer... pagi nie semasa aku on the way datang kerja macam biasa la sambil driving sure nak dengar radio sekali kan... so aku frekuansi HotFm .. topik yg agak menarik diutarakan... Kenapa Lelaki Kahwin Lambat?..

So ramai la pemanggil yang dapat menembusi ruangan diudara dan beri pendapat dan ada yang membuatkan aku senyum sendirian... tetapi untuk u all yang baca ruangan blog aku nie.. boleh tak u all jawap kenapa golongan lelaki sekarang nie susah nak kahwin.... heheheh... memandangkan aku nie lelaki jadi nak jugak nak kongsi pendapat dgn u all semua... dan untuk kaum perempuan yg membaca pulak cuba ambik noted ok... jangan pulak nanti teman lelaki anda pun lambat nak pergi memimang atau melamar anda....

Pertaman aku rasa kerana faktor ekonomi... memandangkan sekarang kos semakin meningkat... jadi kaum lelaki lebih tumpukan kerjaya untuk mencari pendapatan lebih sebelum berkahwin... kerana dengan kerjaya yg stabil sahaja lelaki dapat kumpul duit...

Kedua adalah kerana faktor kawasan atau negeri... sbb apa yg aku lihat jika golongan lelaki yg bekerja di bandar dan bakal bertemu jodoh pulak dengan org bandar... so faham2 jer la.. semua segala aspek dilihat dengan wang... tetapi jika dikampung... ramai lelaki yang berpendapatan rendah pun dah boleh kahwin... kenapa? kerana di kampung perempuan tidak begitu demanded dengan keawangan, mereka lebih utamakan kesederhanaan dalam segala hal...so nak buat jamuan kahwin pun just call orang kampung buat gotong royong pastu ramai pulak org2 kampung akan sedekah dan saling bantu membantu....heheheh...betul tak... jadi kos untuk buat jamuan akan berkurangan... di KL nie ada ke org atau kawan2 nak hulur bantuan jika kita nak kahwin... dtg makan ada jer pastu terus balik....hehehhehehe...

Ketiga pulak adalah kerana sifat perempuan jugak... dimana kita lihat sekarang nie..perempuan terlalu expose dengan segala hal... means mereka bukan lagi mempunyai ciri2 wanita melayu terakhir gitu... yerla pihak lelaki dah habis duit banyak untuk dapatkan pasangan... jadi apa balasan yg lelaki mahu adalah kebaikan dan kelembutan budi bicara seorang wanita apabila melayan pasangannya atau suami.... tetapi sekarang dah terbalik... bila lepas kahwin je ramai suami yg dah kena quen control oleh isteri sehingga nak dapat lagi nak jumpa kawan2 pun dah tak boleh...

Tetapi lelaki ada juga silapnya... terlalu ego dengan diri sendiri... untuk huraian part nie kena la lelaki jawap sendiri kan...

Faktor2 lain mungkin jugak kerana perjalanan kehidupan seharian... seperti pernah dikecewa... ini jugak menjadikan penyebab faktor kenapa lelaki lambat kahwin... kerana takut sejarah lama berulang mereka (lelaki) lebih berhati2 mencari pasangan hidup dimasa akan datang....

Jadi kepada anda semua wahai lelaki termasuk la saya sendiri... kemana kita pergi dan dimana kedudukan kita.. setiap manusia dijadikan pasangan dalam hidupnya sendiri... lambat atau cepat cubalah cari dan dapatkanlah pasangan anda... kerana didalam agama jugak ditegaskan agar kita dapat menggembangkan zuriat dimuka bumi ini... kerana ikatan perkahwinan itu adalah suci untuk meneruskan perjalanan hidup kita dimuka bumi dan akhirat...

Ok jika ada silapnya pendapat aku nie... aku harap u all boleh la perbetulkan...so jumpa lagi di lain blog nanti yer...bye bye bye..

Selasa, Julai 10, 2007



Yuhuuu... maaf yer semalam aku ambik medical leave.... kenapa? .. entah la sejak2 akhir nie aku ada masalah tulang belakang... tetapi aku just biarkan sahaja cuma sapukan minyak jer kat bahagian yang sakit... tetapi sebelum masuk tidur pada hari Isnin malamnya.. kesakitan ini...aduh...hanya tuhan je tahu... nak baring susah... dan nak duduk pun susah... so semalaman aku tak dapat nak tudur dan terpaksa tidur dengan posisi meniarap jer diatas tilam...

Bangun pada esoknya... pinggang aku dah tak boleh gerak... nak buat senaman "gelek gerudi" pun dah tak boleh... tulang belakang lak rasa mcm nak tercabut jer... so terpaksa la SMS my bos ambik MC... dan apa lagi terus je sambung tidur la beb...

Jam 1.00pm caounsin aku datang dan terpaksa bawak ke klinik kerana aku tak boleh nak driving... mmm.. doktor cakap aku terlalu aktif bergerak dan perlukan rehat...bila difikirkan.. betul dan logiknya jugak apa yg doktor cakapkan tu... yerla aku memang jenis orang yang tak boleh nak duduk diam... hanya time tidur je aku boleh rehat... itupun kalau tidur aku nyenyak kalau terjaga tengah malam sure aku tak boleh nak teruskan tidur lagi...ahaks...mula la aku akan menghadap depan note book semula..

So dalam masa seminggu nie aku terpaksa la tuapkan air panas ke tulang belakang sambil dibalut dengan bengkung serta makan ubat... ahaks.. mcm org pompuan lepas bersalin jer.. sure lepas nie pinggang aku ramping.... dan aku terpaksa la stop seketika senaman dan aktiviti luar... lepak dan rehat di rumah sahaja....

So kepada u all yang baca blog aku semalam dan tercari2 kemana aku menghilang... inilah jawapannya yer... tetaapi u all jgn la risau... sakit nie dah beransur pulih.. hari nie dah datang opis semula... malas la nak duduk kat rumah sendirian tanpa ada org teman.. bosan jer..

So jumpa lagi kepada u all okies... bye by bye...

Isnin, Julai 09, 2007

Hutan Lipur Lentang..

***********

Heluuu. Assalamualaikum. Apa khabar?
Saja lah nak tanya khabar kat korang. Harap-harap dalam keadaan sihat selalu.

Anyway, Aku belum ada masa nak berjalan lagi, tapi ada lah dalam perancangan.
So next next week jangan lupa check blog ni untuk baca pegembaraan aku, ke mana ?? Jeng jeng tak leh cakap lagi. Surprise surprise

Tapi pada sabtu dan ahad lepas aku bosan duduk kat umah.. fikir punya fikir lastly aku buat keputusan nak gie camping jugak... biasa la hujung minggu je bosan nak tidur dalam rumah ... sure nak jugak tidur dalam khemah yang sempit tu...

Kali ini aku pilih Hutan Lipur Lentang...Pahang.. 1 jam perjalanan dari KL... aku dah sampai di destinasi...

Wah tempat yang menarik untuk aku dapatkan ketenangan dan cari ilham... suasa air terjun yang landai, kicauan burung dan kehijauan pohon2 terserlah sumber impirasiku....

Pose dulu sebelum mandi

Selepas dirikan khemah...tak sabar terus jer terjun dalam sungai... mandi time...

Dah ready nak pi mandi la..

setelah satu jam berendam.. time makan jgn risau kerana ada gerai yang disediakan... dek kerana malas nak masak aku beli je nasi bungkus... heheheh... ala sekadar nak alas perut je.. nak makan yg enak masak kat umah la beb...

Nie la sarapan pagi kita org...ahaks...enak jugak..

Rasanya tak puas mandi pada awal ketibaan... selepas makan dan tidur.. aku bangun dan aktivti yg sama mandi dan berendam...

Selepas penat berendam.. tidur sekajap..

Sempat jugak aku meneroka kawasan hutan Lentang disepanjang camping.. jadi apa yang aku dapat u all bole lihat dalam My Colection.. tak sah kalau tak ada picture yang menarik utk berkongsi bersama...

Hari Ahad baru aku balik ke KL.. kebetulan kerana hujan kami terpaksa beredar lebih awal.. jam 4.30ptg... so kepada u all kalau nak rasa ketenangan boleh la kesana dan rasai ketenangannya sendiri...

Ok lah, take care for now, be good dan sehingga di lain blog. bye bye.. jumpa lagi..

Khamis, Julai 05, 2007

Transformers With PICOM


Semalam aku berpeluang menonton filem yang sedang menggegar seluruh pawagam diMalaysia iaitu Transformers... setelah penat bertungkus lumus dengan PC fare beberapa bulan yg lepas di seluruh Malaysia, semalam bertempat di Cineleisure Damansara pihak PICOM telah menempah satu room khas untuk group we all menonton filem tersebut....

Filem yang menggambil masa selama 2 jam 30 minit tidak sia2 jika u all tontoni bersama keluarga atau pasangan.... dari plot awal permulaan aku dah tak sabar nak tahu macam mana penghujungnya... olahan cerita yang begitu teliti dan disamping itu kesan effect yang bagus membuatkan aku teringat zaman kanak2 seketika dahulu apabila menonton siri kartun Transformers di depan kaca TV...

Penuh aksi yang mendebarkan, romantik dan tidak lupa juga plot yang kelakar untuk tatapan selera penonton agar tidak bosan sepanjang tayangan....

So jika u all belum lagi berpeluang untuk tontoninya jgn lupa segeralah ke pawagam berhampiran okies.... tak best la kalau aku ceritkan kesemuanya disini nanti tak syok u all nak tengok....hahahaha...

Tapi jika filem ini mengekalkan lagu tema semasa siri kartun di TV dulu, sudah pasti akan lebih menarik dan aku rasa anda semua akan tersenyum lebar bila mengimbas kembali zaman kanak2 ketika menonton siri kartun di depan TV... kerana sudah pasti ketika itu aksi tersebut akan menjadi ikutan....ok selamat menonton dan bye bye...

Rabu, Julai 04, 2007

Wedding Photo Editing...



Semalam aku baru jer dapat siap beberapa editing pic untuk Hafiz wedding...minggu nie aku terlalu sebuk dengan urusan kerja luar... terkejar kesana dan kemari dengan appoinment dan juga dengan keletihan selepas habis kerja di opis... arghhhh... tak ada mood aku nak teruskan kerja photo editing nie...hilang segala idea... ahaks...

so kepada anda semua ingin lihat picture tersebut sila clik di ruangan My Colection...disana aku sempat letak beberapa picture wedding sahaja kerana pc aku lembab nak load banyak2.... hahahaha...

untuk siri novel aku pun tak sempat nak update lagi.. so kepada anda yang ingin baca episod seterusnya banyak2 la bersabar... kemungkinan minggu depan aku akan dapat update.... harapa2 dapat la idea bila aku balik dari camping di Air Terjun Lintang pada hari sabtu dan ahad nie...

Sebut ttg camping.. biasa la nanti aku akan masukkan gambar2 yg menarik untuk anda semua tatapi okies... bye bye..

Selasa, Julai 03, 2007

Wet World Pedas Hot Water



Ahad lepas 1/7/07 kerana dek terlalu bosan kat umah, aku telah ambil keputusan untuk ambik angin luar... pilihan aku kali ini adalah nak merasa mandi air panas...pada awalnya aku dan cousin n hmate ke Air Panas Selayang tiba disana jam 9am...ahaks...u all nak tahu, mcm tak selera lak nak aku jejak kaki untuk join mandi sama2... tensionnya...tempat tu tak cantik langsung... hilang selera aku nak rendamkan badan dalam air panas... so apa lagi terus jer aku turn back...

Dalam perjalanan aku tetap tak puas hati.. geram sangat tak dapat nak berendam dalam air panas... so my cousin aku beri cadangan satu tempat di negeri Sembilan... so apa lagi aku terus pecut kereta dari selayang ke seremban... mcm org bodoh kan... umah aku di cheras.. kalau dari awal aku terus ke Seremban kan bagus... buang masa je kat dlm perjalanan...

Jam 10.30am kami dah sampai di Tol seramban... so dah dekat la ke destinasi kami tujui iaitu di Pedas... kami teruskan perjalan dengan hati gembira sekali... yerla masa yg sama jalan pulak tak begitu sesak dengan kereta .... sampai exit tol senawang kami terus pecut kereta ke menuju kearah Rembau - Tampin dan Pedas...

Pintu Gerbang Yang Melambai..

Pada awalnya kami tidak tahu mcm mana situasi keadaan Air Panas Pedas di Pedas kerana ini pertama kali sampai... setibanya didepan pintu gerbang yang tertera "Wet World Air Panas Resort" terus keletihan tadi hilang... sbb tempatnya dari luar sungguh menarik perhatian....apa lagi terus cari parking ler...

Ticket untuk perentry cuma RM 10 sahaja.. dan aku rasa cukup berbaloi harga ini....kerana perkhidmatan yang disediakan agak memuaskan...terdapat Hot Water And Spa, Reflexology Walk dan ada taman tema air untuk famili dan kanak2. Selain itu juga disediakn cafe, surau dan kawasan function....







Kami ambik masa selama 4 jam didalam wet world nie.. yang bestnya ketika berendam dalam kolam air panas... tetapi masalahnya aku tak dapat nak buat mcm tu sbb tak tahan dgn kepanasan air.. so just pose kat tepi kolam jer la... hahahahah....

Jam 3pm kami keluar dari Wet World kerana cuaca dah agak panas dan rasanya tak sesuai nak mandi dalam air panas lagi nanti bertambah panas la pulak....so apa lagi salin baju dan terus blah....

Dalam perjalanan kami singgah makan disebuah gerai tepi jalan nie... Cendol Leman Dawi... ini lah juadah makan petang kita org... apa yg menarik kat gerai ini adalah.. apabila anda beli semagkuk cendol anda boleh tambah dengan percuma berapa banyak yg anda mahu... so makan la dengan sepuasnya....tak percaya ker...mmm..perlu la kesana.... air bali diberi percuma... selain itu anda juga akan dengar celoteh tuan kedai ketika melayan tetamu bahasanya penuh dengan pantun dan madah yg diungkapkan....



Selepas habis menjamu selera kami terus gerak balik ke KL ... ini bukan apa sbb nak elakkan kesesakan lalu lintas terutama di tol seremban ... akhirnya alhamdulillah kami selamat pulang kerumah dan terus nyenyak tidur....zzz...zzz...zzz

Isnin, Julai 02, 2007

"Langkawi Express In Memories"


Dalm Expres Langkawi Train..

Minggu nie aku just nak story pada u all tentang kedatangan famili aku dari kampung... Rasanya dah beberapa kali my famili call me tanya bila nak balik kampung... lastly dia orang yang terpaksa datang KL untuk bertemu aku....ahaks...Maaf la banyak kerja la Mum kat KL nie...
Empat hari sebelum kedatangan, mereka dah maklumkan kepada aku, rasanya tak sabar nak jumpa...(Hampeh kan nak balik kg susah)... pada hari Khamis mereka tiba di KL Central dengan menaiki train Express Langkawi dari Hatyai Ke KL... aku awal2 lagi dah bangun tidur untuk menjemput mereka... jam kul 7am dah ada di KL Central padahal aku tahu train akan tiba pada jam 8am... akhirnya pengumuman ketibaan train membuatkan aku bertambah happy sangat kerana mereka selamat tiba... aku jemput mereka di platform 2 di KL Central.... Nampak jer wajah Mak, kakak dan adik dalam train aku terasa sebak seketika... mereka pulak dengan wajah ceria mendapatkan aku yang sedang menunggu di platform....

Me N My Mum...

Kedatangan mereka kali ini just nak bercuti sambil bersama aku... tetapi aku pulak tak dapat nak melayan mereka sepenuhnya... yerla dtg masa hari aku bekerja Khamis... so terpaksa la meraka layan sendiri dirumah semasa aku tiada... tetapi yang bestnya nak cerita pada u all.... nie la masanya aku nak makan sepuasnya... yerla balik je rumah makanan dah siap terhidang... dah tu bukan mcm hari biasa lauk dan sayur dah cukup bagi aku... tapi masa my Mum datang... dah jadi pelbagai menu yang sempat disediakan... sebut jer nak makan apa... balik jer dah siap disediakan....
But the way my Mum sempat buatkan selera kegemaranku... Kerabu Jantung Pisang bersama Daging... habis aku makan satu pinggan... sedapnya...kalau u all join sure akan sampai jilat jari... masak lemak rebung pun sedap jugak sambil cicah sambal belacan... my hmate dan counsin aku makan siap tak pandang kiri kanan....hahahah..
Aku pulak siap balik makan kat rumah masa lunch time...dek kerana masakan my mum... terbayang jugak kalau my mum ada dengan aku di KL nie alangkah bertambah gemuk aku.. pagi petang dan malam tak payah nak pening kepala lagi fikir pasal menu...

Dah 2 hari merka di KL nie... balik kerja je aku habiskan masa dengan bersembang dengan Mak dan gurau senda dengan kakak dan adik perempuan aku... kalau u all nak tahu kami bertiga nie tak boleh berjumpa... sure banyak cerita nak di borakkan... dari hal kampung di perlis dan jugak masalah2 lain yang berbangkit...ahaks.. biasa la gosip2 nie u alll...

My lovely sisters...

Kedatangan mereka di KL nie aku just sempat bawak mereka berjalan di sekitar KL je la... plan awalnya nak jugak jalan2 sepanjang masa tapi masa terhad sangat... adik perempuan aku nak pergi tengok Eye Of Malaysia... dan my Mum biasa la... sure nak shoping kat Jalan Masjid India.... nasib baik semuanya aku sempat tunaikan dan berbaloi la jugak mereka datang.... tetapi aku...mmm... terkejar2 ler...tapi takpe la... sbb dapat habuan baik boleh makan masakan my mum....

Banyak sebenarnya nak aku cerita kat sini... tetapi takpe la ini je la yg boleh aku kongsikan... kini mereka dah balik kampung dan selamat sampai... alamak balik rumah terus terasa sunyi dan menu aku selepas nie mcm biasa la... ahaks... back to normal...apa pun thanks to Lovely Mun n my sisters kerana sudi datang menjengok kau di KL nie... insyaallah ada masa tunggu aku balik kampung pulak... boleh tengok my Dad tuai padi di sawah.... bestnya....bye bye mum n sis... see u again yer... oh yer untuk my younger sister..Suraya... selamat jalani praktikal okies... good luck for u...

Sempat pose kat depan umah aku...