Jumaat, Disember 28, 2007

Salam untuk semua..

Salam pembuka bicara...

Azman masih ada la.. hehehe.. ini yg nak aku beritahu kepada kawan2 dan teman2 semua.. cuma kebelakangan ini aku sedikit sebuk dengan agenda akhir tahun yang harus diselesaikan disamping menyenaraikan kembali aktivit ditahun 2008..

Maaf.. ini yang perlu aku lontarkan kerana.. pada tahun ini banyak yang aku lakukan biasa membuat kawan2, teman2 dan famili kecewa... hakikatnya aku hanya insan biasa yang tidak lari dari kesilapan.. dan sesungguhnya kesilapan itulah yang mendewasakan kehidupan aku kini..

Selesai sudah agenda besar dalam famili aku dengan Majlis Kahwin anak buah yang pertama pada ahad lepas 23/12/07.. Meriah dalam kesederhanaan yang kami tampilkan dapat menyatukan seluruh famili yang dekat dan juga jauh... Menyatukan kembali yang pernah terpisah dek perbuatan dan kecil hati antara famili seketika dulu.. dan aku seperti biasa la jika dalam bab majlis kenduri ini, sudah pasti sebukkan diri dalam bab pengurusan pegantin.. dari bab hiasan diri hinggalah persiapan meja makan beradap untuk pegantin... walaupun ada sedikikit kekalutan tibanya hari majlis dek kerana sifat2 dan atikan manusia, tetapi kini semua sudah berjalan dengan lancar... jadi dari azman-ali.blogspot.com ucapkan Selamat Pegantin Baru kepada pasangan NurFaezah dan Kept Azlan..




Akhiri dengan senyuman salam semperna tahun baru 2008 akan menjelma...

Jumaat, Disember 21, 2007

Selamat Hari Raya Aidiadha

Mulakan bicara dengan salam...

Semalam 20/12/07... kita menyambut Hari Raya Korban.. jadi apa pengorbanan anda pada semua....

Setiap kali aku bukak blog untuk bercerita... pasti ada yang mengganggu fikiran aku ini.. tetapi bila masa dan ketika aku berada diluar.. banyak pulak cerita nak aku tuliskan... apa la nak jadi dengan fikiran aku nie...

Minggu nie aku just nak kongsi dengan anda... hidup baru aku sudah bermula.. dari segi apa kehidupan aku tu biarlah rahsia... yang nyata aku akan pastikan kebagiaan ini akan berterusan untuk aku teruskan dihari2 akan datang...

Minggu nie aku banyak habiskan masa di opis diwaktu siang dan malam biasa la aku ngajar tuition kat umah.. rasanya mulainya bulan hadapan kemungkinan pelajar aku akan semakin meningkat... ini memandangkan cuti sekolah sudah pun berakhir... terpaksa la aku korbankan masa rehat diwaktu malam dengan menggantikan masa tersebut bersama pelajar2 aku...

Hari Raya Korban.. aku tak balik kampung.. kerana cuti satu hari je.. lagipun jumaat malam aku akan bertolak ke kampung juga untuk hadiri Majlis Kahwin anak buah di kampung.. so balik nanti jer la sambut raya sekali semuanya....

Ok la hujung minggu nie aku tak ada di kl.. berada di kampung aku di Perlis.. so jumpa kita di minggu depan yer... salam

Jumaat, Disember 14, 2007

Rumah Sewa Baru...

Salam semua... saja je nak postkan keadaan rumah sewa baru aku yang dah genap sebulan aku pindah disini.. kat mana.. hehehe... biarlah rahsia seperti lagu Dato Siti...

Rumah nie tak banyak aku masukkan barang baru.. cuma apa yang ada sahaja dari rumah lama digunakan semula... rasa membazir lak kalau beli perkakasan baru sedangkan ini sekadar rumah sewa nak masuk pindah rumah sendiri tahun depan baru beli barang baru..

Jadi nie la rumah baru aku...

Sudut atas meja didalam bilik...

Lama pokok bunga di depan rumah.. dah bertambah pokok nie

Hiasa dinding.. simple sahaja..

Ruang rehat...

Ruang tamu...



Ini lak gambar yang aku snap dari dalam rumah... maknanya dari dalam rumah aku u all boleh lihat view ini ler...




Khamis, Disember 13, 2007

Sinar Menjelma...

Salam kepada semua...

Apa yer nak aku coretkan disini.. Kat luar ketika ini hujan lebat sekali membasahi bumi.. sejuk lak ketika ini...
oh yer aku nak ceritakan pada u all Sabtu, Ahad dan isnin lepas seteah selesai job Int. Design di Putrajaya aku terus ke Kuala Kangsar, Perak atas tujuan nak hantar Mak member aku si Yusri balik kampung dan sambil itu juga aku boleh berjalan2 disana. Secara jujur aku tak pernah terfikir bagaimana keadaan kg my frend di Kuala Kangsar, tetapi aku tak kesah mcm mana keadaan sekalipun kerana bagi aku apa yang akan kulalui seketika di Kuala Kangsar adalah satu perjalanan dalam kehidupan. Bak kata pepatah "Jauh Berjalan Luas Pengalaman"...
Jam 2.3o pagi aku berada di tepi sungai Kuala Kangsar... aku bertanya pada Yus.. kita nak kemana.. sbb tetiba enjin kereta dimatikan.. terus Yus cakap.. Nak kerumah aku ler... aku terus jawap... Lo yang ko stop kereta kat sini buat apa mana ada rumah kat sini... sektika aku dengar bunyi enjin bot dimatikan... darah aku berderau.. Mak si Yus terus ke sisir sungai dan dapatkan bot yang sampai tadi.. Jom naik bot, rumah aku kat belakang sungai nie..keta nie tinggal kat sini jer....Astaga... bayangkan ... ketika tu semua ayat doa yg aku ingat terus dibaca.. tengah2 malam duduk dalam bot kecil dan nak redah Sungai Perak ... dah jadi kerja gila aku rasakan...
Mata aku melilau dalam kepekatan malam.. tak nampak sgt suasa sungai tersebut kerana dek malam yang pekat.. dalam masa 15 minit aku sampai di satu sisi sungai.. aku nampak sebuah rumah je.. terus Mak Yus jemput naik... heheh....
Malam tu dah jam 3 pagi sampai rumah Yus aku terus tidur jer.. sedar jam 8 pagi aku terus bangun... keluar kerumah.. terus aku nampak sungai yang aku redah semalam.... yg mampu aku katakan tertelan air liur sambil mata terbeliak...
So bermulalah detik pengalaman baru aku di sisir sungai Kuala Kangsar... yang nyata hari pertama aku dah selesa berada disini.. tenang dan damai sekali... walaupun seharian terpaksa menaiki bot berulang alik ke seberang, namun kehidupan disini amat memberi ketenangan... amat indah ciptaan tuhan dan juga kehidupan ini...

Stop bercerita now aku postkan gambar ketika aku berada di Kuala Kangsar..









Selasa, Disember 11, 2007

Part Time job - Krew Hiasan Dalaman...KPT Putrajaya

Minggu lepas aku dapat call dari si Pet.. dtng buat job kat Putrajaya.. si Lin nak aku ambik gambar hasil Intd. Design untuk lobi Kementerian Pendidikan Tinggi..dah sampai sana dari jam 6 ptg.. staff tak cukup untuk buat kerja2 teknikal.. so apa lagi lepas je habis ambil gambar aku pun terus join dia orang buat kerja teknikal dan I.D sesama..

Memang best siot kalau dapat tender job nie.. dah la aku minat ttg hiasan dalaman nie.. apa lagi nie la masa nak aku tunjuk skill.. hahaha..

so tak nak tulis banyak, nie hasil yg aku dan budak2 buat utk hiasa dalaman lobi KPT Putrajaya...

Gambar lobi dengan hiasan dalaman asal..Inglish konsep











Gambar hiasan dalaman yang terbaru.. Moden n Simple konsep..










So mcm mana.. ok tak hasil kerja kita org nie..

Nie lak gambar tenaga kerja n bos..




Ok lah aku stop dulu yer.. jumpa nanti lagi dengan cerita trip aku ke Kuala Langsar yang best dan gerun bagiku...

Hidup Ku Yang Sempurna..


Ku mulakan dengan salam...

Im back today dengan senyuman penuh mekar dibirai bibir ini.. tapi dengan kehidupan yang penuh berbeza. Kenapa? secara peribadinya kesepian aku selama ini ada sebabnya.. Sedih.. mungkin jugak.. tapi semua itu sudah hilang.. aku kini kembali kepada kehidupan yang sebenar...

Dari awal bulan lepas hinggalah hari ini.. aku hanya ada masa untuk tidur sahaja.. jadi anda semua faham sahajalah.. betapa sebuknya rutin harian hidup aku ini.. tetapi dengan kesibukan inilah yg membuatkan aku lupa seketika dengan apa yang terjadi pada diri ku yang lepas. Bak kata pepatah "Tuhan Maha Adil", "Hilang satu seribu mari beb".. heheh.. segalanya aku bersyukur.. segala yang hilang dulu kini ia kembali kedalam kehidupan ku...Alhamdulillah...

Wah! Nampaknya padat gila jadual harian aku selepas ini.. banyak lak job part time yang masuk.. sampai pening kepala aku nak memikirkannya utk tidak terlepas...akhirnya inilah jadual harian aku yang akan bermula pada minggu hadapan...

Isnin - Jumaat dari jam 8.30am - 5.30pm.. aku berada di opis..

Isnin - Jumaat dari jam 8.00pm - 10.00pm..Kat rumah uruskan tuition.. student pun dah mula class dari awal Disember.

Isni - Ahad dari jam 12.30pm - 2.00am.. Aku kat Kilang National Shah Alam..Jaga kedai Pak Abu.. just part time tengah malam jer..

Sabtu & Ahad.. siapkan kerja.. Part time job Design utk Aleaya Int. Design dan job photographer aku...


Agaknya u all la.. bila masa aku nak rehat nie.. kalau tahun depan aku tak kaya tak tahu la... heheheh...

Next cooming project adalah sdg usaha untuk bukak perniangaan tani Cendawan dengan member...mmm.. harap2 menjadi la....go Azman..Go n go..