Khamis, Disember 13, 2007

Sinar Menjelma...

Salam kepada semua...

Apa yer nak aku coretkan disini.. Kat luar ketika ini hujan lebat sekali membasahi bumi.. sejuk lak ketika ini...
oh yer aku nak ceritakan pada u all Sabtu, Ahad dan isnin lepas seteah selesai job Int. Design di Putrajaya aku terus ke Kuala Kangsar, Perak atas tujuan nak hantar Mak member aku si Yusri balik kampung dan sambil itu juga aku boleh berjalan2 disana. Secara jujur aku tak pernah terfikir bagaimana keadaan kg my frend di Kuala Kangsar, tetapi aku tak kesah mcm mana keadaan sekalipun kerana bagi aku apa yang akan kulalui seketika di Kuala Kangsar adalah satu perjalanan dalam kehidupan. Bak kata pepatah "Jauh Berjalan Luas Pengalaman"...
Jam 2.3o pagi aku berada di tepi sungai Kuala Kangsar... aku bertanya pada Yus.. kita nak kemana.. sbb tetiba enjin kereta dimatikan.. terus Yus cakap.. Nak kerumah aku ler... aku terus jawap... Lo yang ko stop kereta kat sini buat apa mana ada rumah kat sini... sektika aku dengar bunyi enjin bot dimatikan... darah aku berderau.. Mak si Yus terus ke sisir sungai dan dapatkan bot yang sampai tadi.. Jom naik bot, rumah aku kat belakang sungai nie..keta nie tinggal kat sini jer....Astaga... bayangkan ... ketika tu semua ayat doa yg aku ingat terus dibaca.. tengah2 malam duduk dalam bot kecil dan nak redah Sungai Perak ... dah jadi kerja gila aku rasakan...
Mata aku melilau dalam kepekatan malam.. tak nampak sgt suasa sungai tersebut kerana dek malam yang pekat.. dalam masa 15 minit aku sampai di satu sisi sungai.. aku nampak sebuah rumah je.. terus Mak Yus jemput naik... heheh....
Malam tu dah jam 3 pagi sampai rumah Yus aku terus tidur jer.. sedar jam 8 pagi aku terus bangun... keluar kerumah.. terus aku nampak sungai yang aku redah semalam.... yg mampu aku katakan tertelan air liur sambil mata terbeliak...
So bermulalah detik pengalaman baru aku di sisir sungai Kuala Kangsar... yang nyata hari pertama aku dah selesa berada disini.. tenang dan damai sekali... walaupun seharian terpaksa menaiki bot berulang alik ke seberang, namun kehidupan disini amat memberi ketenangan... amat indah ciptaan tuhan dan juga kehidupan ini...

Stop bercerita now aku postkan gambar ketika aku berada di Kuala Kangsar..