Khamis, Jun 25, 2009

Pavillion - Bukit Bintang

Jalan2 dan window shopping bersama Apis kt Pavillion Bukit Bintang.



Sempat tgk live band di BB Plaza. Tak kenal pulak apa nama band ini..
Nota: Lama jugak tak ke Bukit Bintang.

Sunway Lagoon

Lawatan teman dari Sibu pada bulan yang lepas, terpanggil aku untuk membawa mereka ke Sunway Lagoon. Alamak dah lama aku tak kesana banyak perubahan juga..




Nota: Jauh dimata dekat dihati...

Sarawak - Sibu - Kapit - Punnan Bah

Penggembaraan yang tiada penghujung. Perjalanan yang tak mampu aku lupakan kerana ia banyak buat minda terfikir ttg erti kehidupan yang sebenar didalam negara yang diberi nama Malaysia.


Bandar Sibu ketika banjir...

Kapit.. adakah anda pernah dengar namanya...


Inilah bot yg membawa aku redah sungai rejang dari Sibu ke Kapit.. ngeri jugak ambik masa selama 4 jam


Ini pekan Kapit.. hanya ada satu sahaja kedai makan islam..


Destinasi yg dituju - Punnan Bah.. View dari rumah tempat tinggal dan gmbr ini adalah sekolah Keb Punnan Bah..

Ini rumah panjang yang didalam proses ubah usai ke rumah panjang moden...

Nota: Luaskan perjalanan anda kerana ada sesuatu yang akan anda pelajari ttg erti kehidupan yang singkat ini..

Makan Malan B'sama ExHmate

Aroma Ikan Bakar, terletak di Tanjung Karang Kuala Selangor.
Terima kasih kepada exhmate kerana adakan jamuan makan malam ini untuk perpisahan kami sebagai hmate kerana aku akan berpindah kerumah sendiri yang aku beli di Taman Medan Petaling Jaya.


Sarjen - Ketua Rumah

Jati dan aku memilih menu


atok, fidi dan sarjen

Kenangan yang tidak akan aku lepakan disaat kami tinggal bersama... terima kasih kawan...

Nota: Jati dah pindah ke Kuantan dan atok pulak dah pindah rumah sendiri di Gombak...

Bread n Olives Cafe - Look Out Point

Nice place. Suasana yang tenang dan privacy untuk makan malam.
Kehadiran aku dgn Fidi disbbkan untuk merasai kenikmatan makan malam diatas bukit sambil menghirup udara yg nyaman.

Pose depan restaurant dulu

Rehat diruang tamu selepas makan..



Hey dol cepat la pilih menu den dah lapo nie!!!

Ruang Kehidupan..

Kalau kehidupan itu ibarat pentas lakonan, maka aku seorang pelakonnya yang amat teruk sekali.

Aku tak mampu melakonkan watak yang diberikan seperti apa yang aku inginkan. Atau juga hampir dengannya, pun tidak. Namun, aku cuba bertekad untuk menggunakan masa yang diberikan ini untuk mempelajari satu lakonan walaupun sekadar tahu menangis dan ketawa..

Menangis, Ketawa !!!!

Hari cepat berlalu kini sudah separuh dari tahun 2009 telah kita lalui. Dimakah aku ddialam pentas lakonan ini... Adakah aku berjaya membawa watak yang diberikan? Atau aku masih berangan2 dengan watak yang ada...

Siang berganti malam dan adanya lusa selepas esok hari. Aku mempersembahkan reaksi muka penuh dengan senyuman walaupun dalam hati, penuh dengan tangisan. Kenapa ia jadi begini, inilah kerana ia dikatan dunia satu pentas lakonan...

Yang kita tahu tangisan itu adalah air mata yang mengalir dari mata, ketawa pulak adalah satu raksi gembira yang kita dapat lihat dari air muka yang ceria. Itulah yang dikatakan cerdik pandai.

Dengan tangisan dan ketawa, aku membesar dan menggenapkan umur. Malah semua manusia begitu.

Tetapi adakah dengan tangisan dan ketawa ia boleh membawa kita kedalam pentas lakonan ini dengan sempurna.. Ruang fikiran aku masih terfikir apa lagi yang aku harus persembahkan agar pentas lakonan ini lebih menarik dan indah.

Yang pasti hingga kini aku belum tahu kerana Yang aku lakonkan begini, yang jadinya, begitu...

Dalam hati aku tutupkan perasaan, pejamkan mata aku terus lelap untuk menanti hari esok.