Selasa, Oktober 09, 2007

Kesan2 excident aku..







Mmm.. ramai kawan aku tanya mcm mana keadaan aku sekarang, teruk tak lukanya dan mcm2 lagi.. so hari nie aku uploadkan pic keadaan luka aku nie.. hahah..korang tgk dan bayangkan sendiri la mcm mana keadaan aku skrg nie...

Kat bahagian kaki je yg teruk sikit.. kesan bengkak hingga hari nie masih ada.. jadi agak susah untuk aku berjalan...so yg lain dah ok.. tangan aku masih tak kuat untuk angkat benda berat.. tapi dah boleh gerak selepas disapu minyak panas dan diurut...

Isnin, Oktober 08, 2007

Aku Yang Masih Cuti Sakit..



Hai All.. Salam menyambut Syawal yang bakal menjelma nanti. Hari nie aku masih bercuti sakit dek kerana kemalangan pada hari jumaat lepas. Pagi tadi badan aku terasa susah nak bangun dan kaki terasa kekejangan.. ini mungkin kerana urat2 dan kesan luka kemalangan tempoh hari..jadi aku ambik keputusan ke klinik depan rumah dan dapatkan mc.. 2 hari beb..termasuk esok hari jugak... Seharian di rumah aku sekadar habiskan masa dengan tidur dan berehat sahaja.. Apek ada dirumah hari ini tetapi sesekali sekala aku tengok dia asyik baca nota kerana esok masih ada exam yanag akan dihadapinya.. Kesian aku tengok dia.. asyik layan karenah aku sahaja semasa sakit nie.. yer la siapa lagi nak minta tolong, inilah masanya kita boleh lihat siapa kawan yang perlu dinilai dikala kita susah dan sakit..Apapun terima kasih yer Apek kerana tolong aku uruskan diri.. hehehe.. walaupun adakalanya aku naik angin.. ko tetap sabar jer.. bagus2.. nanti lepas raya aku belanja makan yer...

Semalam aku berjumpa dengan Vincent, bos tempat aku mengajar tuisyen centre di Subang Jaya. Perjumpaan tu adalah kerana perbincangan lancut tentang tawaran Vincent pada aku untuk melantik aku sebagai Profit Partner di centrenya... Setelah perbincangan dibuat dan mengikut kata patus perjanjian terakhir.. aku setuju sahaja. Bukan apa dah tiba masanya aku kembali dalam dunia bussines yang diminati selama ini. Lagipun Vincent dah beri peluang pada aku .. bayangkan tanpa modal berbentuk wang aku diberikan kepercayaan olehnya jadi partnernya...cuma aku perlukan tenaga dan tulang empat kerat ini sahaja untuk membantunya di centre nanti...Insyaallah bulan hadapan aku akan mulakan segalanya di tuisyen centre tersebut yang terletak di USJ Subang Jaya. Semoga anda semua berdoa akan kejayaan aku ini.

Berbalik pada hari ini.. suasana petang di Cheras hujan dan mendung.. Jam 6pm aku gerak gagahi jugak dengan kaki yang sakit ini hantar Apek ke bus stop.. kerana dia perlu pulang ke Shah Alam untuk hadiri exam esok (Selasa).. so balik rumah aku kesorangan lagi.. Chonz keluar berbuka puasa di luar.. jadi hari ini aku jamah berbuka sendirian sahaja.

Ketika menonton TV mak di Klang hubungi aku.. bertanyakan khabar. Tak ada apa nak dibincangkan, cuma aku maklumkan padanya tak dapat bertandang kerumahnya sebelum pulang ke Kampung kerana keadaan aku tak mengizinkan. Jadi aku berharap Mak akan raikan Hari Raya dengan anak2nya yang lain dengan gembira. Insyaallah lepas raya kita akan berjumpa.. itu janji aku di akhir perbualan...

Ketika ini aku sekadar melayari internet dirumah.. banyak yang perlu dicari maklumat terutamanya tentang strategi marketing yang harus aku gunakan untuk kembangkan bussines tuisyen centre nanti.. kalau boleh aku tak mahu lagi diundang kegagalan seperti apa yang berlaku pada aku di masa yang lepas... segalanya pengajaran buatku.


Aku berharap selepas raya ini, tumpuan pada penulisan novel akan dapat diberikan keutamaan.. tak mahu segala tulisan dan cerita yang aku tulis akan berakhir dengan hampaan dan terbuang begitu sahaja...

Wassalam....

Ahad, Oktober 07, 2007

Majlis Berbuka Puasa Dan Bday Party..


Sekadar bantu masak sahaja...heheheh


Menu Majlis.. Udang, Sotong, Udang, Ayam, Buahan, Agar2.. disediakan khas oleh Chef Azman...wawawa..


Dah penat masak nie la upahnya... hahaha.. makan la beb...


Group lelaki yg dari awal sedang tunggu.. skrg time nak makan dan merasa...

Assalamualaikum.....Minggu nie adalah minggu terakhir kita berpuasa.. dan jika ada umur yg panjang sabtu ini semua umat islam akan menyambut 1 Syawal...Tak terasa sungguh pantas masa berlalu dan kini hampir penghujungnya ramadhan kita...kat luar sana susana Hari Raya dah terasa.. bunyian mercun seperti tahun2 biasa sebagai tanda perayaan akan tiba sungguh meriah.. sehingga aku di rumah nak tidur pun tak selesa... bisinggggg....

Mmmm... sabtu lepas sempena pertemuan antara aku dan kawan2, kami telah berbuka puasa bersama2 di kediaman apartment aku Cheras... sempena minggu terakhir Ramadhan.. kami berkumpul dan berbuka puasa sesama.. kerana minggu depan masing2 antara kami akan pulang ke kampung....
Jamuan tersebut disponser oleh Siti dan Hubby... mmm.. dan dibantu masak oleh member2.. riuh di dapur ketika jamuan disediakan... aku sebagai ketua Chef tak bertauliah nie terpkasa masak dalama keadaan sakit dek kerana kemalangan sekali lagi pada Jumaat yang lepas...
walapun masa yang singkat untuk sediakan masakan... akhirnya sempat juga menu disiapkan tepat pada masanya sebelum masuknya waktu berbuka...
Kehadiran Ct n Hubby, Emma, Niah dan kakaknya yg last minutes datang, Aida, Abg Jo dan adiknya, Mie , Hafiz, Ambiak, Alias dan Yuri... dan dibantu oleh sepupu aku si Chons yang cover cantik jer... hahahaha.. Eh manalak Apek.. dia tak dapat join sbb hari esoknya ada exam...kesiannya...


Bday Party.. Man dan Aida...
Suprise... sebenarnya majlis tersebut tak akhir begitu sahaja.. selepas masing2 lepak2 kerana kekenyangan perut kerana 2 ekor ayam panggang aku habis dimakan.. hidangan Kek hari lahir di keluarkan... Hehehe.. untuk jimatkan kos... bday ini disambut serentak dengan hari lahir Aida.. kerana kami berkongsi bintang yang sama... Libra...So kek disediakan untuk 2 orang la....sedapnya... kek Coklat dan kek Carrot.. yang juga disponser oleh Ct n Hubby...

Kek dinyalakan...


Tiup jangan tak tiup lilin tu...eh berapa batang lilin tu yek...


Sapa nak dulu nie.. cepat hulur pinggan...


Nie la group gua yg disayang sangat


Bday boy yg sebuk layan tetamu..

Ok la u all jumpa lagi next story yer.. ohyer untuk majlis rumah terbuka pun dah kami rancang nanti... so tunggu je apa lak menunya yg akan disediakan...so kepada pembaca blog aku yg tak dapat dtg pada majlis ini... jgn lupa dtg pada majlis rumah terbuka kami nanti... heheh.. pasti gempak dan riuh.... hahaha... jumpa lagi...

Rabu, Oktober 03, 2007

Johnny Steamboat Wangsa Maju






Assalamualaikum...
mmmm.. just nak berkongsi dengan anda semua.. semalam aku berkesempatan berbuka puasa dengan hidangan Steamboat je.. yer la dah habis fikir nak menu apa hari2.. so pada hari Selasa si Emma chat dengan aku ajak makan steamboat.. so aku biasa la kalau bab makan sure cepat je beri kata putus.. on beb..
Pada awalnya kami nak makan di Restorant Nelayan di Titiwangsa... cuba hubungi no rest tersebut.. tapi line sebuk je.. mmm.. so petang semalam si CT n Hubby terjah jer terus... tetiba...wawawa.. meraung si CT rupanya meja dah penuh di tempah.. hampeh kan.. jam masa tu dah pukul 6.20pm... kemudian si CT terus ke Istana Budaya sahaja sbb sana ada jugak sediakan buffet ramadhan..tetapi tetap hampa.. full beb..last sekali CT calling2 cakap tukar menu makan ikan bakar kat Sentul... mmm .. aku dah hilang selera.. jam 6.50pm masih cari tempat nak makan kat mana.. tetapi biasa la CT dengan Hubby tetap nak layan karenah aku bila cakap nak makan steamboat jugak.. Si Yana tak tahu kat mana lagi... last2 dia call aku jumpa di Wangsa Maju.. makan Steamboat kat Jaya Jusco.. aku apa lagi dari KL dengan si Apek pecut motor terus kesana.. yg bestnya boleh pulak sesat jalan .. nasib baik la sampai betul2 org dah azan.. so tak lewat la untuk berbuka puasa.. mmm.. Ct n hubby dan Yana dah tunggu kat sana... heheh.. aku dengan Apek sampai kemudiannya..
Pertemuan nie adalah sekadar fun sahaja la.. sambil2 tu plan untuk menu hari sabtu nie.. akhirnya kata putus dari AJK tak rasmi.. Ketam, Udang, Sotong dan Ayam menjadi hidangan untuk jemputan nanti...
Oh yer.. lupa nak beri komen ttg steamboat di Johnny Rest... aku rasa tak la sedap sangat.. biasa sahaja... tetapi kalau dapat makan di Rest Nelayan lagi best sbb seafood yg disediakan segar berbanding di Johnny.. tapi takpe la janji dapat jugak makan steamboat... lepas makan just merayau kat JJ dan si Yana ajak ke Jalan TAR kemudian.. terus dari Wangsa Maju pecut motor ke Jln TAR.. merempet aku dgn Si Yana dan Apek...
Kat Jalan TAR memang meriah.. tapi aku tak shopping pun cuma temankan si Yana beli baju kebaya pendek untuk raya nanti.. heheh.. jam 11.00 malam gerak balik rumah dari jalan TAR... zzzz...

Selasa, Oktober 02, 2007

My Bday..

Hari nie Bday aku beb.. cewah.. itupun nak ckp ker.. tapi takpe la.. aku tetap nak war2kan jugak bday aku nie..
Semalam aku dapat kejutan dari Apek.. sebiji kek disediakan kat rumah dalam jam 12.00am.. dengan mata yg terkebil2 aku dikejutkan dengan sebiji kek atas meja...
Tapi yang paling tak best sebelum kejutan tu dia sempat kenakan aku.. korang nak tahu apa dia suruh aku buat.. ish ish kalau korang baca sure gelak bodoh jer..
Macam nie.. Si Apek nie ada pakai satu tali di pinggang dia... memang aku tahu la tu tali tangkal sakit kuning dia... heheheh.. dah besar panjang ada tali lagi ikat kat pinggang... nak jadikan cerita.. semalam dalam jam 11.45pm aku bangun nak makan.. tetiba je perut aku lapar.. sbb masa bukak puasa di KFC tak kenyang... so aku korek2 la kat dapur apa yang ada.. aku nampak nasi so terus aku tumbuk cili buatkan nasi goreng... masa aku ke dapur si Apek duk baca buku kat depan ruang tamu.. tetiba je asyik masuk keluar ke dapur.. dan rimas aku dibuatnya.. bukan nak tolong tapi kacau aku masak ada la...lepas aku masak.. dia panggil aku...
"Awak tali kat pinggang i jatuh la..".. aku tanya dia.. jatuh kat mana? dia cakap.."jatuh masa mandi tadi.." so nak buat apa aku tanya dia.." Meh la pi tengok kat dalam lubang air tu..".. aku dengan bodoh ikut jer la..
Sampai dalam bilik air aku disuruhnya cari dalam lubang air.. aku pun belek2 la dalam lubang paip tu.. aku cakap tak ada... dia lak pi dapur dengan alasan nak ambik palstik untuk buat sarung tangan untuk masukkan tangan dalam lubang air..
"Tak mau la aku.. kotor la.. lantak la nanti aku buatkan je tali baru untuk ko".. selamba je aku cakap kat dia.. tetiba aku terus ingat nasi goreng kat dapur yang belum makan...
Sampai je kat dapur.. wah ada sebiji kek atas meja..hahahaha.. hampeh punya Apek.. kenakan aku yer.. mmm.. rupanya baru aku tahu, dia takut aku bukak microwave sbb kek tu disorok dlmnya...so jam 12.00am aku potong la kek dengan muka yg selebeh...
Lepas tu.. bertalu2 sms masuk ... hehhe.. kawan2 aku ucapkan.. si Joyclyen call tengah2 malam nyanyikan lagu happy bday pada aku... arg.. touchingnyer... hehehe.. to all my frend yg wish semalam dan hari nie aku ucapkan terima kasih yer...
Tapi mms yg menarik dari Kak Ina la.. siap ada lagu dan nyanyian lagi... hehehe.. nak pujuk aku la tu... tak makan pujuk la Kak Ina.. tetap nak merajuk jugak...
So apa plan lepas nie.. sabtu nie CT n Hubby, Yana, Niah dan Aida nak dtg masak kat umah katanya nak sponser... heheh.. aku ikut jer la..sambil adakan jamuan berbuka puasa, dia org buatkan majlis harijadi aku sekali... so kepada u all yg baca blog aku nie.. anda semua di jemput yer.. sila call aku untuk tahu lokasi umah... heheheh
Jumpa lagi .. bye bye. muaaaahhhh dari bday boy...