Rabu, Oktober 03, 2007

Johnny Steamboat Wangsa Maju






Assalamualaikum...
mmmm.. just nak berkongsi dengan anda semua.. semalam aku berkesempatan berbuka puasa dengan hidangan Steamboat je.. yer la dah habis fikir nak menu apa hari2.. so pada hari Selasa si Emma chat dengan aku ajak makan steamboat.. so aku biasa la kalau bab makan sure cepat je beri kata putus.. on beb..
Pada awalnya kami nak makan di Restorant Nelayan di Titiwangsa... cuba hubungi no rest tersebut.. tapi line sebuk je.. mmm.. so petang semalam si CT n Hubby terjah jer terus... tetiba...wawawa.. meraung si CT rupanya meja dah penuh di tempah.. hampeh kan.. jam masa tu dah pukul 6.20pm... kemudian si CT terus ke Istana Budaya sahaja sbb sana ada jugak sediakan buffet ramadhan..tetapi tetap hampa.. full beb..last sekali CT calling2 cakap tukar menu makan ikan bakar kat Sentul... mmm .. aku dah hilang selera.. jam 6.50pm masih cari tempat nak makan kat mana.. tetapi biasa la CT dengan Hubby tetap nak layan karenah aku bila cakap nak makan steamboat jugak.. Si Yana tak tahu kat mana lagi... last2 dia call aku jumpa di Wangsa Maju.. makan Steamboat kat Jaya Jusco.. aku apa lagi dari KL dengan si Apek pecut motor terus kesana.. yg bestnya boleh pulak sesat jalan .. nasib baik la sampai betul2 org dah azan.. so tak lewat la untuk berbuka puasa.. mmm.. Ct n hubby dan Yana dah tunggu kat sana... heheh.. aku dengan Apek sampai kemudiannya..
Pertemuan nie adalah sekadar fun sahaja la.. sambil2 tu plan untuk menu hari sabtu nie.. akhirnya kata putus dari AJK tak rasmi.. Ketam, Udang, Sotong dan Ayam menjadi hidangan untuk jemputan nanti...
Oh yer.. lupa nak beri komen ttg steamboat di Johnny Rest... aku rasa tak la sedap sangat.. biasa sahaja... tetapi kalau dapat makan di Rest Nelayan lagi best sbb seafood yg disediakan segar berbanding di Johnny.. tapi takpe la janji dapat jugak makan steamboat... lepas makan just merayau kat JJ dan si Yana ajak ke Jalan TAR kemudian.. terus dari Wangsa Maju pecut motor ke Jln TAR.. merempet aku dgn Si Yana dan Apek...
Kat Jalan TAR memang meriah.. tapi aku tak shopping pun cuma temankan si Yana beli baju kebaya pendek untuk raya nanti.. heheh.. jam 11.00 malam gerak balik rumah dari jalan TAR... zzzz...