Isnin, Mac 31, 2008

After 4 Days Holiday


Khamis (MC), Jumaat(AL) Sabtu dan Ahad cuti.. 4 hari dah cukup untuk aku ambik masa untuk rehat secukupnya.. tapi masa nie la aku gunakan sepenuhnya untuk selesaikan kerja2 part time aku... apa lagi kalau bukan photgrapher n andaman..

2 hari aku habiskan masa dirumah sahaja, pada awalnya aku nak balik ke Perlis dah lama tak jenggok kampung, tapi tetiba Kak Liza call untuk booking aku jumpa client di Kepong, Sungai Buluh dan Pandan Jaya.. Ala melepas la aku...

Sabtu aku sempat lepak di Med Villey bersama dengan Ajip... nasib baik jalan tak jame dan cuaca baik.. nampaknya ada diskaun besaran disetiap pasaraya.. dah lama aku tak shopping so masa nie aku sempat la beli apa yang patut jer contoh jaket yang aku cari, seluar kerja dan hehhehe.. koleksi aku yang dah banyak beg baju... entah nampak cantik lak so walaupun dah tak tau nak buat aku tetap beli jugak...

Sabtu juga aku sempat lepak dengan Kak Liza Di Bandar Sri Permaisuri, sambil menghirup udara segar hujan renyai2 turun, aku bersama Ajip dibelanja oleh Kak Liza kat Cafe tersebut yang dinama Jom Borak. cafe yang cantik berlatar belakangkan Tasik Permaisuri serta hidangan Nasi Goreng dan Char Koew Teow goreng yang sedap lagi enak... Bak kata Ajip ini adalah pertama kali dia merasai keenakan Koew Teow goreng di KL... betul ker... hehehehe

Ahad satu hari aku penuhkan masa dengan berjumpa client untuk andaman dan photographer..dari Kepong aku ke SG Buloh dan akhirnya ke Pandan Jaya.. jadi nampaknya booking untuk job photo dan andaman pada bulan Jun dan August dah penuh ditempah....

Jam 7pm dirumah di aku dah sampai.. bersedia untuk rehat sepenuhnya sambil standby melihat ABP... Nice dan havoc dengan pengacara yang sensasi dan paling tak best Mawi menang...dah tahu dah... hahahhhaa

So jumpa lagi.. bye bye..

Khamis, Mac 27, 2008

Pic of Me Aqasha, Gloria n Rina..







Hari nie MC, bosan kat rumah aku ke Bdr Tasik Permaisuri lepak di Amani Condo.. biasal kalau tidak bersama Taska Umi.. hehhee.. rindunya aku pada budak2 di taska nie.. dah lama tak jumpa n mesra dengan dia orang. Mcm biasa 3 orang nie yang paling baik dan dekat dengan aku bila berada disana.

Jam 12.00pm aku tolong Umi hantar Aqasha dan Rina naik bas ke sekolah. Dah biasa aku dengan keadaan mcm nie, bagiku jika adanya disisi mereka inilah kerja2 yang akan aku tolong Umi uruskan budak2 kat Taska...

Whatever yang mereka lakukan aku tetap riang tersenyum dengan taletah kenakalan mereka.. tapi itulah pembelajaran di peringkat awal2 kanak2..

luv all from life with me.. Azman.. muahhhhhhh

Isnin, Mac 24, 2008

Cinta, Teman, Kawan ... Mesra...


Panjang nak aku huraikan disini dengan tajuk diatas. Entahlah life with me kali ini akan ceritakan betapa teruknya perkataan diatas pada diri aku apabila akhirnya ia bertemu kegagalan. Mungkin awalnya semua ini indah.. tapi jika tiada perancangan dan perfahaman yang betul dan serasi kita akan temui kehancuran.

Adakah ia terjadi pada aku.. tak perlu berteka teki.. jelas dan tulus aku katakan, yes ia benar sekali, bila dimana dan dengan siapa.. tak perlu aku jelaskan.. kadangkala orang diluar sana tidak pernah tahu siapa cinta, teman dan kawan aku selalama ini, yang pasti hanya diri kita sendiri...

Mulai hari ini aku biarkan semuanya kosong, adakah ia seperti tin yang tidak berisisi...entah tetapi ia tetap kosong bagiku tiada cahaya dan uadara...

Walaupun sudah berapa kali hati aku berkata "Stop" tapi belum cukup zahir dan batinku menggemudikannya... tidak tahu hala tujunya tapi yang nyata aku harus bangun dan teruskan kehidupan.

Semakin hari aku tidak pasti apakah itu Cinta. Adakah cinta perlu ada disisi dan dibelai sepanjang masa? Dan adakah aku ini layak untuk menerima cinta..

Tuduhan yang aku terima seringkali tidak berasas, hanya dengan satu pandangan aku telah ditakdirkan bersendirian. Jadi adakah itu Cinta yang ada dalam hidup aku...Bagaimana nak aku huraikan tidak pasti, tetapi ketahuilah kejujuran terletak didalam diri dan jiwa kita sendiri.... hanya diri sendiri yang tahu sejauh mana kejujuran diri sendiri. Adakah aku jujur, itulah yang aku cuba perbaiki pada diri sendiri dan juga pada teman2 semua...

Kini, aku biarkan diriku sendiri lagi. Aku akan teruskan perjuangan yang belum ketemui jalan penghujungnya. Walaupun sendirian aku akan pasti diriku tetap akan ukir senyuman gembira pada kawan2 dan teman2 diluar nanti...

Akhir kata dari aku... kepada dia dan diriku sendiri... kita jadikan pengalaman ini sebagai kematangan dalam perjalanan kehidupan. Didunia tiada apa yang pasti kerana semuanya ada cuma kadangkala kita tidak sempat melaluinya. Jadi laluan hidup hari ini adalah mencerminkan kematangan diri kita sendiri...

Salam malam dari aku ...

Ahad, Mac 23, 2008

City One Plaza - KL

Hari nie Sabtu aku ke KL sambil ditemani oleh Kak Ina (Beuty & Care) bukan Kak Ina (CCS) Is dan Shima. Tujuan adalah untuk melihat sambil mencari koleksi terbaru kain untuk dijadikan baju perkahwinan. Sayanya pic tak dapat diambil kat kedai tersebut jadi xleh la nak postkan disini...

Banyak promosi potongan harga skarng di KL, aku teruja jugak melihat pelbagai jenis kain dan songket yg dipamerkan.. tetapi semasa jalan2 aku dah setkan untuk beli 2 set warna kain organza campuran dengan kain leace sahaja.. dengan harga yang dapat agak murah aku pilihkan warna putih bartaburan bunga hitam dan bungan selver. Kain ini adalah aku beli khas untuk perkahwinan si Shima dan my hmate aku pada hujung tahun nie. Memandangkan pakej aku yang digunakan jadi tak salah kiranya aku membeli sekarang ketika ada mega sale ini....

Kat luar hujan ketika hendah pulang, sempat singgah di kedai barangan hiasan andaman pengantin ting 5 Semua House. Jalan2 aku lihat pakej yang disediakan agak mahal jugak jika dibandingkan baju yang disediakan hanya untuk sewa. Contoh satu set songket yang lama sahaja pun dah mencecah RM500. Jika nak kata cantik rasanya lebih kurang je dengan koleksi yang aku ada.. heheh.. takpe la masing2 ada selera dan kemampuan... jadi buatlah pilihan yang bijak.

Dalam hujan kami redah balik ke rumah aku di Shah Alam. Kak Ina nak lihat koleksi baju yang aku ada. Dalam perjalanan kami dapat satu idea untuk ciptakan satu set khas tema untuk pakej aku nanti.. dengan menggunakan buluh dan kayu akan dicamtumkan menjadi bekas untuk set bakul hiasan barang hantaran.. hasilnya tunggu dan lihat.. yang pasti buluh tersebut kami akan menggunakan buluh yang asli ciptaan kami sendiri.. untuk melihat hailnya tunggu dan lihat sahaja nanti...

catatan azman dihujung minggu.. bye...

Jumaat, Mac 21, 2008

Perkahwinan Hafizah dan Razali

Perkahwinan yang berlangsung di Negeri Sembilan daerah Port Dickson.. Tugasan kali ini melibatkan aku merakamkan detik2 manis pasangan pegantin dari hari akad nikah serta 2 hari di majlis persandingan mereka.. acara yang sungguh meriah terutaman ketika upacara makan beradad disebelah pegantin perempuan...

Banyak gambar tidak dapat dirakamkan dek kerana cuaca tidak menentu diluar kerana hujan sepanjang majlis..









Sekitar perkahwinan Suzie dan Aidir













Bertempat di Negeri Sembilan kali ini tugasan aku sebagai jurufoto sambilan. Di Kg Lending , Air Mawang aku bertolak kesana pada hari Sabtu seawal jam 7.00am dari Shah Alam.. Memang awal difikirkan tetapi untuk acara fotografi ini aku perlu ambil gambar untuk baju persalinan pegantin perempuan diwaktu pagi pada jam 10.00am., Ini adalah kali pertama aku jejak kaki di kg ini... alhamdulillah tak sesat la pulak dengan petunjuk arah yang diberikan...

Acara perkahwinan mereka memang simple tetapi biasa la negeri sembilan penuh dengan adatnya.. tetapi urusan aku dengan pihak peganting tiada masalah berjalan dengan lancar sahaja. walaupun pada awalnya Suzie agak malu orangnya ketika aku mula untuk merakamkan wajahnya...

Ahad, Mac 16, 2008

Execellent Skin Care & Beuty House

Semalam selepas Hujan aku redah jugak ke Salon Jamas di sec 18 Shah Alam untuk gunting rambut... biasa la kalau dah dapat jumpa dengan Jamas banyak hal2 berkaitan dengan kecantikan diborakkan... aku nie xle tahu sgt tetapi memandangkan aku nie seorang jurugambar maka harus jugak aku ambik tahu .. betul tak...

Hari nie Ahad, aku lewat bangun.. set kat hphone jam 7am tapi tak tahu apa jadi tak bunyi lak alam.. atau aku yg tidur mampus.. semalam jam 2am baru aku leh lelapkan mata.. tension dengan laptop aku nie tiap kali buat keja..ntah terus lap jer..tension..

Jam 8.30am aku sedar.. mampus sepatutnya jam nie aku harus ada di stesen komuter.. heheh.. sms Kak Ina di seremban... hello frend lewat sikit.. maaf, maaf... sms reply.. xpe man.. kak tunggu je...arghh.. lega.. lepas mandi aku terus gerak gie ke komuter Batu 3... tetiba lak train buat hal dari Pelabuhan Klang... hampes betul la.. time nak cepat ada je hal.. sabar dan terus sabar.. bukak hphone dengar lagu mp3

Jam 1.00pm baru sampai Seremban.. Kak Ina dah nunggu...hehehe.. maaf la yer.. i lambat.. tapi salahkan train le...Kak Ina bawak lepak kat seremban sambik borak2 lagi hal kecantikan dan andaman... lepas lunch kita orang gerak pergi tengok kain untuk buta gaun pegantin aku.. hehhe.. memang cantik satu kain tu... fabrik organza dan dengan satin lembut.. cantik kalau aku beli untuk upgredkan dengan kosep baju songket putih aku yg ada.. takpe adik Kak Ina tukang jahit cakap perlu tahu ukuran.. so xjadi la beli.. next time..

Lepas lepak kat Seremban terus ke Senawang... Kak Ina nak kenalkan aku produk kecantikan dan yang dia uruskan...masuk je kekedainya aku memang terperanjat, walaupun susun atur barang dia ringkas tapi nampak selesa bila berada di Beuty Housenya...lepas borak2 Kak Ina nak buatkan rawatan muka aku.. hehe.. aku on je la.. satu jam muka aku dilayan sebagai sang putera. Step by step dibuatnya ke atas muka, last sekali Kak Ina.. u nak massage muka tak... apa lagi, buat je la Kak Ina.. itulah jawapan aku.. selepas 1 jam rawatan.. semapat jugak aku lelapkan mata....agrh.. segarnya muka aku nie.. hahahah...

Kak Ina adalah pengurus bagi Beuty House nie.. orgnya memang ramah dan baik.. kira ngam la dengan aku pun baik jugak... hehehe.. Banyak Kak Ina petuakan kaedah nak jaga muka dan urutan.. tak kedekut ilmu bila berurusan dengannya.. syukur la aku ditemukan seorang lagi kawan yang baik didunia nie.. insyaallah kalau ada rezeki kami akan bekerjasama dalam urusan pembukaan butik andaman di Senawang... harap2 Kak Ina akan bersabar dengan kerjasama ini...

Mmmm.. lepas tu aku tunggu clint utk kasi album kahwin.. jam 5.30pm baru datang. Lepak jap kat Stadium Paroi makan nasi lemak n Mee Bandung diwaktu petang bersama Kak Ina memang best, banyak cerita yg dapat dibualkan.. senyuman dan ramahnya cukup menghiburkan... caya la u Kak Ina... sentiasa berfikiran terbuka...

Jam 7.45pm aku naik trien dari Seremban.. keadaan agak sesah.. biasala hujung minggu... argh.. inilah keadaan yang membosankan aku.. sesak n sesak... tarik nafas terus lelapkan mata... layan....

So.. kita jumpa dimasa lain dengan cerita lain.. bye bye bye..

Sabtu, Mac 15, 2008

Hujan... Aku disni...

Kenapa yer aku tulis tajuk nie.. ntah tak pasti la pulak.. tapi sbb dek hujan la aku terpaksa batalkan niat untuk pergi gunting rambut kat Jams Salon.. so aku kat sini la.... mungkin ini la yang dimaksudkan disebalik tajuk diatas... aku harap Jamas tak marah la sbb tak jadi pergi salonnya selepas baru je tadi aku buat appoinment dengan dia... wah.. nak gunting rambut pun siap ada appoinment ker? nie la aku dengan Jamas tiap kali nak aku gunting rambut.. aku nie jenis tak suka tunggu lama2 kat salon tunggu lama2 beratur so..dek sbbkan dah 5 tahun aku jadi pelangannya Jamas dah masak dengan perangai aku nie....maaf la yer Jamas esok je la aku ke sana...

Balik rumah aku terus hadap depan laptop nie.. nak buat apa ntah la.. nak chat pun dah lama aku tak online.. jadi kawan2 chating ntah kemana menghilang...

Takpe la.. cakap je kat blog aku nie.. dah lama rasanya aku tak bercerita dengannya... apa yer nak cerita nie..

Ok la aku ceritakan dengan apa yang berlaku pada aku sejak akhir2 nie...

Hidup..
Syukur la aku masih lagi bernafas dibumi yang sementara.. boleh bergerak kesana dan kemari dengan bebas.. tapi bukan parti Bebas yer... jadi maknya aku nie masih sehat la...

Rindu..
Ntah la teringat lak kat kampung, bukan apa balik cuti lepas aku terjumpa seekor anak kucing kat Tasik Melati tempat aku gie jogging, cute sgt tapi agak kurus sbb tak makan kot.. lepas jumpa aku hilang mood nak teruskan jogging, lepak jap kat tepi aku terus balik bersama dengan kucing tu sekali.. diam lak dia bila aku bawak naik moto... sampai rumah mak bising la pulak... awal2 sound kenapa la aku bawak balik kucing lagi sedangkan kucing kat umah dah berlambaknya... tak terjaga.. hari2 mak duk senaman tangan... bukan apa asyik halau kucing je.. tak kira senaman lari lagi.. nie time masa nak kejar kucing curi lauk...hahahah...
Takpe la aku janji dengan Mak nak bawak balik KL je kucing yang aku jumpa nie.. lepas beri susu aku biarkan dia rehat jap.. lepas tu aku kasi makan... habis semua apa yang aku beri dihadapnya..mmm.. lapor nie.. pastu aku biarkan dia tidur dalam sangkar.... zzzz
Turn nak balik ke KL .. aku ada masalah nak bawak pulak sikucing nie.. sedihnya.. mak dah tengok aku lip lap dengan matanya.. senggeh je aku.. terus cakap " Mak jaga jap kucing nie, next time balik kg org bawak balik".. diam la Mak aku tu.. takpe nanti org kasi la alaun jaga kucing ye...
Tibanya aku di KL .. Mak tepon, maklumkan kucing tu dah diambik oleh anak buah..mmm.. sure melepas la aku.. alih2 dia orang lak jaga kucing tu.. siap tak kasi bawak keluar dan tido dalam bilik dan beri makan yang sedap dari aku.. dah sah la kucing tu duduk dalam rumah dia je.. aku call kakak.. awal2 dia jerit.. ko cari lain la.. kucing nie dah jadi milik dia dan anaknya...Lo masa aku jumpa bukan bising lagi xnak bela.. pot pet je mulut marah kat aku.. alih2 dia lak yang suka.. apa cite nie beb... so maknya impian aku nak bawak kucing tu jadi warga KL tak menjadila.. so terpaksa la dia jadi kucing kampung jugak... yer la dah duduk kampung kan... hehehe..
Takpe la nanti aku balik culik dia bawak ke KL.. baru la betul org gelar "Lelaki Kicing"...hahahahha....

Part time job
Hari nie baru la siap 2 set album peganting yang aku buat last time.. esok nak gie hantar kat Seremban.. yang satu lagi perlu siapkan videonya sekali...
Tuisyen lak macam biasa la.. waktu malam....happy jer budak2 tu dengan aku...hahaha.. biasa la dapat cikgu baik dengan sporting mcm aku nie...

Kerjaya tetap
heheh.. apa ye nak aku huraikan.. kerja sekarang nie as acc asst nie memang la ok.. tapi biasa la aku mana leh bertahan dengan kerja yang sekadar duduk je depan pc.. boring la.. aku selalu je ambik MC dan cuti akhir2 nie.. bukan apa bukak mata asyik rasa bosan nak ke opis.. sbb buat keja yang sama je.. tak habis2 ... so tunggu je la kalau ada rezeki aku akan teruskan kerja di wywyw... jika tak.. pembentangan kerjaya aku akan dilakukan dlm masa terdekat la... hahahah...

Rumah Baru..
Yahoo harap2 cepat la siapnya.. masa aku pi tengok 2 minggu lepas.. pihak constuction dah duk cat apartment tu kat bahagian luar.. jadi aku rasa cuma tinggal 30% je lagi siap la rumah tu.. sekarang nie dah duk belek2 jugak konsep apa nak aku buat nanti.. nampaknya aku pilih.... tunggu.. rahsia la... dah aku jumpa konsepnya... cuma nak kira budgetnya nanti la....

Ok la nie je nak aku citerkan kat sini.. yang lain2 tu kalau ada masa aku tuliskan yer.. heheh... hujan pun dah berhenti... bye bye

Wassalam..