Khamis, Januari 08, 2009

Sepi -- Kini Kau Kembali..

Entah mengapa hari nie aku terasa sepi sekali.. aku rasa seperti kehilangan sesuatu yg amat beharga dalam hidup ini.. apakah ia.. biarlah ia menjadi rahsia hidupku..

Kehilangannya amat aku terasa sekali tambahan disaat aku kini memerlukan dia disisi ketika ini. Kenapa kali ini kami harus berpisah jauh sekali. Kenapa masih ada yang cemburu ttg hubungan ini... aku tak mampu bertahan lagi kadangkala.. kini aku dan dia semakin jauh.. adakah kami ditakdirkan tidak bersama atau aku telah ditakdirkan tidak ada org disisi. Hanya tuhan yang tahu melihat perasaan dalaman hati ini.. ia tak bisa buat aku ungkaikan kata2 untuk diceritakan kepada sesiapa. Sehingga kini sepi ini masih aku simpan rapi didalam sudut hati ini...

Aku sudah nekad jika ditakdirkan kami bersama aku akan berusaha juga agar takdir itu pergi jauh2 dari hubungan kami... aku akan berusaha selagi aku mampu agar hubungan ini akan terus kekal sehingga nafas terakhir..

Biar sepi ini ada dalam hidup aku untuk seketika.. tetapi aku tetap tidak berhenti berdoa agar ia akan susur keluar dan pergi jauh dari hidup aku untuk selamanya..

Aku tahu kebahagiaan tidak mudah untuk kita miliki.. tetapi sekali ia berada didlam diri ini akan aku jaga agar dia akan disinari dengan keindahan di hari2 akan datang..

Biarkanlah.. dimana dia berada dan dimana juga aku berada.. aku tetap akan menunggu dan terus menunggu.. setia untuk satu.. dan hati ini sudah tentu untuk dia sahaja..

Kau Tak Pernah Jauh...

Salam..