Rabu, November 12, 2008

Sebuk kah aku...

Assalamualaikum...

Seketika aku agak lupa nak update blog ini. Biasa la alasan tetap sama.. sebuk dan sebuk. tapi bila dilihat kembali apa yang boleh dikatakan sebuk dalam kerja harian aku ini tak tahu la. Mungkin seketika sebelum ini aku perlukan masa untuk sendirian. Biasanya jika aku bersendirian maknanya apa2 pun aku tidak akan sentuh termasuk la nak check email. Entah la ini la dikatakan tabiat diri aku.

Sejak akhir2 ini aku banyak habiskan masa di luar KL sahaja. Contohnya aku ambik masa selama 2 minggu pulang ke Perlis. Kemudian aku ke Penang pulak. Sesungguhnya aku perlu rehat yang panjang ketika ini kerana terlalu banyak perkara yang membuat fikiran aku berkecelaru. Entah la kadangkala aku tak pasti seketika arah tujuan hidup ini. Sebab itulah aku terpaksa ambil keputusan dengan melepaskan jawatan aku sekarang ini semata2 dek fikiran aku tak menentu.

Minggu ini aku kembali, suasana agak baru kerana aku terima tawaran bekerja di syarikat baru. Yang pasti dan kelakarnya syarikat baru aku hanyalah bersebelahan dengan syarikat lama dahulu. Hairan bin ajaib kan? Inilah dikatakan rezeki, semasa aku dalam melarikan diri mencari ketenangan tuhan memberi aku peluang rezeki baru. Alhamdulillah.. jadi tak perlu la aku tercari2 kerja.

Dengan jawatan baru di tempat ini belum pasti buatkan aku gembira dan berpuas hati. Ini kerana fikiran aku masih lagi bercelaru dengan apa yang aku kejarkan dalam kerjaya dan juga hidup. Tetapi memandangkan terlalu banyak tanggungjawap yang ada harus aku pikul terpaksa la aku teruskan kerjaya disini. Mungkin suatu hari tuhan akan berikan aku petunjuk jalan mana yang harus aku pilih...

Wassalam...

Rabu, Oktober 01, 2008

SMS - Ungkapan Hari Raya



Antara sms ucapan yang diterima dalam my phone massage.

- "Walau Langkah Tak Bertemu, Tangan Tak Berjabat, Ucap Tak terdengar, Mata Tak Bertatap, Tapi Izinkan Hati Memohon Maaf Zahir & Batin & Selamat Hari Raya Aidilfitri"

- "Ramadhan Berlalu Dengan Tangisan, Syawal Disambut Dengan Kesederhanaan, Hari Lebaran Bermaafan,Salam BersalamanSesama Insan, Selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin"

-"Dikala Bersenda Tentu Ada yang Terguris,Dikala Berkata Mesti Ada Yang Terhiris, Dikala Ketawa Mungkin Ada Yang Menangis, Kami Manusia Biasa Tak Lari Dari Cacat cela. Dikesempatan ini, jari sepuluh kami susuni, agar Dosa kami Diampuni, Jika ada Silap Dihati. Salam Aidilfitri."

-"1 Syawal Menjelang Tiba, Takbir Bergema Menggegar Jiawa, Sekiranya Ada Salah & Dosa, Ampun maaf Dipinta Dihari Mulia, Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir Batin."

-"Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian diNanti, Luhur Ikhlas Mohon Kemaafan, Tanda Ingatan Kekal Dihati "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin."

-"Pejam celik Lejam Celik Dah Lama Tak Jumpa,Pejam Celik dah 30 Hari Puasa, Makin diPejam celik Makin Banyak Salah & Dosa. Sementara Mata masih Celik, Banyak2lah Buat Pahala.Sebelum Pejam Tak Celik2 Harap maaf Jika Tersalah Kata. Selamat Hari Raya Aidilfitri."

-"Jambatan Indah Lagi Berseri, Menjadi Hiasan Di Aidilfitri,Sms Dikirim Penganti Diri,Tanda Ingatan Tak Layu DiHati,Maafkan Segala Kesalahan Diri Ini Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri."

-" Mengimbas Kembali Kata Yang Diucap, Mengigat Kembali Janji Yang Dikata, Mengimbau Kebali Masa yang Berlalu, Merenung Kembali Hati Yang terguris, Menyingkap Kembali Amanah Yang Dipikul, Izinkan saya Menyusun 10 Jari Ampun & Maaf Untuk Lisan Yang Tak Terjaga, Janji Yang Terabai,Hati Yang Berprasangka, sikap Yang pernah Menyakiti."


Sebenarnya terlalu banyak lagi sms ungkapan yang aku terima pada tahun ini. Dengan pelbagai bentuk tulisan dan corak. Apapun terima kasih aku ucapkan kepada semua kenalan yang sudi ingati menghantar smsm tersebut antaranya Kahirul, Abang Wan, Dr Fazlee, Adi, Zaharin, Umi, Kenalan chating, Liza, Ijam Dan semua yang tak dapat atau terlupa nak aku tulis disini.

Dari Aku pulak semua ucapan diatas aku sampaikan untuk anda semua. Hehehehe..

Sabtu, September 06, 2008

Sabtu - Hujan - Hari Ke 6 Berpuasa



Salam untuk semua. Hari nie aku bangun jam 10.30am. Biasa la hujung minggu semalam jam 2.30am baru lelapkan mata. Entah kenapa lepas siapkan pic album client mata tak dapat nak tidur, lastly aku bukak MP3 kat Note book sambil layan mata pun terlelap. Tapi tak sempat nak bermimpi enak dah dikejutkan oleh housemate untuk bangun sahur. Hahaha.. pagi nie turn aku masak untuk sahur, tapi nasib baik la 5 org hmate aku nie tak banyak soggeh makan je apa yang aku masak. Akhirnya pagi nie menu sahur kami adalah nasi goreng sahaja. Si Jati tolong aku siapak rencah untuk tumiskan bahan nasi goreng sambil mcm2 ragam dan gaya dia tunjukkan. Biasa la bila lelaki masuk dapur, waktu sahur tu jadi seperti masa makan tengah hari pulak hilang rasa ngantuk dengan gelak ketawa masing2 dan riuh rendah dapur jadinya. Mata aku yang ngantuk pada awalnya terus segar mata. Alhamdulillah berselara kami makan sahur pagi ini dengan gelak ketawa dipagi yang indah ini...

Lepas sahur aku terus tertido semula, alih2 jam 10.3am baru aku tersedar itupun bila terdengar ring tone masg dari phone. Alamak dah lewat rupanya pagi ini aku perlu jumpa Zt kat RS butik di Ampang untuk hantar album kahwin. Terus gegas aku bangun, pack apa yang patut terus keluar rumah. Alamak kat luar cuaca dah redup rasanya mcm nak hujan mcm mana nak gerak nie.. lastly aku redah jugak, sampai je kat PJ hujan dah turun apalagi terpaksa la aku turn back semula kerumah. So tak jadi la aku jumpa Zt hari nie..

Kat rumah hari nie aku kemaskan apa yang patut termasuk la kemaskan alatan pelamin yang ada kat rumah aku nie. Sambil layan budak2 rumah tetiba jer dapat msg dari Sarjen. Alamak hari nie aku sepatutnya nak ke Pavillion Bukit Bintang. Arghh.. tension mcm mana nak pergi hujan kat luar mcm cemburu pada aku untuk keluar jalan2 hari nie. Lastly aku just reply sms dan batalkan je nak kesana hari nie. Tapi apa yang aku tahu kawan serumah aku si Ferdi tetap ke Pavillion jugak untuk berjumpa Sarjen. Takpe la takda rezeki aku nak lepak kat sana. Lain masa la kawan2. Jam 1.00 tgh hari perut terasa la pulak lapar... hahah nie la dugaan dibulan puasa kan... untuk hilang rasa lapar aku ambik keputusan untuk tidur semula.. lagipun best jugak time hujan2 tido.. huhuhuhuh... ZzZzZzZ

Wah cepat masa berlalu minggu pertama dan hari ke 6 kita berpuasa hari ini. Mmmm... menu apa yer hari nie.. entah la rasa mcm nak buat ayam panggang jer.. tapi rasa malas nak belikan bahan2 rencahnya.. Berpuasa kali ini aku gembira sangat kerana ada kawan2 yang temankan. Tak sama pada tahun2 yang lepas aku sendirian kat rumah. Yerla dah duduk serumah seorang diri. So makan la sorang2. Tahun nie aku berpindah kerumah betul2 bujang, so faham2 je la macam mana riuh rendahnya keadaan dlm rumah nie.. dengan gelagat si Ferdi, Atok, Sarjen, Jati dan Usop buatkan nak pecah perut suasana masa berbuka puasa. Masing2 ada gelagat tersendiri yang boleh masing2 tergolek2 ketawa ketika makan. Cis tak ada adap sopan langsung ketika makan... nak kena panah petir nie... hahaha..

Lepas makan semua hmate gerak ke masjid untuk solat terawih... alhamdulillah walaupun hmate nie nakal2 jugak orangnya tapi ada jugak gerak hati nak ke masjdi solat terawih. Lagipun masjid dekat jer dengan rumah..

Kepada anda semua pembaca blog nie.. Selamat menunaikan puasa yer.. jangan curi2 buat jahat dan nakal2.. cuti la sebulan untuk kita dekatkan diri padaNya..

bye untuk semua...

Rabu, September 03, 2008

Happy Bday - My Dad - 28/8/08


My sis, aku, my dad, my younger sis and my mum. Pose depan underwater world Langkawi.

Wah sebuknya aku dalam sebulan lepas.. nak update blog pun tak sempat. Ini pun aku ambik kesempatan masa yang ada lepas berbuka puasa untuk update blog seketika. Budak2 rumah semua dah siap nak ke masjid untuk solat terawih. Aku biasa la orang yang terakhir akan keluar.

Hari nie jugak aku baru sahaja sampai Kl setelah 5 hari di kampung. Cuti panjang aku kali ini, lagipun masa aku balik kg kebetulan pulak bday my dad. Jadi masa ini la aku nak bersamanya kerana biasa la awal2 lagi my dad dah buat permintaan nak aku balik ke kampung. So kepada my Dad selamat hari lahir - Semoga panjang umur, sihat selalu, murah rezeki dan bahagia disampaing anak2 dan cucu dan tak lama lagi bakal dapat cicik.. hehehe...

Aku tak sempat nak shoping hadiah kat my Dad tapi aku ternampak satu jam tangan semasa last minute shoping. Nak beli baju my sis dah belikan so aku belikan yang lain je la. Kebetulan aku bercuti panjang jadi aku ada masa untuk bawak half the my famili ke Langkawi. Dah lama tak bawak my mum dan my sis bercuti. Nak cerita ke pasal Langkawi, tak payah la kan.. tetapi situasi disana amat berubah setelah 6 tahun lepas aku jejakkan kaki... segalanya berubah...

Hari2 seterusnya aku habiskan masa lepak dirumah dan bersama Rull kawan aku di Perlis. Sambil itu juga aku cuba siapkan photo editing untuk job wedding pada bulan lepas. Semua nie perlu aku siapkan secepat mungkin dalam masa terdekat ini juga. Huhuhu... letihnya...

Di Perlis hujan hampir setiap hari. Kali ini aku sempat menyambut ramadhan bersama famili. Wah enak sekali masakan my mum... tapi mcm biasa la sebelum masak my mum akan tanya apa yang aku teringin makan... yummy.. biasa la aku listkan je.. Kesian juga lihat my mum, dibulan puasa pun perlu masak. Seawal jam 12-pm dia dah masuk dapur... bila aku soal kenapa masak awal jawapannya.. ada banyak nak masak lagi nanti tak sempat aku nak masak untuk aku rasa masa sahur. Tu la kan kasih seorang ibu, walaupun my mum nie ada feelnya yang aku tak suka tapi setiap kali aku balik kg sure dilayan macam anak raja... nie la yg buat aku sedih setiap kali nak pulang ke KL semula...

Ok aku stop dulu kalau nak cerita tak habis satu blog..
Adios jumpa lagi.. wassalam..

Rabu, Ogos 06, 2008

---Siapa Kawan? Siapa Lawan?---

Salam untuk semua,

Pertama aku nak maklumkan, sejak 3 hari aku berada dirumah baru bersama kawan2 yang baru ini, keadaan semakin serasi antara kami. Tidak seperti hari pertama, kini aku dah ada bilik sendiri walaupun terpaksa berkongsi dengan seorang lagi kawan serumah. Semalam kami makan bersama setelah Sharul sudi masak untuk makan malam. Apa yang aku dengar Shahrul memang selalu masak dirumah ini berbanding penghuni lain yang sekadar tahu makan sahaja.

Lupakan seketika hal aku dan teman serumah, apa yang pasti aku gembira disini walaupun hanya untuk seketika. Apa yang nak aku kongsikan disini adalah tentang sifat teman dan kawan2 aku yang dahulu dimana saat aku senang dan selesa. Dimanakah mereka apabila aku memerlukan? Adakah ini boleh aku anggapkan kawan dan teman...

Apabila aku memikirkan kembali, memang sukar untuk aku terima, dimana kawan yang aku boleh harapkan ruapanya hanya sekadar kawan ketawa sahaja. Nampak dan jelas sekarang kini untuk dapatkan seorang kawan, duit menjadi pertaruhan. Jika ditaburkan dengan duit ramailah kawan yang akan dampinggi kita tetapi jika sebaliknya batang hidung pun tak akan nampak.

Dari pengalaman ini, tuhan membuka hati dan fikiran aku untuk berfikir. Syukur aku temui jalannya, dan inilah yang dikatakan satu pembelajaran dalam kehidupan yang hakiki. Aku redha dengan dugaan tuhan dan akhirnya jugak dia memberi petunjuk.

Semoga petunjuk ini akan kekal untuk aku terus menyuluh cahaya dalam liku2 kehidupan mendatang. Amin....

Selasa, Ogos 05, 2008

August - Job schedule

2 - 3 August 2008 - Wedding photo shoot at Puchong & Ampang - Oly & Sofie

9 - 10 August 2008 - Wedding photo shoot & Andaman Pakej at Selayang - Ayu

16 - 17 August 2008 - Wedding photo shoot at Melaka - Diana

23 - 24 August 2008 - Wedding photo shoot & Pelamin at Petaling Jaya & Kajang - Farah

Nampaknya aku ada satu minggu sahaja masa rehat sebelum bulan puasa. Harap sempat la aku siapkan kerja nie sebelum puasa menjelma dan masa bulan puasa nie harap2 dapat la aku habiskan masa dengan berehat dan hal2 berkaitan ibadat.

Aku akan berada di Kg - Kangar pada 29/8/08 - 2/8/08 - untuk menyambut puasa bersama keluarga. Semalam Kay dan aku merancang untuk menutup hujung August nie dengan pergi camping di Penang - lokasinya belum pasti lagi. Harap2 jadi la kerana dah lama aku tak dapat pergi camping.

Untuk pada pasangan penggantin harap dapat hubunggi aku untuk membuat tempahan photo dan andaman lebih awal yer. Kerana aku dah bukak tempahan untuk bulan Oktober 08. Nasihat aku diharap pasangan penggantin membuat tempahan awal agar nanti ada masa untuk membuat segala persiapan.

Salam untuk semua..

Ahad, Ogos 03, 2008

The Curve - Me & Nadiah

Tak sangka akhirnya dapat juga aku jumpa Nadiah selepas hampir 2 bulan kami hanya kenali melalui email sahaja. Secara ringkasnya Nadiah aku kenalinya kerana dia adalah salah seorang office client.

Jam 4.45pm, Nadiah pickup me di rumah baru. Tak sangka dia la teman pertama yang tahu dimana aku tinggal sekarang nie. Awalnya dia sesat jugak kerumah aku... Selepas aku siap kami terus ke The Curve Damansara. Awalnya nak ke Sunway Piramid sahaja tapi entah macam mana semasa sedang memandu kami tukar rancangan dan terus memandu ke The Curve.

Agak lama aku tak datang dan lepak disini. Banyak perubahan berlaku.. terutama terdapat deretan kedai bazar dihadapan cafe diruangan dalam The Curve. Seketika kami lepak dan minum disalah satu cafe sambil borak hal diri masing2. Terus terang Nadiah sungguh ramah walaupun keadaan dia untuk bercakap banyak agak terhad dek keranan keadaannya tak sehat dan batuk.. kesian lak aku lihat...

Dalam 1 jam borak hanya dengan 2 gelan Limon Ais dan Bali Suam kami berlalu sambil wondow shoping kat deretan bazar tersebut. Aku just temankan Nadiah belikan beberapa barang hiasan diri untuk buat koleksinya...

Jam 7.30pm kami berlalu dari 1 floor ke 2nd floor. Masa nie kami nak cari Cafe untuk makan malam. Ternampak satu cafe " Rojak - Rojak" selepas memandang sesama kami memilih sebagai tempat untuk isikan perut makan malam.

Mee Sup
Koew Tew Sup
Tauhu Sumbat
Sagu Gula Melaka.

Pilihan menu kami simple sahaja. Tapi yang paling sedap adalah Sagu Gula Melaka. Entah la mungkin satu kebetulan baru je 3 hari lepas aku terasa nak makan Sagu Gula Melaka, tetiba dating dengan Nadiah aku dapat merasainya. Hilang rasa kempunan aku nie.

Banyak benda dan cerita ketika aku bertemu Nadiah. Ada jugak aku bertanyakan lebih detail ttg kerja akaun kerana Nadiah pun seorang pekerja akaun juga.

Selepas makan jam 9.00pm kami bertolak balik. Masuk dalam kereta kami masih lagi berborak walaupun dalam keadaan perut yang penuh.

Aku dan Nadiah berpisah dalam sekitar jam 9.45pm selepas dia pulangkan aku kerumah. So hari yang indah bagi aku hari ini kerana menggenali seorang lagi teman yang sekepala dengan aku. Harap perkenalan ini akan kekal dan jujur antara satu sama lain. Thanks Nadiah sudi bertemu aku dan harap ia bukan pertemuan yang pertama dan terakhir antara kita.

Rabu, Julai 30, 2008

Thanks to Lovely -Kay

Salam untuk semua...


Minggu nie aku agak letih dengan mengguruskan hal pemindahan rumah. Nampaknya pindah lagi aku yer.. nak buat mcm mana dah bukan rumah milik kita jadi bila2 masa sahaja senang orang boleh suruh kita keluar. Mmmm.. if aku huraikan kat sini kenapa aku pindah, sure akan membuatkan situasi pembaca blog nie akan terganggu. Jadi biarkanlah aku simpan segalanya dalam sejarah hidup aku, dan ia akan aku jadikan pengalaman hidup.

Semalam aku ditemani Kay dalam mengguruskan kemas barang dan segala keperluan pemindahan aku. Syukur la ada juga teman yang sudi ruangkan masa dan tenaga. Waktu ini aku memang perlukan teman untuk memberi sokongan tapi apakan daya ramainya teman2 aku diluar sana sebuk dengan hal masing2 jadi aku tak salahkan mereka jika terlupa ttg apa yang aku alami dihari ini...

Kemana nak pindah? Ini satu lagi persoalan yang belum pasti hendak aku jawap. Barang2 semua dah siap dibungkus tapi aku belum pilih rumah dan kawasan mana nak aku pindah. Gila kan.. yup kali ini memang aku gila sedikit, so esok aku akan cari lagi rumah mana yang sudi "menumpangkan" aku. ...

Jam dari jam 8.30 am - jam5.30pm Kay tlg aku lipatkan baju dan apa sahaja dirumah. Kesian dia semalam baru sahaja sampai dari Kl setelah 7 jam dalam bus dari Kangar. Tak sangka Kay sanggup habiskan cuti sehari dia bersama aku. Sesungguhnya aku amat hargainya...

Jam 10.00pm Kay selamat naik bus dari Shah Alam ke Kangar. Mmm.. sedih mukanya sama jugak apa yang aku rasa disaat ini.. "kenapa nie Kay?".. kesian kat u tak i tak dapat teman angkat barang hujung minggu nie.." la itu ke sbbnya.. ish2 ingatkan sedih sbb nak berpisah dengan aku ... hahahaha.. Takpe la Kay jangan risau jika ada duit semua boleh buat. Lagipun aku dah uruskan hal2 pemindahan dengan booking sekali pakerja pada hari tersebut. So tak perlu aku susahkan dan harapkan kawan2. Betul tak..

Rehat seketika si Farah client aku dtg utk bincang pasal pakej photo weddingnya. Ala jam dah 10.45pm nie.. baru je aku nak lelapkan mata.. borak dan bincang lastly jam 12.00pm baru selesaikan berurusan dengannya.. nampaknya dihari majlisnya aku perlu kerja keras la kerana aku diamanahkan untuk uruskan hal photo wedding kedua2 majlis tersebut... alhamdulillah rezeki datang bergolek nampaknya...

Jam 12.00am sebelum tido aku call Kay. Nampaknya dia dah tidur atas bus. Keletihan rasanya. Aku just maklumkan nak tidur sahaja. Manjanya kan... so apa lagi terus aku lelapkan mata serta lupakan seketika hal2 barang rumah nie...

zzzzzzzz

Khamis, Julai 17, 2008

Lovely Friends



Teringat pulak zaman remaja dahulu. Kenangan di zaman persekolah yang penuh dengan kegirangan dan kegembiraan sebagai pepajar. Kemudian kenangan kembali kepada zaman aku menjejak kaki ke alam perkerjaan di Langkawi. So sweet memori dimana, disanalah aku lebih kenal siapa diri dan siapa kenalan serta kawan sekeliling. Beberapa nama kenalan lama masih segar di minda. Alangkah seronoknya masa lalu dapat dikembalikan agar tiada perpisahan antara kita. Paling aku rinudi Kak Mariah - dimanakah dia.. hingga kini aku masih jejaki dia kerana dia adalah salah sorang kakak yang baik sekali dan sanggup hadapi cabaran ketika sama2 bekerja di Delima Resort Langkawi.

Kenangan tetap kenangan aku pasti akan mencari mereka kembali untuk berkongsi segala cerita duka dan duka aku disini. Tuhan temukanlah aku dengan mereka semua...

Rabu, Julai 16, 2008

Dayang - Bday - PH



Hai guys..

Kembali dengan coretan terbaru. Minggu lepas ada seseorang email me ttg cerita terbaru Dayang. Memang la kawan2 aku tau aku nie fanatik Dayang so meraka foward la email nie.. Lagipun aku ada jugak dengar cerita ttg Dayang melalui Melodi minggu lepas. Mgkin aku xkan lepaskan peluang untuk hadiri show tersebut. Ia sudah aku letakkan dalam diari harian untuk hujung minggu ini..

Kali ini aku mungkin ditemani oleh sesorang special friend (mampus la kalau bos aku tau aku keluar dating dgn staff acc client).. perkenalan secara tak langsung dari berbalas email je pastu tak sangka lak sporting jugak that girl tu. Nice n so open minded girl.. i like it.. huhuhuh...

So nanti la aku ceritakan selepas pertemuan pertama kami nanti sempena Dayang Bday-PH.

Khamis, Julai 10, 2008

Pelayaran..




Rasanya aku bakal "belayar" lagi. Kali ini aku belum pasti kemana distinasi. Ia bakal bergantung dimana "Kay" akan diletakkan selepas tamatnya di Maktab Perguruan. Mengapa ia bersangkut paut dengan aku sudah pasti ini yg menjadi tanda tanya kan.. Senang sahaja yang ingin aku katakan... "Kay" adalah sinar cahaya yang akan menyuluh laluanku di masa kan datang. Insyaallah. Jadi aku sudah pun membuat fikiran "pelayaran" ini adalah bakal detik permulaan hubungan erat antara kami akan berterusan. Aku sanggup korbankan kerjaya ini demi satu hubungan yang aku inginkan disamping cita2 yang aku kecapi.

Memang tak sabar untuk aku dan "Kay" mulakan "pelayaran" ini. Ini adalah kerana jarak perhubungan antara kami amat jauh dimana "Kay" kini berada di Utara dan aku di sini. Memang betul bak kata pepatah jika dah sayang "Lautan api sanggup redahi".
Ketika ini kami hanya mampu bertemu dialam maya (YM) ketika malam dan phone adalah meluahkan rindu. Setiap malam YM aku sentiasa berstatus online sehinggalah lewat malam semata2 utk kami berinteraksi.

Kini aku dan "Kay" sedang melakar dan menggatur langkah agar perhubunggan ini akan kekal lebih erat. Sekembalinya aku ke kampung awal bulan lepas dengan memperkenalkan "Kay" pada famili disambut dengan baik. Biasalah my famili tidak akan memberi sebarang komen siapa kawan dan pilihan aku. Sekembali aku ke sini minggu lepas "Kay" datang menjegguk kehidupan aku di sini. Nyata sekali dia amat senang dan boleh terima aku seadanya. Minggu ini aku akan kembali ke Kangar sekali lagi, untuk bertemu dengan "Kay" dan kali ini adalah turn untuk menggikutnya balik ke Sik Kedah tempat familinya berada. Harap agar familinya boleh terima aku seadanya. Kepada "Kay" selamat jalani praktikum ketika ini. Semoga dapat ajar anak bangsa dengan ikhlas dan jujur. Sesungguhnya aku tahu "Kay" amat ikhlas dalam tugasannya..

Tunggu eposod akan datang antara aku dan "kay" ... adalah pelayaran ini akan berakhir dengan senyuman riang...

Rabu, Julai 09, 2008

My Mum - Garden

Picture ini aku snap masa lepas hujan di rumah kat kg last time. Segar juga pokok yang my mum tanam nie. Dulu masa stay dgn my mum aku la org yg selalu bantu my mum jaga pokok2 bunganya. Sekarang nie yg banyak bantu jaga adalah my sis aku la. Nampaknya aku mewarisi hobi yg sama dgn my mum. Tapi bila di Kl nie aku susah nak tanam pokok. Tapi ttp jugak aku tanam sepasu dua.. rasanya ada dlm 6 pasu kat luar rumah aku tu.. huhuhu.. kadangkala teringat masa my mum marah pada aku kerana rosakkan pokok bungan dia ketika bermain polis sentral dgn kawan. Habis pokok bunga jadi mangsa tempat aku sembunyikan diri. Bila my mum nampak dikejarnya dengan kayu api dari belakang rumah.. apa lagi bertaburan la lari kami semua. Yang paling nakal my bro la.. selalu sgt cubit2 daun pokok bunga bila lalu nak masuk dlm rumah.. org kata gatal tangan... tapi yg jadi mangsa tuduhan aku nie... aduh... geram betul.. kelakar kan.. tapi semua tu dah jadi kenangan... aku dan abg dah besar dan kami pun dah jadi seperti kawan yg baik... My mum mcm biasa la setiap kali aku balik kg sure akan bercerita ttg pokok2 bungan yg ditanam sampai suruh aku bawak balik tanam di KL...











Rabu, Julai 02, 2008

Elysha - Vote


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Selasa, Julai 01, 2008

Live with me


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Isnin, Jun 30, 2008

Rabu, Jun 25, 2008

4 Hari - 3 Malam - Kampungku


Ps - Dua jejaka kg yang kesepian.

Aku sampai di Kangar jam 5.30am. Aku di jemput oleh Rull di hentian bus. Sampai kat rumah aku kejutkan my sis yang sedang tidur. MY mum n dad masih lagi lelapkan mata. Aku terus masuk bilik tidur dan lelapkan dengan suasana pagi yg indah.

Jam 9.00am baru aku sedar dan bangun. Argh sepinya rumah aku kat kg my sis kerja dan adik suraya biasa la kat dalam bilik. Mak ke pasar rasanya dan ayah pulak biasa la sebuk dengan aktivitinya di bendang. Rull masih tidur lagi nak kejut pun malas. Biar je la mungkin letih awal pagi bangun dan pi ambik aku tadi.

Dalam jam 11.00am Rull bangun. Aku dah siap borak dengan my mum di dapur. Rull lepas mandi borak dengan my dad di laman depan. Entah apa yg diborak. My mum resepi hari nie best dan buat aku tak sabar nak makan. Awal tadi my mum dah tanya nak makan apa. Huh apa lagi aku listkan je la.

Menu my mum di hari pertama
1) Ikan bakar kembung
2) Ulam pucuk janggus dan satu lagi tak tahu la
3) Sayur bayam - kesukaan aku nie
4) Sambal belacan yang di picit oleh my mum - yummy yummy
5) udang masak kari


Oh yer hari nie my bro dari Kedah balik dengan familinya. Semalam lagi aku dah msg dia suruh balik biasa la we all memang rapat terutama anaknya. Antara dalam 8 org my famili aku lebih rapat dengan my bro yg sorang nie, my sis dan younger sis. Pantang bertemu kami akan berkumpul dalam bilik jer. Masa nie my dad mula la cemburu dan kita orang lak apa lagi mula la dengan gosip2. Petang my bro dah balik ke rumahnya kejap je balik sbb nak jumpa aku. Huhuhu.. thanks yer bro - hadiah untuk Aiman biasa la aku just belikan kasut sekolah dan Hset untuk my sis in law. Happy je Aiman mencubanya. Nasib baik aku dan Rull sempat ke Kangar utk belikannya.

Malam tak ada cerita yang menarik cuaca agak sejuk kerana tengah hari ke petang hujan dan cuaca agak mendung. Aku habiskan masa dengan layan my dad tengok bola kat TV dan si Rull siapkan assingmentnya kat Maktab.

Hari Kedua

Aku bangun dari tidur sarapan dah siap atas meja just nasi lemak. Biasa la kat kampung aku nie dilayan sebagai raja sikit. huhuhu anak manja katakan. Argh lagipun tak salah sbb aku nie jarang sangat jumpa famili. Hari nie my famili dah siapkan makanan untuk pergi berkelah di Air Terjun Sungai Jernih. Dekat je dari rumah aku terletak kat kawasan sawah my dad usahakan. My dad asyik cerita je ttg bendangnya, yela katanya jalan nak kesana dah elok tak mcm aku kecik2 dulu nak masuk ke kawasan bendang harus redah jalan yang basah dan teruk. My dad kata skrg nie kereta pun dah boleh masuk n parking kat depan2 bendang. Kegiranggan my dad bercerita buatkan jiwa aku tenang sangat rasanya dah lama kami tak dapat berbual mcm nie. Argh.. sayunya...

Menu dia hari ke dua - Sg Jernih

1) Ikan bakar - Dibakar oleh my sis di tempat berkelah
2) Sayur manis rebung - My mum masak semalam aku dah request
3) Ulam2 kegemaran aku
4) Kerabu buah timun
5) Sambal belacan - huhuhu.. ada dua jenis sambal tapi yg my mum aku habiskan.
6) Udang padang yang direbus - sure u all tak pernah nampak - ini pun my mum akan cari utk aku setiap kali aku balik kg.


Lepas makan aku sempat mandi sekejap je sambil layan2 anak buah dan temankan Rull.
Gelagat anak2 buah depan mata amat melucukan. Si Airy dengan kaki yang bengkak sempat lagi nak mandi dan lari walaupun keadaan terkejut2. Inilah budak2 kan.. tak ingat sakit langsung...







Petang.. wah hujan lagi nampaknya. Tak kemana aku balik Kg nie. Mgking ada rahmatnya kalau tak hujan sure aku akan merayap jer.. so dek hujan apa lagi just lepak kat rumah je dengan my sis. Lagipun dia tak kerja hari nie..

Pantang Makan

Kat kg nie aku asyik makan je. Entah la sure berat aku bertambah. 2 minggu sebelum nak balik kg aku siap diet lagi. huhuhu tapi bila balik kg semuanya hancur. Mana boleh tengok masakan my mum sure pantang... pantang nampak terus masuk mulut..

Hari Ke Tiga -

Hari sini keadaan sunyi sikit. Rull dah gie class kat Maktab aku duduk rumah sorang2 je. My mum biasa la aktiviti wanitanya dan my dad baca surat khabar temankan aku kat rumah. Yang lain kerja dan ank buah gie sekolah. Aku tertidur sekejap selepas makan bfast dengan my dad - Durian dan pulut - huhuhu.. gomel je my mum kat my dad sbb lambat siapkan bfast untuk aku. Ala biasa la dad.. im ok jer.. takut sangat aku nie kebulur.. sdgkan kat KL aku tak makan pun pagi... huhuhu...
Sambil layan my dad kat dapur hirup secawan teh.. enaknya cuaca. My dad fokus betul dengan duriannya.. biasa la dia suka dgt dgn durian. Masa nie teringat aku masa dia cuba ajar aku makan durian.. siap paksa suap durian dlm mulut aku sampai muntah2. huhuh.. kenapa aku asyik terngat memori silam je setiap kali tatap wajah my dad..

Menu hari ke Tiga

1) Tom Yam - awal pagi aku dah request kat my mum
2) Kari ikan - utk my dad
3) Ikan keli dan ikan kembung goreng
4) Pekasam ikan darat
5) sambal belacan


Menu untuk makan 4 orang aku, my mum n dad dan younger sis. Kami ber4 je la yg jadi tetamu tetap di meja makan. Apa lagi bertambah2 aku bila nampak ada tom yam n pekasam. Mampus la balik Kl sure kena sental balik muka .. resdung aku akan kembali.

Hari Ke 4

Hujan sepanjang hari.. dari awal pagi semalam. Pagi2 lagi my sis kat sebelah dah jerit aku minta tolong hantar anknya ke sek. Argh malasnya nak bangun dalam keadaan sejuk nie.. lastly aku pergi jugak.. sbb anak buah aku belajar disekolah yang sama aku dulu... huhu.. kenangan lagi.. dah lama tak jejak sekolah lama nie.. rindunya..

Menu hari empat
1) Daging bakar - Request dari aku utk hari nie.
2) Kerabu jantung pisang campur hati lembu - menu yg dah lama aku tak rasa
3) Sambal sardin - anak buah yg request
4) Sambal belacan
5) Lauk2 goreng


Hari nie my bro kat sebelah rumah jadi MR Mama. Kami makan tengah hari bersama my bro dan anaknya. Biasa la kak ipar aku nie sebuk orgnya. 4 hari ada seminar di KL. So apa lagi my bro la akan jaga anak2nya. Nasib baik anaknya dah besar2.

Hujan kat luar lum hentinya.. aku dah tak tahu nak buat apa. So ngadap depan note book je la.. sambil tunggu malam nie aku akan balik ke Shah Alam. Selepas pack baju aku lelapkan mata. Si Rull dah balik dari Maktab so borak2 jap. Arghh rindunya bilik tidur aku kat kg nanti..

Malam pun tiba. Cepatnya masa berlalu. tadi ptg nenek dah tanya bila nak balik sambil disahut oleh my mum.. tunggu raya la jawapnya.. mcm tahu je my mum nie kan.. nampak sgt aku jarang balik kg. Lepas makan malam aku dah siap nak gerak Rull yang akan hantar aku. My dad biasa la time aku balik dia sure akan tunjuk muka sedih.. dan mum mcm biasa relax je lagipun sejak dulu aku lebih rapat dengan my dad. Aku hulurkan tangan salam dan ciuman pipi my dad.. dia senyum je just awal2 dah pesan jangan lupa call.. My mum pun aku hulurkan tangan dan ciuman ke pipi tak dilepaskan. Inilah aku.. turn my my younger sis.. biasa la salam sambil hulur jugak. Argh siapa lagi nak kasi duit kat dia kalau bukan aku yang sayang sangat pada dia untuk lihat kejayaannya. Tahun nie Suraya final year harap2 dia akan cemerlang dalam exam nanti..
Aku bergerak ke Kangar sambil ditetapi oleh my dad n mum, my sis n younger sis dan Kak Zah. Anak buah aku sangaja xnak jumpa kerana nanti ada yg nak ikut. Ok la to all my famili nanti kita jumpa lagi okies.. see u, luv u n miss u all.... muaaaahhh

Life with me... P/s - satu kenangan yg tak dapat aku coretkan disini utk tatapan umum. Tapi kenangan itu akan semat dihati dan disimpan rapi. Kau Tak Pernah Jauh dari ku.. to Kay ---

Jumaat, Jun 20, 2008

Shah ALam - Kangar - Transnational.

Masa coretan nie aku berada di atas yang sedang bergerak ke Kangar. Nasib baik ada note book n wireles broadband hilang sikit bosan aku diatas bus nie. Tempat duduk aku belakang sekali. Selesa kira ok la sbb leh bukak note book nie tanpa ada halangan. Lagipun aku duduk kerusi single jadi tiada la partner sebelah nak marah atau tak selesa.

Cerita aku di atas bus ketika nie. Terperanjut betul aku temui seseorang yg tak diduga didalam bus. Siapa tak perlu aku jelaskan biarlah rahsia. Yang paling tak best aku duduk pulak kat belakang kerusi dia.. masa aku lalui depannya tadi dia siap pandang dan kami betetantang mata.. dalam hati aku hanya tuhan yang tahu.. bukan debaran yang aku rasakan tetapi aku terfikir adakah dia ini org yang aku ingat sejak akhir2 ini. Aku harap dia tak lagi perasan kerana dah hampir 6 tahun kami terpisah. Just small world kan.

Argh biar la aku xnak fikiran aku melayang dengan kisah silam. Aku harap dia dapat memaafkan segala apa yang berlaku antara kami sebelum ini. Biarlah kenangan silam mematangkan kehidupan kita.

Sejukbetul aku kat atas bus nie. huhu.. nasib baik aku bawak baju sejuk kesayangan ku nie.. dapat jugak aku memeluknya.. ok la lepas nie aku nak tido la sambil layan mp3 dengan lagu2 baru yang aku dounload semalam.

jangan lupa cerita aku dari kamhpung yer..

Ahad, Jun 15, 2008

Senyum...chack...


Hai all.. im back again.. maaf yer kini aku berwajah baru.. 2 hari lepas tetiba je rasa nak kurangkan rambut kat atas kepala nie. Rimas la nak set rambut setiap kali nak pergi kerja, buat lambat je.. dah la aku hari2 bangun lambat.
Jamas Saloon yang buatkan rambut aku nie. Biasa la sentuhan Jamas dah sebati dengan aku kerana dah hampir 6 tahun aku gunakan khidmatnya dlm gaya rambut aku selama ini. Kemana aku pergi Jamas adalah pilihan utama aku kerana kreativiti dia dalam menentukan wajah muka dengan kesesuain rambut.
Picture nie aku ambik masa sesi wedding photo shoot semalam di Crown Plaza Hotel. Sempat lagi aku bergaya kat dalam bilik semasa mak andan sedang touchup peggantin.

Sabtu, Mei 24, 2008

Movie Time - What Happens in Vegas

Lakonan kegemaran aku hehehe ... Ashton Kutcher, Cameron Diaz, Rob Corddry, Lake Bell, Jason Sudeikis, Treat Williams, Michelle Krusiec, Dennis Farina, Queen Latifah

Sinopsis:
Two strangers awaken together to discover that they have gotten married following a night of debauchery in Vegas, and that one of them has won a huge jackpot after playing the other's quarter. The newlyweds devise ever-escalating schemes to undermine each other and get their hands on the money, only to find themselves falling in love amidst the mutual backstabbing.

Untuk menggetahui kesudahannya u all perlu tengok. Filem komedi yang bagus untuk pasangan couple kat luar sana. Mulanya dari scen pertama filem ini aku dah teruja sekali untuk menggetahui kesudahan akhir filem ini. Cuba anda bayangkan tetiba jer bangun dari tidur tanpa disedari anda telah bertukar menjadi seorang suami atau isreti tanpa disedari. hahahha... mcm mana tu...Tetpi semua episod ini bermulanya di Las Vegas...

Akhir sekali kita dapat tahu wang bukanlah segalanya dlm satu perhubungan tetapi yang penting adalah sifat tolak ansur, memahami dan ikhlas serta sedikit penggorbanan. Agak sukar aku nak huraikan diakhirnya filem ini tetapi ia amat menyentuh perasaan sekali. Perlu kita ingat wang juga boleh merubah segalanya. hehehe.. i love that filem...

That time aku gie tengok this mowie dekat Bukit Raja. Tak ingat la tarikhnya tapi aku tengok midnight sbb aku tak berapa suka tonton wayang waktu siang rimas perlu beratur panjang dan sesak. Nasib baik si Fafa dapat temankan aku kebetulan pulak UIA cuti sem so Fafa balik Shah Alam.

Just kongsi pic masa tunggu tayangan filem ini jan 11.20pm. Snap picture nie dari hphone je...


Mcdonal je jadi pilihan malam tu..


Sempat pose sebelum makan...




Nampak sangat muka dah keletihan..


Bab makan serah pada Fafa hingga menjilat jari beb...

Khamis, Mei 22, 2008

Akukah Ini.... hahahah



















Salam semua...
Nampaknya minggu ini aku kembali ceria. Selepas cuti 3 hari, dengan habiskan masa rehat dan tidur dirumah sahaja, buatkan fikiran aku kembali stabil..

Just nak kongsikan cerita dengan u all ok.. last friday aku telah berperang besar dengan my sen. exec. Biasa la kalau bukan hal kerja. Bagi aku tak kesah la apa sekali yang nak aku tolongnya buatkan tapi please profesional bila nak hulur untuk minta bantuan. Dengan aku dah tak larat dan tambahan dengan strees aku berperang mulut lagi dengannya kerana aku dah tak larat lagi apabila anggap seperti dibuli.

Dah la aku tolong siapkan kerjanya tapi masih tak puas hati dan nak lagi, lagi dan lagi... ha kau last seklai sebiji aku kasi laginya...

Tapi yang bestnya u all ada kepatut dengan selambanya dia jerit dan suruh aku berhenti kerja kalau tak berminat... helloo siapa engkau nak cakap pada aku.. dah la masuk sekali dengan aku.. Boleh buat kerja, tapi untill today u all "dia" nak bukak system pun terkial2.
Nampaknya jeritan dia di dengar oleh budak2 lain dab suasaba agak kecoh. Aku diam sahaja bukan takut tapi bila fikir dengan waras.. just wait n see okie...

Semalam aku pergi kerja, aku nampak bos ada meeting dengan"nya" My opismate semua berpandangan sesama sendiri.. biasa la sambil buat gosip. Aku bersyukur sangat kerana opismate terutama my department banyak beri sokongan pada aku memandangkan "dia"pun ada masalah jugak dengan semua my department.. Ok la short story my boss call me. So apa lagi aku just ceritakan apa yang sebenarnya aku tak puas hati dengan my sen exec. Dan satu ayat je yang aku puas hati dengan bos aku.. "That not right word yang dia perlu keluarkan pada u Azman" hanya dengan senyuman aku just diamkan diri...

Masa berlalu... nampaknya dia tak tegur dan aku pun tidak kembali padanya untuk mohon maaf... "that time i dont care ok" lebih baik aku dan dia tidak bertegur daripada aku akan dibuli jika kami be together. Nasib baik my department support me jika tidak aku rasa semakin tertekan sangat dapat sen exec yang entah la mcm mana nak aku jelaskan situasi ini. Jika aku sorang sahaja ada masalah dengannya mungkin sukar untuk nyatakan siapa betul dan salah, tetapi aku rasa dari department aku dan juga sale department pun ada masalah dengan cara dia berkomunikasi. So anda semua andaikan la sendiri.

Hari ini aku kembali ceria bila tidak kedengan "dia" memanggil nama aku untuk buat kerja bodohnya. Kerja aku pun kembali terurus dengan baik dan tenang sahaja aku bekerja. Lagipun apa yang aku dengar bos telah memberi arahan agar "dia" tidak mengganggu urusan kerja aku lagi. So aku bebas kini.. harapan aku agar ia akan berterusan begini.. so tiba masanya aku keras hati agar tidak akan bertegur dengan jika bukan atas urusan kerja....


Jumpa lagi yer.. Life with me..








Isnin, Mei 19, 2008

gempa di Sumatera - Rasanya di aprtment aku..

Jam sekarang menunjukkan 11.39pm. Aku sekarang berada di taman halaman rumah kerana pada jam lebih kurang 10.00pm ada berlaku gegaran di apartment. Jadi semua penduduk dinasihatkan turun dan kosongkan rumah dengan segera.

Aku yang berada ditingkat 2 tidak rasa apa2 pun yang aku rasa bila kedengaran penduduk turun dari tangga dan seketika kemudian ada penggumuman dari surau kedengaran.

Aku baru jer nak rehatkan badan. Tanpa berlengah aku pun ikut jugak turun yer la nanti bising lak penduduk lain.. aku hanya mampu capai beg camera dan notebook je.. biasa la nanti boleh aku ambik gambar dan sambil tu layan broadband kat taman.

Turun je kat taman penduduk dah penuh kat bawah. Macam pesta pulak. Baru aku perasan yang kat kawasan aku nie ramainya warga asing. Mmmm.. ini la Malaysia kan..
Kedengaran anatara penduduk bertanya satu sama lain kenapa... rupanya ada jugak yang tidak tahu kenapa mereka harus turun... aku cuba pasang telinga.. ada yang kata blok bergegar dari floor 5 keatas.. jadi aku dan jiran2 di floor bawah nie tak rasa apa2 pun la.

Anang aku kasi camera utk snap gambar suasana aku lak lepak je kat sini (taman).. nanti aku uploadkan gambar2 suasana kat sini...

Ok la aku xleh lama nie ramai lak mata yang memandang, ada yang menyanyi suara ala2 entah la nak cakap sedap atau tidak. tapi cukup la sekadar hiburan waktu2 mcm nie...

Ok la aku blah dulu yer.. life with me..

Ahad, Mei 18, 2008

Finally.. Hujan.. syukur...

Sejak akhir2 nie cuaca amat panas dan terik sekali. Sehingga aku rasa tidak selesa untuk tidur malam walaupun kipas susah dipasang. Sejak 2-3 hari ni aku ada namapak la penduduk kawasan nie ada buat bacaan yassin di surau, maka aku rasa inilah permintaan mereka dan akhirnya pagi yang tenang nie aku berada dalam kesejukan. Hilang sedikit rasa strees nie.. panas memang leh buat aku strees .. syukur alhamdulillah....

Aku bangun awal hari nie.... awal ke dah jam 8.30am.. itupun terkejut dengan bunyi hphone dari Nazri...walaupun semalam jam 3.00 am baru dapat tidur. Asyik chat dan browser net jer.. (kalau tak online rugi la bayar broadband wireless nie). Ini pun aku stop dari net dan tidur awal disbbkan connection yang agak teruk jugak ketika nie...

Semalam aku beria2 nak ke Penang, baju semua dah dimasukkan kedalam beg. Alih2 aku rasa malas la pulak. Entah la mengapa sejak akhir2 nie aku tak boleh buat keputusan dengan baik. Asyik ada sahaja fikiran dan hati ini diganggu dengan benda yang negetif.. apa lagi kalau bukan malas.... so hari nie pun beg baju masih lagi tersadai disitu la...


aku: Kak ada kat umah tak hari nie...


kak: ada kenapa?


aku: Nak datang rumah bosan la. tak tahu dah nak buat apa.


Kak: datang la semua ada kat rumah..


aku: ok dalam jam 9.30am - 10.0am Man gerak dari Shah Alam


Finally aku buat keputusan nak lepak je kat umah Kak Liza hari nie. Ini lah akak angkat aku satu-satunya yang boleh aku pergi datang lepak kat rumahnya bersama anak2nya. Hari nie si CT balik dari poli rasanya.. mampus la aku kena sebijik sbb tak beli pun jam tangan kat dia.. Takpe la nanti pandai2 la aku pujuk dia.. senang je nak pujuk perempuan nie...


Rindu... agak lama aku tak balik kg. Mak aku buatkan acar rebung untuk aku dan sepatutnya aku ambik kat rumah my sis di Penang. Tapi rasanya tak dapat la makan sbb aku tak jadi turun ke Penang. My sis call semalam tanya what my problem.. yup aku memang ada masalah.. tapi takpe la biar sahaja aku simpan jer masalah aku nie sendirian.. sure org kat luar tu xkan memahami jika aku berkongsi... kepada my mum .. ampun yer.. nanti ada masa Man balik...


Ok la aku pun nak mandi la.. mesin basuh sedang berputar dengan cadar aku didalamnya.. heheh.. jap lagi nak angkat dan jemur... nak kemas rumah jap.. walaupun rumah dah memang kemas.. tetap nak kemas lagi...


Salam dari aku Life with me..


Rabu, Mei 14, 2008

Arghhh Streesnya aku!!



Seminggu hati dan perasaan aku muram sahaja. Entah la kenapa sakit kepala ini tiba2 jer datang tak ku pinta. Aku dah cuba rehatkan badan dan lakukan apa yang patut tapi sakit kepala nie masih ada lagi...
Strees nie menjadi2 so tiada plilihan rasanya aku perlu keluar dari kelompok bandaraya ini dan melihat suasana keindahan lain. Biasa la kemana lagi kalau tak ke Seremban. Jumpa je Kak Ina di hentian terminal 1 dia dah tahu keadaan aku skrg nie dengan wajah yang muram. Apa lagi ditanya aku bertubi2.. simple jer aku balas.. bawak man balik ke Spa sekarang. hehehe.. manjakan aku nie..

Kak Ina terus pecut kereta dan bawak aku ke Senawang, terus aku masuk kedalam Spanya letak beg terus rehat n baring kat atas sofa. Aku tahu Kak Ina biarkan sahaja aku rehat dan taknak kacau aku pun. Lepas je maghrib aku bangun terus mandi. Kak Ina dah siapkan towel diatas sofa, aku capai dan terus masuk ke tandas. Aku panjang cermin, cuba kawal n hilangkan strees yang ada tetapi masih tak boleh. Entah la apa yang aku fikir pun tak pasti... tetapi masa dlm perjalanan dari Seremban bersama Kak Ina aku ada jugak luahkan perasaan aku ketika ini. Kak Ina hanya ketawa dan senyum dan aku tahu Kak Ina memahami perasaan yang aku alami. Biasalah sebagai org yang lebih dewasa Kak Ina hanya sekadar menyuruh aku banyakkan beristifar...

Malam ini Kak Ina ajak aku keluar lepak kat bandar Senawang. Kak Ina nak cuba bantu aku untuk hilangkan strees tapi sebaliknya.. aku lebih banyak diamkan diri.. masa makan pun aku just suapkan lauk kemulut... tetapi habis jugak satu mangkuk sup ekor aku bedal...hehehehe..

Ahad aku balik KL. Aku tak banyak ckp dengan hmate lagipun kami bertemu kat rumah dah jam 10 malam. That time aku dah nak masuk bilik tidur. Hehehe.. Strees aku masih lagi terasa dan nak makan ubat rasa malas la pulak.. aku cuba lelapkan mata.

Isnin, Selasa dan Rabu aku ada kerja luar yang harus aku siapkan.. entahla rasa bosan jer nak buat lepas je punch kat opis aku balik rumah n tidur. Telefon berbunyi pun aku tak angkat.. pls i need the break n rest ...

Seminggu berlalu masih sama kepala nie ada jer yang nak difikirkan dan buat hati perasaan aku tak best je nak hidup. Rasa diri nak pergi jauh je dari semua org. Selasa aku buat hal kat opis.. tiba2 jer aku naik angin dengan semua org.. klik sebelah aku pun diam.. dan paling teruk exec aku kena marah dengan aku...mmm.... seharian kat opis hari tersebut buat aku nak lari jer balik...

"Kak Ina, Man ambik leave hari nie" ini adalah ayat yang aku sampaikan pada klik opis untuk beritahu bos. Aku habiskan masa kat rumah. Aku buat je apa yang patut. Kemas bilik dan tukar cadar baru...Maghrib aku selepas solat aku berdoa semoga tuhan berikan aku petunjuk dan ketenangan jiwa... tetiba pulak aku rasa bersalah pada my exec kat opis.. so sebelum tidur aku dah beri kata putus untuk memohon maaf padanya hari ini..

Hari ini jam 6.30am aku dan bangun. Solat subuh dan tadahan tangan aku memohon doa kepada Allah agar hari ini aku akan ketemukan jalan ketenangan. Stees sudah kurang dan mgkin dek rehat semalam. Jam 7.45am aku dah sampai opis.. my exec dah ada..mmm.. aku teruskan niat yang aku katakan semalam... angkat phone terus call him dan minta maaf.. arghhh lega rasanya... harap dia tak berdendam dengan aku...

Masuk budak2 opis semua terperanjat dengan kelibat aku yang awal hari nie.. yerla sebelum ini aku yg paling lewat masuk opis... hehehe.. mcm biasa aku cuba mulakan dengan suasana yg ceria dan senyuman. So hari nie aku rasa kesegaran dalam kehidupan seharian.. harap2 kebahagiaan ini akan berterusan..

Salam dari aku Life with me...

Rabu, April 09, 2008

Aku di Melaka..


Hehehe.. just nak kongsi photo ini dengan anda semua.. Cute tak budak nie.. biasa la u all kan tahu aku suka sangat dengan budak2. So kalau ada yang aku suka sure akan aku snap untuk jadikan kenangan..

Selasa, April 08, 2008

Aku excident lagi..



Pada hari sabtu lepas 5/4/08 aku dan Azri (partner jurufot dan my dirver) telah alami kemalangan jalan raya di hiway Melaka Seremban pada pada jam 5.30ptg. Ketika dalam perjalanan keadaan hujan amat lebat dan diajalan raya dipenuhi air. Di hampiran tol Seremban dari arah Melaka, kereta kami terbabas dan telah terlanggar sebuah kereta Mercedes dihadapan setelah kereta yang dipandu Azrin tidak dapat dihentikan kerana keadaan jalan raya yang lincin. Keadaan ini berlaku disebabkan terdapat kerosakan sebuah kereta dihadapan dan manakala kereta mercedes tersebut berhenti dengan mengejut maka kami dibelakangnya tidak sedar maka terjadilah perlanggaran tersebut...

Dengan keadaan hujan yang lebat aku dan Azrin terpaksa bergegas keluar untuk selamatkan diri dek kerana takut kejadian lain pulak akan berlaku disbbkan kemalangan tersebut berada di laluan ketiga di lebuhraua tersebut. Syukur atas bantuan org kereta kami dapat ditolakkan ketepian hiway sementara menunggu toll truck...

Kami bersyukur kerana selamat Azrin dan aku tidak alami sebarang kecederaan walaupun keadaan kereta agak teruk remuknya dibahagian hadapan sebelah kiri. Terima kasih kami kepada tuan milik kereta mercedes tersebut kerana amat memahami situasi tersebut tanpa banyak cakap keadaan dapat diselasikan dengan baik tanpa Azrin membayar apa2 ganti rugi. Alangkah bertuahnya jika rakyat malaysia seperti pemandu tersebut...

Disini aku ucapkan ribuan terima kasih kepada famili dan kawan2 yang tidak jemu hubunggi dan sms bertanya khabar pada hari kejadian tersebut...My sister kak Ani dari Penang, younger sister Suraya tak henti call dan sms untuk pastikan aku selamat.. untuk my nephew.. Nurfaizah.. Paksu tak perlukan Ambulans yer.. (tahula awak tu kerja kat hospital...) hehehe.. Kak Anah yang call pada jam 8pm.. kak ina yang tak henti2 dengan smsnya... dan Kak Ina dari Spa n Beuty Seremban.. dan akhir sekali kepada aunty dan uncle mak kepada si Azrin yang sanggup pickup kita org kat Seremban dan pinjamkan kami keretanya... to u all jasa kalian akan aku hargai.. semoga kita akan sentiasa dekat dihati... inilah org2 yang akan aku ingati selalu... muahhhh...

Isnin, Mac 31, 2008

After 4 Days Holiday


Khamis (MC), Jumaat(AL) Sabtu dan Ahad cuti.. 4 hari dah cukup untuk aku ambik masa untuk rehat secukupnya.. tapi masa nie la aku gunakan sepenuhnya untuk selesaikan kerja2 part time aku... apa lagi kalau bukan photgrapher n andaman..

2 hari aku habiskan masa dirumah sahaja, pada awalnya aku nak balik ke Perlis dah lama tak jenggok kampung, tapi tetiba Kak Liza call untuk booking aku jumpa client di Kepong, Sungai Buluh dan Pandan Jaya.. Ala melepas la aku...

Sabtu aku sempat lepak di Med Villey bersama dengan Ajip... nasib baik jalan tak jame dan cuaca baik.. nampaknya ada diskaun besaran disetiap pasaraya.. dah lama aku tak shopping so masa nie aku sempat la beli apa yang patut jer contoh jaket yang aku cari, seluar kerja dan hehhehe.. koleksi aku yang dah banyak beg baju... entah nampak cantik lak so walaupun dah tak tau nak buat aku tetap beli jugak...

Sabtu juga aku sempat lepak dengan Kak Liza Di Bandar Sri Permaisuri, sambil menghirup udara segar hujan renyai2 turun, aku bersama Ajip dibelanja oleh Kak Liza kat Cafe tersebut yang dinama Jom Borak. cafe yang cantik berlatar belakangkan Tasik Permaisuri serta hidangan Nasi Goreng dan Char Koew Teow goreng yang sedap lagi enak... Bak kata Ajip ini adalah pertama kali dia merasai keenakan Koew Teow goreng di KL... betul ker... hehehehe

Ahad satu hari aku penuhkan masa dengan berjumpa client untuk andaman dan photographer..dari Kepong aku ke SG Buloh dan akhirnya ke Pandan Jaya.. jadi nampaknya booking untuk job photo dan andaman pada bulan Jun dan August dah penuh ditempah....

Jam 7pm dirumah di aku dah sampai.. bersedia untuk rehat sepenuhnya sambil standby melihat ABP... Nice dan havoc dengan pengacara yang sensasi dan paling tak best Mawi menang...dah tahu dah... hahahhhaa

So jumpa lagi.. bye bye..

Khamis, Mac 27, 2008

Pic of Me Aqasha, Gloria n Rina..







Hari nie MC, bosan kat rumah aku ke Bdr Tasik Permaisuri lepak di Amani Condo.. biasal kalau tidak bersama Taska Umi.. hehhee.. rindunya aku pada budak2 di taska nie.. dah lama tak jumpa n mesra dengan dia orang. Mcm biasa 3 orang nie yang paling baik dan dekat dengan aku bila berada disana.

Jam 12.00pm aku tolong Umi hantar Aqasha dan Rina naik bas ke sekolah. Dah biasa aku dengan keadaan mcm nie, bagiku jika adanya disisi mereka inilah kerja2 yang akan aku tolong Umi uruskan budak2 kat Taska...

Whatever yang mereka lakukan aku tetap riang tersenyum dengan taletah kenakalan mereka.. tapi itulah pembelajaran di peringkat awal2 kanak2..

luv all from life with me.. Azman.. muahhhhhhh

Isnin, Mac 24, 2008

Cinta, Teman, Kawan ... Mesra...


Panjang nak aku huraikan disini dengan tajuk diatas. Entahlah life with me kali ini akan ceritakan betapa teruknya perkataan diatas pada diri aku apabila akhirnya ia bertemu kegagalan. Mungkin awalnya semua ini indah.. tapi jika tiada perancangan dan perfahaman yang betul dan serasi kita akan temui kehancuran.

Adakah ia terjadi pada aku.. tak perlu berteka teki.. jelas dan tulus aku katakan, yes ia benar sekali, bila dimana dan dengan siapa.. tak perlu aku jelaskan.. kadangkala orang diluar sana tidak pernah tahu siapa cinta, teman dan kawan aku selalama ini, yang pasti hanya diri kita sendiri...

Mulai hari ini aku biarkan semuanya kosong, adakah ia seperti tin yang tidak berisisi...entah tetapi ia tetap kosong bagiku tiada cahaya dan uadara...

Walaupun sudah berapa kali hati aku berkata "Stop" tapi belum cukup zahir dan batinku menggemudikannya... tidak tahu hala tujunya tapi yang nyata aku harus bangun dan teruskan kehidupan.

Semakin hari aku tidak pasti apakah itu Cinta. Adakah cinta perlu ada disisi dan dibelai sepanjang masa? Dan adakah aku ini layak untuk menerima cinta..

Tuduhan yang aku terima seringkali tidak berasas, hanya dengan satu pandangan aku telah ditakdirkan bersendirian. Jadi adakah itu Cinta yang ada dalam hidup aku...Bagaimana nak aku huraikan tidak pasti, tetapi ketahuilah kejujuran terletak didalam diri dan jiwa kita sendiri.... hanya diri sendiri yang tahu sejauh mana kejujuran diri sendiri. Adakah aku jujur, itulah yang aku cuba perbaiki pada diri sendiri dan juga pada teman2 semua...

Kini, aku biarkan diriku sendiri lagi. Aku akan teruskan perjuangan yang belum ketemui jalan penghujungnya. Walaupun sendirian aku akan pasti diriku tetap akan ukir senyuman gembira pada kawan2 dan teman2 diluar nanti...

Akhir kata dari aku... kepada dia dan diriku sendiri... kita jadikan pengalaman ini sebagai kematangan dalam perjalanan kehidupan. Didunia tiada apa yang pasti kerana semuanya ada cuma kadangkala kita tidak sempat melaluinya. Jadi laluan hidup hari ini adalah mencerminkan kematangan diri kita sendiri...

Salam malam dari aku ...

Ahad, Mac 23, 2008

City One Plaza - KL

Hari nie Sabtu aku ke KL sambil ditemani oleh Kak Ina (Beuty & Care) bukan Kak Ina (CCS) Is dan Shima. Tujuan adalah untuk melihat sambil mencari koleksi terbaru kain untuk dijadikan baju perkahwinan. Sayanya pic tak dapat diambil kat kedai tersebut jadi xleh la nak postkan disini...

Banyak promosi potongan harga skarng di KL, aku teruja jugak melihat pelbagai jenis kain dan songket yg dipamerkan.. tetapi semasa jalan2 aku dah setkan untuk beli 2 set warna kain organza campuran dengan kain leace sahaja.. dengan harga yang dapat agak murah aku pilihkan warna putih bartaburan bunga hitam dan bungan selver. Kain ini adalah aku beli khas untuk perkahwinan si Shima dan my hmate aku pada hujung tahun nie. Memandangkan pakej aku yang digunakan jadi tak salah kiranya aku membeli sekarang ketika ada mega sale ini....

Kat luar hujan ketika hendah pulang, sempat singgah di kedai barangan hiasan andaman pengantin ting 5 Semua House. Jalan2 aku lihat pakej yang disediakan agak mahal jugak jika dibandingkan baju yang disediakan hanya untuk sewa. Contoh satu set songket yang lama sahaja pun dah mencecah RM500. Jika nak kata cantik rasanya lebih kurang je dengan koleksi yang aku ada.. heheh.. takpe la masing2 ada selera dan kemampuan... jadi buatlah pilihan yang bijak.

Dalam hujan kami redah balik ke rumah aku di Shah Alam. Kak Ina nak lihat koleksi baju yang aku ada. Dalam perjalanan kami dapat satu idea untuk ciptakan satu set khas tema untuk pakej aku nanti.. dengan menggunakan buluh dan kayu akan dicamtumkan menjadi bekas untuk set bakul hiasan barang hantaran.. hasilnya tunggu dan lihat.. yang pasti buluh tersebut kami akan menggunakan buluh yang asli ciptaan kami sendiri.. untuk melihat hailnya tunggu dan lihat sahaja nanti...

catatan azman dihujung minggu.. bye...

Jumaat, Mac 21, 2008

Perkahwinan Hafizah dan Razali

Perkahwinan yang berlangsung di Negeri Sembilan daerah Port Dickson.. Tugasan kali ini melibatkan aku merakamkan detik2 manis pasangan pegantin dari hari akad nikah serta 2 hari di majlis persandingan mereka.. acara yang sungguh meriah terutaman ketika upacara makan beradad disebelah pegantin perempuan...

Banyak gambar tidak dapat dirakamkan dek kerana cuaca tidak menentu diluar kerana hujan sepanjang majlis..









Sekitar perkahwinan Suzie dan Aidir













Bertempat di Negeri Sembilan kali ini tugasan aku sebagai jurufoto sambilan. Di Kg Lending , Air Mawang aku bertolak kesana pada hari Sabtu seawal jam 7.00am dari Shah Alam.. Memang awal difikirkan tetapi untuk acara fotografi ini aku perlu ambil gambar untuk baju persalinan pegantin perempuan diwaktu pagi pada jam 10.00am., Ini adalah kali pertama aku jejak kaki di kg ini... alhamdulillah tak sesat la pulak dengan petunjuk arah yang diberikan...

Acara perkahwinan mereka memang simple tetapi biasa la negeri sembilan penuh dengan adatnya.. tetapi urusan aku dengan pihak peganting tiada masalah berjalan dengan lancar sahaja. walaupun pada awalnya Suzie agak malu orangnya ketika aku mula untuk merakamkan wajahnya...