Rabu, Ogos 06, 2008

---Siapa Kawan? Siapa Lawan?---

Salam untuk semua,

Pertama aku nak maklumkan, sejak 3 hari aku berada dirumah baru bersama kawan2 yang baru ini, keadaan semakin serasi antara kami. Tidak seperti hari pertama, kini aku dah ada bilik sendiri walaupun terpaksa berkongsi dengan seorang lagi kawan serumah. Semalam kami makan bersama setelah Sharul sudi masak untuk makan malam. Apa yang aku dengar Shahrul memang selalu masak dirumah ini berbanding penghuni lain yang sekadar tahu makan sahaja.

Lupakan seketika hal aku dan teman serumah, apa yang pasti aku gembira disini walaupun hanya untuk seketika. Apa yang nak aku kongsikan disini adalah tentang sifat teman dan kawan2 aku yang dahulu dimana saat aku senang dan selesa. Dimanakah mereka apabila aku memerlukan? Adakah ini boleh aku anggapkan kawan dan teman...

Apabila aku memikirkan kembali, memang sukar untuk aku terima, dimana kawan yang aku boleh harapkan ruapanya hanya sekadar kawan ketawa sahaja. Nampak dan jelas sekarang kini untuk dapatkan seorang kawan, duit menjadi pertaruhan. Jika ditaburkan dengan duit ramailah kawan yang akan dampinggi kita tetapi jika sebaliknya batang hidung pun tak akan nampak.

Dari pengalaman ini, tuhan membuka hati dan fikiran aku untuk berfikir. Syukur aku temui jalannya, dan inilah yang dikatakan satu pembelajaran dalam kehidupan yang hakiki. Aku redha dengan dugaan tuhan dan akhirnya jugak dia memberi petunjuk.

Semoga petunjuk ini akan kekal untuk aku terus menyuluh cahaya dalam liku2 kehidupan mendatang. Amin....