Isnin, Oktober 08, 2007

Aku Yang Masih Cuti Sakit..



Hai All.. Salam menyambut Syawal yang bakal menjelma nanti. Hari nie aku masih bercuti sakit dek kerana kemalangan pada hari jumaat lepas. Pagi tadi badan aku terasa susah nak bangun dan kaki terasa kekejangan.. ini mungkin kerana urat2 dan kesan luka kemalangan tempoh hari..jadi aku ambik keputusan ke klinik depan rumah dan dapatkan mc.. 2 hari beb..termasuk esok hari jugak... Seharian di rumah aku sekadar habiskan masa dengan tidur dan berehat sahaja.. Apek ada dirumah hari ini tetapi sesekali sekala aku tengok dia asyik baca nota kerana esok masih ada exam yanag akan dihadapinya.. Kesian aku tengok dia.. asyik layan karenah aku sahaja semasa sakit nie.. yer la siapa lagi nak minta tolong, inilah masanya kita boleh lihat siapa kawan yang perlu dinilai dikala kita susah dan sakit..Apapun terima kasih yer Apek kerana tolong aku uruskan diri.. hehehe.. walaupun adakalanya aku naik angin.. ko tetap sabar jer.. bagus2.. nanti lepas raya aku belanja makan yer...

Semalam aku berjumpa dengan Vincent, bos tempat aku mengajar tuisyen centre di Subang Jaya. Perjumpaan tu adalah kerana perbincangan lancut tentang tawaran Vincent pada aku untuk melantik aku sebagai Profit Partner di centrenya... Setelah perbincangan dibuat dan mengikut kata patus perjanjian terakhir.. aku setuju sahaja. Bukan apa dah tiba masanya aku kembali dalam dunia bussines yang diminati selama ini. Lagipun Vincent dah beri peluang pada aku .. bayangkan tanpa modal berbentuk wang aku diberikan kepercayaan olehnya jadi partnernya...cuma aku perlukan tenaga dan tulang empat kerat ini sahaja untuk membantunya di centre nanti...Insyaallah bulan hadapan aku akan mulakan segalanya di tuisyen centre tersebut yang terletak di USJ Subang Jaya. Semoga anda semua berdoa akan kejayaan aku ini.

Berbalik pada hari ini.. suasana petang di Cheras hujan dan mendung.. Jam 6pm aku gerak gagahi jugak dengan kaki yang sakit ini hantar Apek ke bus stop.. kerana dia perlu pulang ke Shah Alam untuk hadiri exam esok (Selasa).. so balik rumah aku kesorangan lagi.. Chonz keluar berbuka puasa di luar.. jadi hari ini aku jamah berbuka sendirian sahaja.

Ketika menonton TV mak di Klang hubungi aku.. bertanyakan khabar. Tak ada apa nak dibincangkan, cuma aku maklumkan padanya tak dapat bertandang kerumahnya sebelum pulang ke Kampung kerana keadaan aku tak mengizinkan. Jadi aku berharap Mak akan raikan Hari Raya dengan anak2nya yang lain dengan gembira. Insyaallah lepas raya kita akan berjumpa.. itu janji aku di akhir perbualan...

Ketika ini aku sekadar melayari internet dirumah.. banyak yang perlu dicari maklumat terutamanya tentang strategi marketing yang harus aku gunakan untuk kembangkan bussines tuisyen centre nanti.. kalau boleh aku tak mahu lagi diundang kegagalan seperti apa yang berlaku pada aku di masa yang lepas... segalanya pengajaran buatku.


Aku berharap selepas raya ini, tumpuan pada penulisan novel akan dapat diberikan keutamaan.. tak mahu segala tulisan dan cerita yang aku tulis akan berakhir dengan hampaan dan terbuang begitu sahaja...

Wassalam....