Khamis, Jun 25, 2009

Ruang Kehidupan..

Kalau kehidupan itu ibarat pentas lakonan, maka aku seorang pelakonnya yang amat teruk sekali.

Aku tak mampu melakonkan watak yang diberikan seperti apa yang aku inginkan. Atau juga hampir dengannya, pun tidak. Namun, aku cuba bertekad untuk menggunakan masa yang diberikan ini untuk mempelajari satu lakonan walaupun sekadar tahu menangis dan ketawa..

Menangis, Ketawa !!!!

Hari cepat berlalu kini sudah separuh dari tahun 2009 telah kita lalui. Dimakah aku ddialam pentas lakonan ini... Adakah aku berjaya membawa watak yang diberikan? Atau aku masih berangan2 dengan watak yang ada...

Siang berganti malam dan adanya lusa selepas esok hari. Aku mempersembahkan reaksi muka penuh dengan senyuman walaupun dalam hati, penuh dengan tangisan. Kenapa ia jadi begini, inilah kerana ia dikatan dunia satu pentas lakonan...

Yang kita tahu tangisan itu adalah air mata yang mengalir dari mata, ketawa pulak adalah satu raksi gembira yang kita dapat lihat dari air muka yang ceria. Itulah yang dikatakan cerdik pandai.

Dengan tangisan dan ketawa, aku membesar dan menggenapkan umur. Malah semua manusia begitu.

Tetapi adakah dengan tangisan dan ketawa ia boleh membawa kita kedalam pentas lakonan ini dengan sempurna.. Ruang fikiran aku masih terfikir apa lagi yang aku harus persembahkan agar pentas lakonan ini lebih menarik dan indah.

Yang pasti hingga kini aku belum tahu kerana Yang aku lakonkan begini, yang jadinya, begitu...

Dalam hati aku tutupkan perasaan, pejamkan mata aku terus lelap untuk menanti hari esok.