Selasa, Julai 10, 2007



Yuhuuu... maaf yer semalam aku ambik medical leave.... kenapa? .. entah la sejak2 akhir nie aku ada masalah tulang belakang... tetapi aku just biarkan sahaja cuma sapukan minyak jer kat bahagian yang sakit... tetapi sebelum masuk tidur pada hari Isnin malamnya.. kesakitan ini...aduh...hanya tuhan je tahu... nak baring susah... dan nak duduk pun susah... so semalaman aku tak dapat nak tudur dan terpaksa tidur dengan posisi meniarap jer diatas tilam...

Bangun pada esoknya... pinggang aku dah tak boleh gerak... nak buat senaman "gelek gerudi" pun dah tak boleh... tulang belakang lak rasa mcm nak tercabut jer... so terpaksa la SMS my bos ambik MC... dan apa lagi terus je sambung tidur la beb...

Jam 1.00pm caounsin aku datang dan terpaksa bawak ke klinik kerana aku tak boleh nak driving... mmm.. doktor cakap aku terlalu aktif bergerak dan perlukan rehat...bila difikirkan.. betul dan logiknya jugak apa yg doktor cakapkan tu... yerla aku memang jenis orang yang tak boleh nak duduk diam... hanya time tidur je aku boleh rehat... itupun kalau tidur aku nyenyak kalau terjaga tengah malam sure aku tak boleh nak teruskan tidur lagi...ahaks...mula la aku akan menghadap depan note book semula..

So dalam masa seminggu nie aku terpaksa la tuapkan air panas ke tulang belakang sambil dibalut dengan bengkung serta makan ubat... ahaks.. mcm org pompuan lepas bersalin jer.. sure lepas nie pinggang aku ramping.... dan aku terpaksa la stop seketika senaman dan aktiviti luar... lepak dan rehat di rumah sahaja....

So kepada u all yang baca blog aku semalam dan tercari2 kemana aku menghilang... inilah jawapannya yer... tetaapi u all jgn la risau... sakit nie dah beransur pulih.. hari nie dah datang opis semula... malas la nak duduk kat rumah sendirian tanpa ada org teman.. bosan jer..

So jumpa lagi kepada u all okies... bye by bye...