Isnin, Julai 09, 2007

Hutan Lipur Lentang..

***********

Heluuu. Assalamualaikum. Apa khabar?
Saja lah nak tanya khabar kat korang. Harap-harap dalam keadaan sihat selalu.

Anyway, Aku belum ada masa nak berjalan lagi, tapi ada lah dalam perancangan.
So next next week jangan lupa check blog ni untuk baca pegembaraan aku, ke mana ?? Jeng jeng tak leh cakap lagi. Surprise surprise

Tapi pada sabtu dan ahad lepas aku bosan duduk kat umah.. fikir punya fikir lastly aku buat keputusan nak gie camping jugak... biasa la hujung minggu je bosan nak tidur dalam rumah ... sure nak jugak tidur dalam khemah yang sempit tu...

Kali ini aku pilih Hutan Lipur Lentang...Pahang.. 1 jam perjalanan dari KL... aku dah sampai di destinasi...

Wah tempat yang menarik untuk aku dapatkan ketenangan dan cari ilham... suasa air terjun yang landai, kicauan burung dan kehijauan pohon2 terserlah sumber impirasiku....

Pose dulu sebelum mandi

Selepas dirikan khemah...tak sabar terus jer terjun dalam sungai... mandi time...

Dah ready nak pi mandi la..

setelah satu jam berendam.. time makan jgn risau kerana ada gerai yang disediakan... dek kerana malas nak masak aku beli je nasi bungkus... heheheh... ala sekadar nak alas perut je.. nak makan yg enak masak kat umah la beb...

Nie la sarapan pagi kita org...ahaks...enak jugak..

Rasanya tak puas mandi pada awal ketibaan... selepas makan dan tidur.. aku bangun dan aktivti yg sama mandi dan berendam...

Selepas penat berendam.. tidur sekajap..

Sempat jugak aku meneroka kawasan hutan Lentang disepanjang camping.. jadi apa yang aku dapat u all bole lihat dalam My Colection.. tak sah kalau tak ada picture yang menarik utk berkongsi bersama...

Hari Ahad baru aku balik ke KL.. kebetulan kerana hujan kami terpaksa beredar lebih awal.. jam 4.30ptg... so kepada u all kalau nak rasa ketenangan boleh la kesana dan rasai ketenangannya sendiri...

Ok lah, take care for now, be good dan sehingga di lain blog. bye bye.. jumpa lagi..