Selasa, Julai 03, 2007

Wet World Pedas Hot Water



Ahad lepas 1/7/07 kerana dek terlalu bosan kat umah, aku telah ambil keputusan untuk ambik angin luar... pilihan aku kali ini adalah nak merasa mandi air panas...pada awalnya aku dan cousin n hmate ke Air Panas Selayang tiba disana jam 9am...ahaks...u all nak tahu, mcm tak selera lak nak aku jejak kaki untuk join mandi sama2... tensionnya...tempat tu tak cantik langsung... hilang selera aku nak rendamkan badan dalam air panas... so apa lagi terus jer aku turn back...

Dalam perjalanan aku tetap tak puas hati.. geram sangat tak dapat nak berendam dalam air panas... so my cousin aku beri cadangan satu tempat di negeri Sembilan... so apa lagi aku terus pecut kereta dari selayang ke seremban... mcm org bodoh kan... umah aku di cheras.. kalau dari awal aku terus ke Seremban kan bagus... buang masa je kat dlm perjalanan...

Jam 10.30am kami dah sampai di Tol seramban... so dah dekat la ke destinasi kami tujui iaitu di Pedas... kami teruskan perjalan dengan hati gembira sekali... yerla masa yg sama jalan pulak tak begitu sesak dengan kereta .... sampai exit tol senawang kami terus pecut kereta ke menuju kearah Rembau - Tampin dan Pedas...

Pintu Gerbang Yang Melambai..

Pada awalnya kami tidak tahu mcm mana situasi keadaan Air Panas Pedas di Pedas kerana ini pertama kali sampai... setibanya didepan pintu gerbang yang tertera "Wet World Air Panas Resort" terus keletihan tadi hilang... sbb tempatnya dari luar sungguh menarik perhatian....apa lagi terus cari parking ler...

Ticket untuk perentry cuma RM 10 sahaja.. dan aku rasa cukup berbaloi harga ini....kerana perkhidmatan yang disediakan agak memuaskan...terdapat Hot Water And Spa, Reflexology Walk dan ada taman tema air untuk famili dan kanak2. Selain itu juga disediakn cafe, surau dan kawasan function....







Kami ambik masa selama 4 jam didalam wet world nie.. yang bestnya ketika berendam dalam kolam air panas... tetapi masalahnya aku tak dapat nak buat mcm tu sbb tak tahan dgn kepanasan air.. so just pose kat tepi kolam jer la... hahahahah....

Jam 3pm kami keluar dari Wet World kerana cuaca dah agak panas dan rasanya tak sesuai nak mandi dalam air panas lagi nanti bertambah panas la pulak....so apa lagi salin baju dan terus blah....

Dalam perjalanan kami singgah makan disebuah gerai tepi jalan nie... Cendol Leman Dawi... ini lah juadah makan petang kita org... apa yg menarik kat gerai ini adalah.. apabila anda beli semagkuk cendol anda boleh tambah dengan percuma berapa banyak yg anda mahu... so makan la dengan sepuasnya....tak percaya ker...mmm..perlu la kesana.... air bali diberi percuma... selain itu anda juga akan dengar celoteh tuan kedai ketika melayan tetamu bahasanya penuh dengan pantun dan madah yg diungkapkan....



Selepas habis menjamu selera kami terus gerak balik ke KL ... ini bukan apa sbb nak elakkan kesesakan lalu lintas terutama di tol seremban ... akhirnya alhamdulillah kami selamat pulang kerumah dan terus nyenyak tidur....zzz...zzz...zzz