Rabu, Julai 11, 2007

Kenapa Lelaki Kahwin Lambat??

Hai u alll.... how today? harap2 semua okies yer... pagi nie semasa aku on the way datang kerja macam biasa la sambil driving sure nak dengar radio sekali kan... so aku frekuansi HotFm .. topik yg agak menarik diutarakan... Kenapa Lelaki Kahwin Lambat?..

So ramai la pemanggil yang dapat menembusi ruangan diudara dan beri pendapat dan ada yang membuatkan aku senyum sendirian... tetapi untuk u all yang baca ruangan blog aku nie.. boleh tak u all jawap kenapa golongan lelaki sekarang nie susah nak kahwin.... heheheh... memandangkan aku nie lelaki jadi nak jugak nak kongsi pendapat dgn u all semua... dan untuk kaum perempuan yg membaca pulak cuba ambik noted ok... jangan pulak nanti teman lelaki anda pun lambat nak pergi memimang atau melamar anda....

Pertaman aku rasa kerana faktor ekonomi... memandangkan sekarang kos semakin meningkat... jadi kaum lelaki lebih tumpukan kerjaya untuk mencari pendapatan lebih sebelum berkahwin... kerana dengan kerjaya yg stabil sahaja lelaki dapat kumpul duit...

Kedua adalah kerana faktor kawasan atau negeri... sbb apa yg aku lihat jika golongan lelaki yg bekerja di bandar dan bakal bertemu jodoh pulak dengan org bandar... so faham2 jer la.. semua segala aspek dilihat dengan wang... tetapi jika dikampung... ramai lelaki yang berpendapatan rendah pun dah boleh kahwin... kenapa? kerana di kampung perempuan tidak begitu demanded dengan keawangan, mereka lebih utamakan kesederhanaan dalam segala hal...so nak buat jamuan kahwin pun just call orang kampung buat gotong royong pastu ramai pulak org2 kampung akan sedekah dan saling bantu membantu....heheheh...betul tak... jadi kos untuk buat jamuan akan berkurangan... di KL nie ada ke org atau kawan2 nak hulur bantuan jika kita nak kahwin... dtg makan ada jer pastu terus balik....hehehhehehe...

Ketiga pulak adalah kerana sifat perempuan jugak... dimana kita lihat sekarang nie..perempuan terlalu expose dengan segala hal... means mereka bukan lagi mempunyai ciri2 wanita melayu terakhir gitu... yerla pihak lelaki dah habis duit banyak untuk dapatkan pasangan... jadi apa balasan yg lelaki mahu adalah kebaikan dan kelembutan budi bicara seorang wanita apabila melayan pasangannya atau suami.... tetapi sekarang dah terbalik... bila lepas kahwin je ramai suami yg dah kena quen control oleh isteri sehingga nak dapat lagi nak jumpa kawan2 pun dah tak boleh...

Tetapi lelaki ada juga silapnya... terlalu ego dengan diri sendiri... untuk huraian part nie kena la lelaki jawap sendiri kan...

Faktor2 lain mungkin jugak kerana perjalanan kehidupan seharian... seperti pernah dikecewa... ini jugak menjadikan penyebab faktor kenapa lelaki lambat kahwin... kerana takut sejarah lama berulang mereka (lelaki) lebih berhati2 mencari pasangan hidup dimasa akan datang....

Jadi kepada anda semua wahai lelaki termasuk la saya sendiri... kemana kita pergi dan dimana kedudukan kita.. setiap manusia dijadikan pasangan dalam hidupnya sendiri... lambat atau cepat cubalah cari dan dapatkanlah pasangan anda... kerana didalam agama jugak ditegaskan agar kita dapat menggembangkan zuriat dimuka bumi ini... kerana ikatan perkahwinan itu adalah suci untuk meneruskan perjalanan hidup kita dimuka bumi dan akhirat...

Ok jika ada silapnya pendapat aku nie... aku harap u all boleh la perbetulkan...so jumpa lagi di lain blog nanti yer...bye bye bye..