Ahad, Februari 28, 2010

Untuk apa Aku ini..

Aku disini untuk apa? Kenapa aku disini untuk dia? Kenapa aku bagun dan sedar esok hari untuk dia? Kenapa aku tidak buang sahaja dia jauh dari hidup aku.. entah ada ketika datangnya minda dan jiwa yang waras mahu sahaja aku tinggalkan semua ini..

Aku ada hari nie untuk dia.. salah sesungguhnya aku ada hari ini adalah untuk diri aku sendiri.. untuk aku capaikan cita2 dan impianku, bukan untuk dia.. namun aku tidak bisa bohonggi diri sendiri kerana dia la yang buat aku banggun setiap hari..

Suara dan langkah dia membayanggi hidup aku seharian.. Hari ini aku terfikir perlukan aku pergi tinggalkan dia tanpa dendam yang hadir..
Tapi aku terfikir mampukan aku tinggalkan dia sedangkan aku perlukan dia untuk kerjayaan esok hari bersama.

Hari2 aku rindu akan dia.. tidak lena lelap mataku ini kerana ingatkan dia. Apa dia perlukan aku atau aku yang perlukan dia...

Tuhan kau berikanlah aku jawapan agar dengan petunjukMu aku bisa melangkah tanpa menoleh kebelakang dengan ingatkan dia lagi...

Aku redha..

Rabu, Februari 24, 2010

Bila Cinta Bersatu..

Salam semua..

Dulu aku asingkan perasaan sayang dan cinta.. tapi bila aku temuinya aku satukan kembali. Aku amat harga cinta yg bersatu dengan sayang ini akan buat aku jalani kihudpan yg indah..

Aku tak impikan akan kekal selamya kerana aku harus akui tiada yg kekal didalam dunia ini. Tapi cukuplah masa yg ada seketika ini aku ingin semaikan perasaan cinta dan sayang ini dengan penuh indah bersamanya..

Cinta dan sayang tak semestinya akan senyum sentiasa ada masa juga ia akan hadir dalam ketika kita menagis dan yg paling penting ia biasa wujud ketika perasaan aku berkecai..

Entah.. aku akan kekalkan perasaan cinta dan sayang ini akan kekal bersatu untuk dia yg aku sayang..

adios..

Sabtu, Februari 06, 2010

Cinta VS Sayang

Apakah bezanya cinta dan apakah ertinya sayang..

entah aku keliru kini... adakah cinta itu masih ada dalam hidup aku ketika ini setelah perbagai dugaan dalam perhubungan yg lepas membuatkan aku hilang apa itu erti cinta.

Apa guna erti cinta jika terjadinya sedikit perbalahan dan kesilapan dalam berpasangan tapi kita tak bisa boleh terima dengan redha.. hanya kata perpisahan dan benci sahaya yg wujud selepasnya..

Sekarang dalam hidup aku sukar untuk keberikan cinta ini tapi aku hanya mampu sayang padanya kerana sifat sayang aku nie boleh dikongsi dengan semua org tak kira sesiapa...

Adios

Sepetang di Gym

Dah lama aku tak jejak kaki ke gym dulu port aku di Gym kat Hotel Istana tapi sejak aku pindah dok PJ rasa malas nak berulang alik redah jam ke KL so xda la ke Gym lagi..

Hari nie aku berpeluang pergi ke gym disini.. best teramat bila peluh2 jantan nie menitis atas lantai... hahaha.. yang paling best aku rasa seperti aku campakkan segala stress nie setiap kali dumbell diangkat... hahahaha.... nyah ko jauh2...

Aku rasa perlu teruskan aktiviti nie bila balik KL nanti... atleast hilang sikit rasa bosan aku dirumah lepas habis kerja... dari aku merenung nasib dan mengharapkan org dtg teman baik aku bergerak cergas sendiri lakukan aktiviti nie..

Semoga aku dapat kuruskan semula badan nie.. dah lama aku geram pada lemak2 yg suka melekat pada badan aku...

ok dah catatan hari nie

Adios..

Jumaat, Februari 05, 2010

Again - Dimakah Aku

Salam.. wah ini dah lama sekali aku tak memantau blog peribadi kesayanganku ini.. apa nak jadi dgn aku nie sejak ada fb aku dah lupa blog sendiri.

Takpe la selagi aku tak lupa pasword blog nie aku akan cuba update walaupun dah berkurun.. tapi memori aku hampir lupa paswordnya... hahaha

Apa nak aku bicarakan disini. Untuk tahun 2010 ini post pertama aku.. nak cerita apa yer... pasal percutian.. xda apa yg menarik ketika trip aku ke KK tempoh hari.. pasal cinta... aduh mahu saja aku lupakan hal2 nie semua..

Takpe la apa pun yg terjadi ada juga some input aku letakkan di blog nie.. so apa pun nanti aku akan ceritakan apa yg terjadi..

adios

Khamis, Oktober 22, 2009

Bday Boy gift..

Bulan nie bday aku.. so kepada kawan2 n kenalan yang beri aku gift dan belanja aku keluar makan dan sms yang diberikan aku ucapkan terima kasih.. antaranya..

Luvis - Bday Eve aku dia dah bawak kek kat rumah
Shaqi - Bawak aku ke Hulu Langat for bday celebration.
En Mahad - Belanja makan stim board kat Kelana Jaya



Bday card dari En Mahad





Hadiah dari my girl friend.. hehehehe..

Its All About Me..

Uiks kenapa pic aku nie terbalik lak.. nie la load picture sebelum edit.. hahaha.. hentam je la labu..

Masa nie kat PWTC sempena himpunan Umno yang lalu..



Akhir2 nie aku memang gila shopping - bulan nie je setiap minggu aku shopping kat Sogo, Mid Velly and The Curve.





Take drink and break after shopping..

Rabu, Oktober 21, 2009

Apa Aku Buat Akhir Ini..

Salam All,
Aku loadkan gambar aktiviti yang telah dilakukan sejak akhir2 ini sehingga tak sempat aku nak updatekan. Cerita lanjut akan aku update kemudian yer..




My Open house aku dan khairul - 50 tetamu yang hadir.. thanks to all..


Mari Cintai Sungai Kita.. aku join kempen cintai sungai di Ulu Langat Sg Congka.. cerita selanjutkan aku update kemudian...


Aku join larian putrajaya anjuran yang diberi nama Ekidin Run.. best sangat dapat jumpa n kenal kawan2 baru..



Semasa open hause kat Majlis Agama Islam Wilayah KL..

Nie Masa my Bday aku .. Thanks pada Luvis sudi hantar kek pada pada malam bday...





Aku balik kampung sambut raya dengan menaiki keretaapi.. malas nak drive.. hehehehe


Tahun nie sambut raya di KL dengan Khairul kat rumah baru aku...

Sabtu, Ogos 15, 2009

2nd Aktiviti Hujung Minggu..

Selain menonton movie gruop kita org selalu lepak main bowling. Port selalu adalah di Sunway Piramid dan The Curve Damansara..





ala muka poyo je ingat pandai main ke tu..

Dihujung Minggu Aktiviti..

Sejak akhir2 nie suka pulak aku habiskan masa malam minggu dengan menonton movie. Port selalu kita org lepak Tropicana City dan selesa pulak kt sana. Tak ramai org dan tak juga perlu beratur panjang.

mcm biasa la.. group kita orang atok, sarjen dan fidi..







Sabtu, Julai 18, 2009

Picture aku di Miri..

sambungan gambar ketika aku di Miri..











Ahad, Julai 12, 2009

1st Outstation with new company - Miri

Jam 6.30am aku dah berada di LCCT Kuala Lumpur utk aku diterbangkan ke Miri. Tugasan aku kesana adalah ke petronas carigali Miri untuk hantar dokumen tender. Diterbangkan pada jam 6.20am dan sampai di Miri sekitar jam 10.15am.

Setiba dimiri aku dijemput oleh my opismate untuk hantarkan aku ke Petronas Carigali. Sekitar jam 11.00am aku dah selesaikan tugas yang diberikan. So free time now aku ambik masa seharian untuk jalan2 sekitar Miri sementara menunggu Mie (member lama yg kini mengajar di Miri) untuk kami bertemu yang sudah 2 tahun tidak kesampaian untuk berjumpa sejak dia mengajar di Miri.

Jam 3.00pm aku bertemu Mie di depan pasaraya Parkson Bintang yg berada di bandar Miri dan dibawa terus ke rumah untuk berehat.

nie adalah di Muzium Petronas Miri. Kawasan pertama minyak dijumpai.

Kat taman awam miri.. cantik kawasan nie setelah di bangunkan.. ini dibahgian hadapan lanskap air terjun buatan..

aku kat depan Marina Park...

Aku bersama Mie bergambar kenangan..

depan pintu masuk Taman Awam Miri

banyak lagi gambar yg aku perlu load kat sini tapi tunggu la yer.. hahahah..

Miri bandaraya yang bersih dan tenang.. buatkan aku tertarik untuk kembali lagi... Udara yang segar dan tidak tercemar..seawal jam 6.00am cuaca dah terang...

Khamis, Jun 25, 2009

Pavillion - Bukit Bintang

Jalan2 dan window shopping bersama Apis kt Pavillion Bukit Bintang.



Sempat tgk live band di BB Plaza. Tak kenal pulak apa nama band ini..
Nota: Lama jugak tak ke Bukit Bintang.

Sunway Lagoon

Lawatan teman dari Sibu pada bulan yang lepas, terpanggil aku untuk membawa mereka ke Sunway Lagoon. Alamak dah lama aku tak kesana banyak perubahan juga..




Nota: Jauh dimata dekat dihati...

Sarawak - Sibu - Kapit - Punnan Bah

Penggembaraan yang tiada penghujung. Perjalanan yang tak mampu aku lupakan kerana ia banyak buat minda terfikir ttg erti kehidupan yang sebenar didalam negara yang diberi nama Malaysia.


Bandar Sibu ketika banjir...

Kapit.. adakah anda pernah dengar namanya...


Inilah bot yg membawa aku redah sungai rejang dari Sibu ke Kapit.. ngeri jugak ambik masa selama 4 jam


Ini pekan Kapit.. hanya ada satu sahaja kedai makan islam..


Destinasi yg dituju - Punnan Bah.. View dari rumah tempat tinggal dan gmbr ini adalah sekolah Keb Punnan Bah..

Ini rumah panjang yang didalam proses ubah usai ke rumah panjang moden...

Nota: Luaskan perjalanan anda kerana ada sesuatu yang akan anda pelajari ttg erti kehidupan yang singkat ini..

Makan Malan B'sama ExHmate

Aroma Ikan Bakar, terletak di Tanjung Karang Kuala Selangor.
Terima kasih kepada exhmate kerana adakan jamuan makan malam ini untuk perpisahan kami sebagai hmate kerana aku akan berpindah kerumah sendiri yang aku beli di Taman Medan Petaling Jaya.


Sarjen - Ketua Rumah

Jati dan aku memilih menu


atok, fidi dan sarjen

Kenangan yang tidak akan aku lepakan disaat kami tinggal bersama... terima kasih kawan...

Nota: Jati dah pindah ke Kuantan dan atok pulak dah pindah rumah sendiri di Gombak...