Rabu, November 28, 2007

Menjana Idea Kreatif


Hari ni saya nak cerita sikit tentang salah satu faktor utama yang menentukan kejayaan, berjaya atau tidak, kecil atau besar serta berkembang atau tidak sesuatu bisnes yang diusahakan. Tidak kiralah samada anda sedang merancang, baru bermula atau pun memang telah menjalankan perniagaan.


Apa yang akan saya ceritakan ialah kata kunci menjana idea kreatif yang saya petik daripada buku Dr. HM Tuah bertajuk "Membina Imaginasi Cemerlang". Saya rasa tip-tip ini amat berguna untuk anda apabila ingin memperkenalkan produk baru atau bersaing dengan pesaing lain di luar sana. Berikut adalah kata kuncinya :


1. Songsangkan gerakannya, tambah dan kurangkan perasa.


2. Jadikan ia mesra pengguna, tambah kualiti, tambah menu.


3. Tanya kepada kanak-kanak, pelanggan, musuh dan keluarga.


4. Ubah cara operasi, menstrukturkan kembali organisasi.


5. Jadikan ia dapat melompat, berenang, bernyala dan mudah.


6. Jadikan sebahagiannya lebih besar, kecil, sempit dan harmoni.


7. Jadikan ia tiga dimensi, basuh dan ubah ukurannya.


8. Bahagikan kepada beberapa kategori.


9. Cari perkara yang positif daripadanya.


10. Carikan contoh, ubah suhu, putar, pulas.


11. Warnakan, letakkan minyak, dekatkan.


12. Lipat, pendekkan, besarkan, senyapkan.


13. Kukuhkan dengan besi, tajamkan.


14. Jadikan ia berbunyi, berdering, tambah memori.


15. Sadur dengan emas, tembaga, kaca, gilap permukaannya.



Nampak senang, bukan?


..
Anda boleh laksanakan idea-idea ini ke atas perniagaan anda nanti dan inilah rahsia bagaimana jutawan yang ada sekarang memulakan langkah mereka dan mencapai kejayaan. Selamat mencuba!