Sabtu, Jun 16, 2007

Dihujung Minggu..


Apa yer nak aku "story" pada u all hari nie...kat luar cuaca tidak begitu baik...hujan je from friday night till today... bosan betul...jalan pulak "jem" teruk sehingga la aku nak kedestinasi yang ditujui di ibu kota tersangkut dijalan...
Jumaat lepas kenalan aku Zaki, dari UUM Kedah turun KL... dia ambik kesempatan jumpa aku sebelum hadiri majlis kenduri kawannya di Putrajaya pada hari Sabtu... so lepak la kat umah aku pada malam jumaatnya... kesian dah la pandu kereta jauh2 yang ambik masa selama 8 jam didalam perjalanan dari kedah ke KL.... hujan sepanjang jalan.... jadi katanya tak boleh la nak bawak laju2...so terpaksa la gerak dengan "slow" ... whatever dia dah selamat sampai ke KL dan berjumpa aku pada petang jumaat tu dah harus bersyukur...
Ye la datang bertandang umah bujang di KL nie memang la bestkan... bebas ler nak bergerak tetapi dek kerana hujan dan jalan sesak di KL aku tak bersekempatan nak bawak dia jalan2.... Aku jemput dia di KL ... bersama Aidil kami mencari destinasi untuk makan... sedang memikir dalam keadaan "jame" yang teruk ... kakak angkat aku call " Man kat mana nie"?.... berdetik dalam hati aku sure nak ajak makan malam nie... aku jawap " Man on the way nak balik umah, kenapa kak"? persoalan yang tak perlu aku tanya kerana dah tahu jawapannya..."Free tak malam nie jom keluar "dinner" dengan akak?"... tanpa berlengah aku terus jer bersetuju... so apa lagi terus ler aku, aidil dan Zaki gerak kerumah akak di Bdr Tasik permaisuri....
Setiba di "condo"nya...10 minit kemudian akak turun dengan anak si CT dan Aqsha si cute... dan anaknya yang lain malas nak ikut.. dalam perjalanan masih lagi berfikir nak makan apa.... cadangan awal nak jamah Pizza Hurt jer di Maluri.... tetapi biasa la jalan "jame" dan hari pulak hujan... kami ubah selera... terus masuk ke JJ Maluri... si Aqsha dah pasti nak makan Mdonal sbb nak "toy"nya...si CT dan i nak makan wersten food, aidil biasala on diet dan my frend Zaki ikut jer...the big bos kak liza.... bayar jer... hahahah...
Akhirnya kami memilih Restoran Carabean kat dalam JJ tu sebagai pilihan... semua ada dalam menunya dari wersten ke thai food.... bila bukak menu selera aku membuak... apa lagi 3 hidangan steak, satu tomyam dan satu fried Mee ala Thai jadi hidangan pada malam tu... ops lupa si Aqsha .. aku terpaksa "take away" Mcdonal untuk dia.... dah dapat terus diam...
Macam biasa la bila keluar dengan famili Kak Liza .. sure best sbb dia sporting gila dan anak2nya pun tak kesah dengan aku... Malam tu si Ct anaknya nampak cantik walaupun berpakain casual... hehehe... sebenarnya Kak Liza dah lama suruh aku berkawan dengan anaknya... cuma aku je malas nak fikir... sbb Ct terlalu muda dan dia perlu habiskan studynya dulu.... tapi nampaknya Ct dan aku dah boleh ngam.. dah boleh melawak2... dan dah pandai sms memuji aku...ahaks...
Lepas makan mcm biasa la turn nak bayar... Kak Liza la orangnya... seinggat aku selama aku kenal Kak Liza dari awal hingga kini dia asyik belanja aku jer...mmm....malu jugak aku...tapi buat mcm mana yer .. harap2 rezeki busniss dia murah la ok....
keluar jer dari JJ ingat cuaca terang rupanya masih hujan.... Zaki menjerit dalam kereta... nampaknya tak bole la nak merewang malam nie... aku terus jer hantar famili Kak Liza kerumahnya dan kami apa lagi balik je la kerumah ... kebetulan hari sabtu aku kerja... so tak dapat la borak dengan Zaki dengan panjang. Lepas siapkan bilik tamu padanya aku terus mandi dan masuk tidur. Nasib baik la Zaki tak cerewet kalau tidak susah la aku sikit sbb mata dah terasa nak pejam je...ye la dah puluk 1.00am la esok nak kerja.....Oh yer malam tu si kecik Aqsha pun ikut tidur umah bujang aku.... ahah kesian Kak Liza berat nak lepaskan Aqsha ikut yer la takut nagis tengah malam siapa nak jaga..hahah...tapi alhamdulillah Aqsha ok kat umah aku sepanjang malam tu .. tidur siap peluk aku lagi till morning....
Kul 7 am aku tersedar dari tidur, hari sabtu... aku terus gegas siap nak gi opis... si Zaki pun dah bangun... Si kecik Aqsha pun dah sedar.. tanya padanya nak balik tak... ayoo.. takmau balik la...nak tunggu aku balik opis baru send dia balik umah.... aku pun cakap ok la.. so petang nanti aku janji dengannya kita pi swimming sekali okies....
Seketika aku di opis, dapat panggilan dar Zaki kawan aku dan memaklumkan dah selamat sampai ke majlis kenduri... maaf le Zaki aku tak sempat jumpa ko masa keluar dari umah sbb aku terpaksa bergegas ke opis... dan lepas majlis aku dengar dia akan pergi ke Melaka n JB... so selamat bercuti yer...nampaknya perjumpaan kami cuma sesingkat sahaja... masa tak mengizinkan....
Petang sabtu hari masih hujan... ala mcm mana nak swimming nie... Kak Liza call " Man send Aqsha kat Ampang ptg nie, Kak tunggu kat umah Auntynya"... Aku seperti biasa la .. ok jer...jam 3.00pm aku terpacak depan umah Aunty di Ampang.... dalam perjalanan dari umah si Aqsha nyenyak tidur dalam kereta....aku tahu dia kebosanan kerana tak ada orang nak melayannya...sedangkan aku memberi tumpuan pada memandu kereta....dan disamping itu aku rasa dia keletihan main game la tu...
Jumpa Kak Liza biasa la... kalau tak gi shopping sure akan ajak aku gi jalan2...so petang sabtu tu sempat lagi lepak kat Ampang Point... dah le letih semalam belum habis lagi .. hari nie nak shopping pulak... last sekali aku biarkan Kak Liza shopping dgn anaknya, aku dan Aidil lepak kat Mcdonal....satu jam kemudian Kak Liza call 'Man jom pi makan"...dalam hati "makan lagi"... kali ni menunya chainese food pulak... kami pilih satu rest chainese depan Ampang putri...menunya menarik dan sedap... this time Kak Liza yang pilih menunya.... hehehehe....
mmmm....bestnya... dengan susana sejuk dan hujan yang masih mencurah damparan bumi, kami memilih menu fish ball sup bersama kacang bendi dan ada hidangan " Yong Tau Foo"...sungguh enak sekali...betul kata kak Liza masakan Yong Tau Foo ini sedap sangat.... apa lagi makanlah... tak cukup sekali order anak Kak Liza si Ct nak tambah lagi.... ahak...siap bungkus...mmm...bestnya hidup org mcm Kak Liza tak kedekut dengan duit dan layanan pada anak2nya....
Lepas makan aku hantar Kak Liza di Ampang sbb nak makeup adiknya untuk dinner malam nie... aku just lepak sekejap jer kat umah tu kul 7.00pm aku gerak balik.. si Aqsha biasa la nak ikut.. Kak Liza jerit dari dalam rumah... "jangannnnnn"... lain kali yer...so Aqsha pun turut je la... manjanyer dia dengan aku.....
Balik umah "saturday night" bosannya.. nak keluar hujan...so perut dah kenyang apa lagi lepak jer la depan TV... alamak dobi belum send lagi la.. aku gegas hantar pakaian ke kedai Dobi..nasib baik masih bukak... so mcm biasa la .. akak dobi dah kenal aku... tak payah nak ckp banyak dia dah tahu apa nak buat dgn baju2 kat dalam bakul tu... cuci dan iron sekali...."ok kak esok i datang ambik yer"
Nyenyaknya aku tidur , sedar jer di pagi ahad si Aidil nak ke class kat UM... mmm... aku pun bangun le.. sepatutnya aku yg hantar dia ke class setiap hujung minggu tapi aku kasi dia bawak kereta... takpe la nak keluar makan nanti aku keluar bawak kereta wira....
Hari nie Ahad... tak tahu nak buat apa...bukak email .. dan chat sekejap.. bosan la pulak.. so update la blog nie... kat luar mcm cuaca cerah.. bole pi jogging le petang nie pastu ambik dobi sekali... menu hari nie belum pasti...rasanya cukup dengan hidangan "pasta" yang akan aku masak sekap lagi....hehehhe... so menunggu esok hari untuk bekerja apa lagi... kita
tidurr....zzzzzzzz