Jumaat, Jun 29, 2007

Taman Tasik Alam Damai..


Renungan dari atas bukit Taman Tasik...

Akhirnya siap jugak taman tasik nie... yer la senang sikit aku nak pi jogging lepas balik kerja... tak perlu la aku nak pi jogging kat Tasik Permaisuri lagi... nampaknya track jongging dan kemudahan yang disediakan amat selesa... luas dan besar... kalau terasa letih boleh rehat sekejap sambil beri makan ikan didalam tasik buatan yang disediakan... port untuk pasangan nak dating pun ada...ahaks... biasa la kan... terletak di atas bukit di kawasan Taman Alam Damai.. membuatkan ia terasa segar dan menarik sekali... pemandangan juga nampak indah apabila disebelahnya dikelilinggi oleh rumah teres yang di ilhamkan ala bali....




Anak tangga nak naik keatas taman tasik...

Ini dah kali ke 2 aku jongging kat sini setelah siap sepenuhnya... itupun aku sempat jogging waktu malam sahaja antara jam 8.30pm - 9.30pm. Tak sempat la beb nak jogging siang hari sampai umah pun dah agak lewat... jadi cukup la satu jam dalam 3 hari seminggu aku amalkan jaga kesihatan dengan berjogging...lagipun waktu malam tak ramai orang kat sana... jadi selesa sikit untuk teruskan larian...


Sempat lagi pose lepas jogging

Tetapi kalau jogging time petang atau waktu hujung minggu .. agak boleh tahan jugak ramainya orang di taman tasik nie... kerana kepadatan penduduk semakin bertambah...
Tak silap aku rumah lama Datuk Siti pun di Taman Alam Damai ini jugak... kerana aku selalu jugak lalu depan rumah dia time balik kerja... tapi tak pernah pulak terserempak dengannya... ada jugak kenalan aku yg dah lama stay kat sini maklumkan .. dulu masa Datuk Siti belum kahwin pernah makan kat rest mamak berhampiran sini dan pergi pasar malam yang beroperasi berdekatan Taman Alam Damai... tapi aku rasa la nie selepas dia kahwin dah tak duduk sini lagi... so tak berpeluang nak jumpa dia...wawawawwawa.....

Ok untuk anda semua yang inginkan tempat dan suasana baru bole cuba datang dan lawati taman tasik ini yang terletak di Cheras...ok jumpa lagi...bye..bye...