Isnin, Jun 25, 2007

Selamat Pengantin Baru LINDA - HAFIZ



Disini aku ucapkan selamat pengantin baru kepada anak saudara Kak Liza Hafiz dan isterinya Linda. Tugas aku biasa la sebagai jurugambar untuk majlis tersebut. Dua hari aku berkampung dirumah pengantin dari pagi hingga selesainya majlis..sebenarnya aku kesana bukan sekadar untuk jurugambar sahaja tetapi bidan terjun sebgai "Pak Andam" kepada si penganti lelaki Hafiz...ini pun kerana permintaan Kak Liza yg baik dgn aku... Kalau tidak mmm... susah la sikit nak aku tunjuk skill depan org yang aku tak kenal...ahaks...malu den....

Biasa la kerja "Pak Andam" aku sekadar sediakan pakaian untuk si Hafis dan beberapa hantaran yang perlu dibawa....dgn masa tak cukup aku mampu buat apa yang ada didepan mata jer la...tetapi hasilnya agak puas hati jugak....si Hafiz lak jenis tak pandai bersiap sendiri jadi aku terpaksa la tolong mackup kan untuk dia...touchup apa yg patut jer la...nak lebih2 bayar la bro...

Aku nampak majlis mereka agak sederhana tetapi penuh dgn adat tradisi...ada acara merenjis, makan beradap, bersanding dan serta diiringi tarian serta silat....
Hafis nampak berseri la jugak walaupun mukanya nampak letih.. Yerla lelaki sulong pertama yang kahwin... so semuanya dia perlu siapkan sendiri...

Dalam seronok aku ambik gambar sempat juga khayal... "alangkah bahagianya kalau aku yg kahwin".. ahak.. mmm.. tak sabar rasanya nak kahwin la pulak... tapi alamak calon tak ada la pulak... hehehe....takpe lepas nie aku cari la calon cepat2....

so tak ada apa la nak aku ceritakan disini... kerana acara di majlis tersebut berjalan dengan lancar...cuaca pun baik... yang best utntuk abg DJ.. thanks mainkan lagu yg best2 okies....

Untuk hafiz dan isterinya selamat menempuh alam rumah tangga... ingat jaga pokok jgn bagi goyang sangat....ahaks...so cepat2 la dapat anak...

untuk kalian nak lihat pic mereka mcm biasa klik je kat bahagian "My Photoshoot" kat sana ada banyak lagi koleksi pic mereka yang aku snap....oh yer Hafiz jangan lupa payment gua okies...jumpa lagie....