Khamis, Jun 14, 2007

Middle Year - 2007

Terlalu cepat masa dan waktu berlalu, sedar atau tidak kita kini berada dipertengahan tahun 2007. Saya terfikir seketika, adakah apa yang diimpikan di awal kemunculan tahun 2007 hampir atau telah tercapai serta adakah akan terlaksana? ... Jadi bagaimana pula dengan anda di luar sana? Adakah terfikir apa yang saya fikirkan.... atau anda semua sudah terlupa apa yang diimpikan...
Jadi jika anda terlupa atau sengaja terlupa, adakah dengan catatan saya ini boleh mengembalikan ingatan anda kembali, kejutkan anda dari lamunan seketika... bangunlah anda dari "tidur semalam".... Cuba anda bukak buku atau diary anda kembali, baca segala senarai yang anda tulis atau anda hajati pada tahun ini... dan saya rasa kita masih ada masa untuk meneruskan apa yang diimpikan... kerana tiada erti terlewat dalam kehidupan harian didunia...
Untuk diri saya sendiri sudah pastikan masih menghitung hari dan waktu.... dan ada jugak terfikir adakah apa yang saya ingini akan tercapai pada tahun ini...semuantya terserah pada ketentuannya dan seharusnya saya akan cuba berusaha jugak...... apa yang pasti ... kehidupan saya telah banyak berubah jika dibandingkan pada tahun yang lalu... segala duka yang saya tempuhi dapat diubati walaupaun agak sukar....tetapi kehadiran tahun 2007 amat memberi impak yang besar sekali.... kawan datang dan pergi silih berganti, tetapi hari ini aku sudah kenali siapa kawan dan siapa lawan... teman yang dulu pergi kini aku dapat miliki penganti.... cinta yang hilang kini aku hampir kutemuinya kembali..... tetapi yang nyata saya kini lebih kenali diri sendiri dan rentak dunia diluar yang ingin diharungi....
Terciptanya blog ini adalah bertujuan untuk saya berkongsi dengan anda semua... tidak kira apa jua... bagi saya tiada rahsia yang harus disimpankan untuk diri sediri jika ia baik untuk dikongsi, apa salahnya kita sama2 bercerita dan apa salahnya kita mendengar?....tanya dan soalah apa jua yang ada diminda anda...insyaallah persoalan anda akan dijawap dengan sebaik dan sejujurnya.... tetapi harus juga anda ingati saya sekadar insan kerdil dan biasa ada jugak kelemahannya... jika ada yang tersilap dan tersasar dari erti hidup sebenar maka berikanlah teguran....
"Life With Me... Anywhere N Anytime " adalah satu catatan dan luahan rasa hati saya dari segi semua aspek yang melibatkan life (Kehidupan) ... tidak kira dimana dan bila2 masa sahaja selgai jantung berdegup, nafas menghembus, mata melihat, kaki melangkah... itulah life...dan itulah catatan yang akan saya kongsikan bersama ...saya amat teruja untuk menceritakan apa itu life yang sebenar...kerana dari segi pemerhatian selama 29 tahun setelah saya dilahirkan... ramai diantara kita lupa apa itu.. kita hanya tahu life tetapi kita tidak tahu apakan tanggungjawap kita terhadap..
Akhir kata dari saya marilah kita sama2 jadikan life ini satau realiti bukan fantasi, life yang ada tanggungjawap dan punyai jiwa serta perasaaan antara satu sama lain tidak kira manusia antara manusia, binatang, tumbuhan, kanak2, alam sekitar malah apa jua dimuka bumi ini....inilah life yang tercipta dan dikurniakan.... dengan ini sayangilah life anda kerana ia hanya hadir dalam sekali sebelum anda pejamkan mata....
Kepada anda semua yang inginkan sesuatu yanag terkini tentang life diluar sana...tunggulah jejak-jejak perjalanan hidup saya yang akan dikongsikan kepada anda semua di blog akan datang.