Jumaat, Jun 15, 2007

Happy Father Day!!

Sejak akhir2 ini bukak sahaja radio, tv dan surat khabar memaparkan cerita tentang "Father Day"... satu minggu ini sahaja topik yang dibincangkan di corong radio awal pagi tetap masej yang sama..... saya bukan apa jika difikirkan kenapa kita perlu sambut Father Day?... Apakah tujuan sebenar hari tersebut?.. Yer la sebagai anak, saya dan anda semua sepatutunya ingati dan harus bersama ayah disetiap masa, tetapi tidak la salah jika dek disebabkan tugas dan tanggungjawap kita terpaksa berjauhan dengan seorang lelaki yang bernama "ayah".. Tetapi dalam ingatan dan hati saya nama " ayah" tetap dalam ingatan dan sentiasa menrinduinya... walaupun dimana jua nafas ini menhembus....
17Hb June hanya tinggal 2 hari lagi... saya masih mencari hadiah apa yang harus diberikan padanya pada tahun ini.... tetapi rasanya tiada hadiah yang paling berharga dari saya seorang anak untuknya selain memberi doa kepadanya setiap masa agar dapat meneruskan kehidupan didunia ini.... agar saya dapat lebih bermanja dengannya selalu..dapat bersalam di pagi raya dan bercakap dan mendengar ceritnaya dan lain2 lagi...
Masih ingat dalam hidup saya, dahulu insan yang bernama "ayah" ini terlalu garang dan bengis orangnya. Kami adik beradik tidak sesekali berani ingkar dengan arahan yang dikeluarkan. Jika "A" dari mulutnya maka jangan sesekali ubahkanya...sudah pasti ada yang akan makan hati... dan dengan ini kami sekeluarga terutama adik beradik selalu memberontak.....maka tempat menggadu hanyalah pada wanita yang bergelar "Mak"... dan ketita itu saya dan adik beradik terlalu marah pada perangai ayah dan sehingga ada seketika saya menjadi dendam padanya....serta menjadi anak yang menderhaka
Itu semua cerita lama... ketika aku sedang meniti alam kanak2 ke alam remaja.... ketika seusia itu aku tidak lagi mengerti dan tidak memahami sifat dan perangai ayah... Kini aku berjauhan dengan ayah...aku berada di tengah2 pusat kota Kuala Lumpur dan ayah pula berada nun jauh diutara... aku terfikir.... segala kata dan masihat serta tunjuk ajarnya dulu ada baiknya.... marahnya dia kepada aku kini baru aku nampak sbbnya... dan bila aku sendrian selepas pulang dari pejabat ... hati aku sering terdetik.. inilah pengajaran dari seorang bernama "Ayah".. jika dahulu ayah tidak terapkan aku nilai2 ketegasan dan kesabaran dalam hidup dah lama aku kecundang dikota ini....tetapi alhamdulillah hampir 10 tahun saya disini, bak kata pepatah "onak dan duri sanggup aku redahi jua"..... akhirnya saya masih disini meneruskan cita2 dan impian sebagai seorang anak...
Kini usia semakin meningkat kemajuan sudah berkembang pesat tetapi pengorbanan seorang "ayah" tetap sama, bertanggungjawab mendidik anak2.... jadi kita sebagai anak jangan sesekali alpa dengan amanah yang diberikan... ingat setiap kata2 dari mulut "ayah" itulah yang akan kita bawak sepanjang perjalan hidup didunia..... janganlah sesekali kita dendami apa jua kesilapadan dan kesalahan mereka kerana setiap"ayah" ada cara tersendiri untuk mendidik.... tidak mudah untuk pikul "perkataan" ayah dibahu seorang lelaki.... walaupun nampak gah dimata tetapi adakah kita terfikir "ketakutan" didalam jiwanya... tangisan didalam hatinya....
Terlalu banyak pergobanan ayah sebenarnya pada seorang anak.. tetapi adakah kita sebagai anak sanggup berkorban demi seorang ayah?... marilah sama2 kita fikirkan, renungkanlah kemana silapnya saya dan anda selama ini terhadap "ayah"....
Untuk anda yang diluar sana yang tidak pernah meraikan "Father Day" jangan risau masih tidak terlewat untuk anda membuat perubahan dalam hidup.....jika dahulu anda tidak pernah ucapkan " Selamat Hari Bapa".. ayah... 2 hari akan datang cuba anda buangkan keegoaan itu dan hanya dengan satu panggilan sudah pasti hati seorang ayah akan terharu.......
Akhir kata dari saya.... jika dahulu kita seorang anak mungkin esok kita akan dipanggil "ayah" apakah perasaan anda jika anak anda akan lakukan perkara yang sama dengan apa yang anda lakukan kepada ayah anda..... jika kelakuannya baik alhamdulillah tetapi jika sebaliknya....anda renungkanlah kembali....
Apa yang pasti, saya tetap bersyukur kerana sehingga catatan ini ditulis insan lelaki yang bernama "ayah" masih bernafas dimuka bumi ini. Dia masih lagi memimpin "tangan" untuk saya untuk terus "berjalan" walaupun hakikatnya saya sudah mampu "berjalan" sendiri....
Tiada kata seindah bahasa, tiada hadiah semahal penggorbananmu dan tiada kata2 yang mampu ku uraikan.... apa yang pasti kepada insan bernama "ayah.. Ali Bin Junus".... anakmu dengan linangan air mata mengucapkan "Selamat Hari Bapa"
Tiada dendam yang tersurat dari dalam hati ini ayah....kerana apa yang kita lalui bersama selama ini adalah satu perjalan hidup yang saya ambil dan simpan sebagai kata2 positif... tiada negetif dimataku untuk dirimu... kerana kaulah kekuatan dan semangatku ketika diri ini rebah......
Ayah dari jauh anakmu.......I Love U so much Dad..