Ahad, Jun 24, 2007

Intel Multiply My Life Dance Contest



Friday last night, aku dan Ntr Group team telah dijemput untuk menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh pihak Intel bertempat di sebuah pub/disko yang terletak di belakang Shereton Imperial Hotel Kuala Lumpur.

Sebenarnya kehadiran aku dan NTR team adalah untuk menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut. Aku pada awalnya malas nak hadiri majlis seperti ini… ye la dah lama tak jejak kaki ke disko … takut lak memori lama akan kembali…ops lupakan sahaja…. Setelah dipujuk oleh member2 dan jugak bos a… so aku mengalah la jugak….Hehe mcm biasa la bole juga aku storykan susananya nanti di blog nie… apa lagi camera tetap aku tak lupakan… nanti tak boleh la pulak u all lihat siapa pemenenangnya…..

8.15pm aku dan Ntr team baru jer sampai di pintu masuk club tersebut… nampaknya kami dah terlewat sedangkan acara sudah bermula dari seawal jam 7.30pm… masuk je kedalam kedengaran DJ membuat pengumuman peserta yang ke dua untuk membuat persembahan….so kami terus ke 2nd floor yang dikhaskan kepada tetamu jemputan untuk menikmati “Snack food Buffet” yang disediakan… So apa lagi time makan free… kita makan dulu…

Camera yang aku bawa, ada letak disisi… ada la juga beberapa tetamu sekeliling menjerling kearah (perasan la tu)… maybe dia org ingatkan aku nie photographer dari media team…. Heheheh….

Dengan alunan lagu yang di pasangkan oleh Dj di 1st floor aku layan je la…budak2 NTR team pun aku dah tak nampak…. Masing2 buat hal la… Cuma aku dan Joyclen jer lepak kat bar counter sambil layan air…

Seketika aku disapa oleh sorang pompuan .. “are u photographer?”… aku berkerut dahi… berkata dalam hati…“alamak apa hal lak minah nie?” tanpa memberi jawapan…aku terus soal dia sebaliknya..”Why?”… selambanya pompuan nie jawap… dah ler tak kenalkan diri.. “I nak minta tolong u ambikkan gambar untuk sorang writing from B***** new… coz photographer dia tak datang so nanti tak lengkap pulak assignmentnya untuk event nie…boleh ker”…aku terkejut… mmm… dan seketika kemudian sorang lagi pompuan datang dan hulurkan tangan, kenalkan diri..’.. aku just ok jer… lagipun apa salahnya tolong dari aku bawak camera tanpa hala tujunya…

Yang bestnya aku diberikan past untuk duduk depan sekali….bersama2 dengan others photographer dan Tv new staff…hehehe…sambil cuci mata…aku snap jer la gambar2 mana yang sesuai… yer la tak ada apa2 preparation pun… hasilnya ini la…yang paling best semasa wartawan nak jugak aku ambil gambar semasa sesi interview dengan MD Intel…alamak… mampus aku…angel mcm mana nie….hahaha lantak jer la… janji ada pic untuk dia nanti…

So akhirnya malam tu… aku sebuk dengan kerja sebagai seorang photographer “bidan terjun” bagi wartawan B****… ok la… satu pengalaman yang bagus…

Kembalinya aku kepada NTR team… mmm… dia orang dah puas melantak dan minum… aku lak dahaga gila… nak sambung makan, food pun dah habis.. so just fresh orange je jadi hidangan anak tekak… nak minum air lain… faham2 jer la beb… bukan selera aku la… hahahaha… faham2 sendiri la kan….

Jam 9.30pm aku dah rasa tak selesa.. bos aku asyik suruh minum jer.. tapi perut dah buncit dengan mcm2 jenis air…apa lagi aku ajak je dia org angkat kaki… lagipun event dah habis pemenangnya pun dah diketahui…. Nak tahu siapa menangnya u all bole lihat pic yang aku letak nie….

Sebenarnya aku perlu balik rehat dan tido awal kerana esok harinya aku ada wedding photo shoot kat gombak… so ada benda nak perlu prepared sebelum menjelang besok… akhirnya jam 10.00pm aku keluar dari pub yang masih rancak dengan laungan lagu… bye bye la beb nanti kita jumpa lagi di next event okies…

Jam 11.00pm sampai umah dah lewat hujan kat luar, wah sejuknya malam nie… aku bukak pc dan loadkan photo dan email pada wartawan tadi.. done…siap kerja aku… lepas mandi aku relax seketika sambil minum secawan milo… hujan kat luar lewat sekali mencurah kebumi… entah tetiba je aku terlelap …zzzzzzz