Sabtu, September 29, 2007

Wishing "GOOD LUCK" For My PMR Student...



Khamis lepas adalah hari terakhir pelajar PMR berjumpa dengan aku di pusat tuisyen. Ini adalah kerana pada minggu hadapan mereka akan menduduki peperiksaan tersebut.
Sedih aku melihat ucapan dari mereka.. ada yang awal2 lagi memohon maaf pada aku dan halalkan segala ilmu yang aku berikan pada mereka.. dan si Zackery lak minta aku berdoa agar mereka berjaya dlm peperiksaan PMR nanti...
Sebenarnya pelajar aku semuanya pandai dalam pelajaran.. cuma mungkin mereka keletihan didalam kelas menyebabkan pemikiran mereka selalu melayang dan bermain2. Takpe janji latihan yang aku berikan kepada mereka dapat disiapkan dengan baik dan aku bangga ada pelajar seperti mereka.. kepada kamu semua Cikgu ucapkan selamat hadapi PMR.. lakukan yang terbaik dan tenang ketika menjawap kertas Peperiksaan nanti..Kepada pelajar aku yang minta url my blog jgn lupa layati dan lihat aktiviti cikgu yang seterusnya... dan kalau rindu dan perlukan apa2 hubungi cikgu yer... semoga kita akan jumpa lagi nanti... bye bye tu u all...