Jumaat, November 30, 2007

Alone...


I’m so flattered when I enter this blog this morning (which I didn’t do since my last post here). I have received an amazing amount of feedback regarding my recent post. Thanks to each of you for your kind words of support to cheer me up again. I really appreciate that.
One of my friends told me yesterday that I’m not supposed to keep silent with all my friends here coz I might lose em’ sooner. Can’t agree more on that and I admit my mistake. In fact, I feel bad about it :( I don’t want to make people worried about me, that will be the last things I want to do here. So, don’t worry mates coz I’m just fine now :-) <--see I’m smile.

Arwah atuk once told me before, “If you can't say something nice don't say anything at all.” Well, that about sums up for my silent here. I don’t intent to explain it all now and decide to keep that under wraps. Because in all honesty I believe if I want to feel better in the long run then I should try and sort out as much as I can about my problem wisely, it just learning curve of my life. And the stuff beyond my control will hopefully sort itself out if I give it a bit of time.

I hate not being in control but things happen for a reason and make me stronger. I’m not a super hero remember, but I’m not that weak. I know that might slip on your mind isn't :) Btw, I’m not going to blog as usual yet. To say things have been busy is a bit of an understatement but i really don't have any free time yet. I promise nothing but I’ll try to return back soon, Insyaallah. I am lucky to have a bunch of friends who concerned so much about me and I will not let them down for sure. See u soon friends...

Khamis, November 29, 2007

Untitle


I don't know, something happen to me last nite..I was feeling down today, very down actually..I want to talk and share about it, but words just end up choking me..emm, I tried to write down here, but what I feel is just beyond words that I can’t explain it..:( I want to get this over with, at least until I can keep my head up again..Hopefully it will not make me close this blog..I'm sorry for everything i write or make silly joke here might hurt some of you.. and thank you for everything..wassalam.

Rabu, November 28, 2007

Menjana Idea Kreatif


Hari ni saya nak cerita sikit tentang salah satu faktor utama yang menentukan kejayaan, berjaya atau tidak, kecil atau besar serta berkembang atau tidak sesuatu bisnes yang diusahakan. Tidak kiralah samada anda sedang merancang, baru bermula atau pun memang telah menjalankan perniagaan.


Apa yang akan saya ceritakan ialah kata kunci menjana idea kreatif yang saya petik daripada buku Dr. HM Tuah bertajuk "Membina Imaginasi Cemerlang". Saya rasa tip-tip ini amat berguna untuk anda apabila ingin memperkenalkan produk baru atau bersaing dengan pesaing lain di luar sana. Berikut adalah kata kuncinya :


1. Songsangkan gerakannya, tambah dan kurangkan perasa.


2. Jadikan ia mesra pengguna, tambah kualiti, tambah menu.


3. Tanya kepada kanak-kanak, pelanggan, musuh dan keluarga.


4. Ubah cara operasi, menstrukturkan kembali organisasi.


5. Jadikan ia dapat melompat, berenang, bernyala dan mudah.


6. Jadikan sebahagiannya lebih besar, kecil, sempit dan harmoni.


7. Jadikan ia tiga dimensi, basuh dan ubah ukurannya.


8. Bahagikan kepada beberapa kategori.


9. Cari perkara yang positif daripadanya.


10. Carikan contoh, ubah suhu, putar, pulas.


11. Warnakan, letakkan minyak, dekatkan.


12. Lipat, pendekkan, besarkan, senyapkan.


13. Kukuhkan dengan besi, tajamkan.


14. Jadikan ia berbunyi, berdering, tambah memori.


15. Sadur dengan emas, tembaga, kaca, gilap permukaannya.



Nampak senang, bukan?


..
Anda boleh laksanakan idea-idea ini ke atas perniagaan anda nanti dan inilah rahsia bagaimana jutawan yang ada sekarang memulakan langkah mereka dan mencapai kejayaan. Selamat mencuba!

Majlis Perkahwinan Nana

Majlis yang berlansung pada hari Sabtu lepas 24/11/07 bertempat di Triang Pahang.









Jumaat, November 23, 2007

Ku Mahu - By Siti Nurhaliza

Get this widget Track details eSnips Social DNA



Sesaat ku terkesima
Pada indah personamu
Sekilas kau senyum padaku
Melarutkanmu dalam kasihku


Sesaat ku terpesona
Pada warna ceriamu
Sayangnya telah ku hidu
Semua paparanmu palsu


Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati


Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti


Selamanya takkan ku lupa
Kau ajar ku seksa
Kau pandai berkata-kata
Hingga aku derita


Selamanya ku berjaga-jaga
Tak sanggup ku kenang
Cukuplah sekali terluka
Kan ku ingat sentiasa


Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati


Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti


Aku bukanlah boneka mu
Ku tak rela dipermainkan
Lebih baik sendiri
Dari terseksa di tangan mu


Apa yang aku mahu


Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati


Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti


Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pon terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Khamis, November 22, 2007

Kini


Ku mulakan bicara dengan Salam...

Wah dah lama nampaknya aku tak update my blog nie.. Sms dari kawan2 kat luar semua tanya.. "Hey Azman where are u? What happen to you... Are u ok?" dan mcm2 lagi .. Bukak je YM soalan yang sama dan tetap bertanya tentang kenapa tak update my blog...so Kini aku kembali...

Kalau nak aku jawap pada u all semua apa yg terjadi dalam hidup aku lately ini... tetapi aku rasa biarlah "kejadian" itu aku simpan rapi sahaja dalam hati ini dan aku cuba biar ia pergi sahaja... seperti perginya hari2 aku yang lepas....

So u all mcm mana.. jgn lupa letakkan perkembangan u all dlm msg box yg aku bukak kembali yer...

Pagi nie bila bukak my blog aku terdengar lagu yg aku sukai sangat di zaman sekolah dahulu.. entah la pulak kenapa tetiba sahaja aku teringat dan merindui zaman aku dahulu... mungkin kerana lagu ini lah ada memori kelakar yg menggamit memori kelakar untuk aku kenangkan hingga selamanya..

Tetapi nama2 teman lamaku dulu KINI masih segar dalam ingatan seperti... Salem, Sham, Radzi, Jel, Kak Chik, Suriani, Wan, dan ramai lagi...

Masih ku ingat dahulu ketika study disekolah merekalah yg paling aku pernah dekati ... mmm.. agaknya apa mereka buat yer... bila balik kampung pun semuanya dah tak ada entah kemana menghilang... nak kerumah pulak ada yg dah pindah.. oh teman semua, alangkah kuatnya semangat aku untuk bertemu kalian ... mungkin dengan pertemuan ini akan terungkap pelbagai kisah yang lepas untuk kita runtuhkan kembali urai ketawa seperti dahulu...

Lupakan seketika dengan memori aku tu... hehehe.. ok now im back to normal...hahahaha... pagi nie apa aku nak buat... bosan sangat nie.. nak gie kerja class tak ada masa nie.. ok la aku lepak depan net nie sambil layan2 lagu apa yg menarik...

So kepada u all semua nanti aku akan uploadkan pic semasa aku gie camping kat Pertak last time.. tak ada pic yg menarik sangat yg sempat dirakam kerana cuaca tak begitu baik... bukan mendung tapi dah hujan daaaa....

So aku akhiri blog ini dengan lirik lagu Kini dari Feminin..... kita layaaaannnn

Dinihari kian ku rasa
Ku imbas kembali waktu bersama
Segala kenangan silam
Bagai berlalu semalam
Hujan membasahi kita
Ku rasa bagai tangisan gembira
Dan burung bagai menyanyi
Lagu cinta

Kini hanyalah tinggal kenangan
Tiada ku rasa dalam genggaman
Hanya terdaya mengimbas semua
Kenangan yang lalu
Tiada kata ucapan di bibir
Tak ku sangka kali terakhir kini
KAu tidak akan kembali lagi

Sejenak ku tersedar pilu
Hanya bayanganmu yang menemaniku
Tapi apakan daya
Tuhan penentu segalanya

Kesal rasa hatiku
Kerna kali terakhir kita bertemu
Tiada ku lafazkan oh kata cinta

Isnin, November 05, 2007

Rinduku Padamu....

Salamku pembuka bicara..


Sudahlah lama kita berpisah....tanpaku menjenguk helaian kosonganmu. kau menanti tari jari ku menari, mencoretkan rasa hati yang sepi ini...oh...blogku....rindu aku padamu.

Hari ini ku berlabuh, melihat wajah murungmu di sebalik sinar..maafkan aku kerna sekian lama meninggalkan mu tanpa khabar...kesian aku padamu..Walau sudah lama ku tidak ke sini, bukannya aku merajuk, bukannya aku benci, namun kekangan masa melupakan aku seketika pada mu..maafkan aku sekali lagi.

Blog kesayangan ku ini, masihkah kau setia dan sudi menerima kehadiran ku?

Bila Dirimu Bukan Temanku Lagi

Ku mulakan bicara dengan salam.

Bila dirimu bukan temanku lagi. Mengapa ini yang ingin aku paparkan? Hati aku terdetik dengan apa yang kurasa. dulu teman yang kuanggap paling setia, paling rapat kini bukan lagi seorang teman. Aku tidak tahu mengapa punyanya? apa salahku kalian mula menyisih? apa silapku ynag kalian pendam tanpa nyatakan pada aku? Aku mulai rasa kalian mula menjauh daripadaku. Dulu kita bagaikan adik-beradik mesra bersama, tapi kini?,,,,mengapa harus begini? dimana silapnya hubungan persahabatan dan persaudaraan kita?dulu kita susah bersama, senang bersama. Kini mengapa kalian cuba sembunyikan segala yang ketidakpuasan hati itu. Luahkan saja pada aku.Nyatakan saja pada diriku. Tidakkah kalian sayang persahabatan yang terjalin sekian lama? AKu minta kalian maafkan aku jika aku lukakan hati kalian.

Bila bicara tentang teman....hanya yang setia dan ikhlas akan dipanggil teman sejati.

Selasa, Oktober 09, 2007

Kesan2 excident aku..







Mmm.. ramai kawan aku tanya mcm mana keadaan aku sekarang, teruk tak lukanya dan mcm2 lagi.. so hari nie aku uploadkan pic keadaan luka aku nie.. hahah..korang tgk dan bayangkan sendiri la mcm mana keadaan aku skrg nie...

Kat bahagian kaki je yg teruk sikit.. kesan bengkak hingga hari nie masih ada.. jadi agak susah untuk aku berjalan...so yg lain dah ok.. tangan aku masih tak kuat untuk angkat benda berat.. tapi dah boleh gerak selepas disapu minyak panas dan diurut...

Isnin, Oktober 08, 2007

Aku Yang Masih Cuti Sakit..



Hai All.. Salam menyambut Syawal yang bakal menjelma nanti. Hari nie aku masih bercuti sakit dek kerana kemalangan pada hari jumaat lepas. Pagi tadi badan aku terasa susah nak bangun dan kaki terasa kekejangan.. ini mungkin kerana urat2 dan kesan luka kemalangan tempoh hari..jadi aku ambik keputusan ke klinik depan rumah dan dapatkan mc.. 2 hari beb..termasuk esok hari jugak... Seharian di rumah aku sekadar habiskan masa dengan tidur dan berehat sahaja.. Apek ada dirumah hari ini tetapi sesekali sekala aku tengok dia asyik baca nota kerana esok masih ada exam yanag akan dihadapinya.. Kesian aku tengok dia.. asyik layan karenah aku sahaja semasa sakit nie.. yer la siapa lagi nak minta tolong, inilah masanya kita boleh lihat siapa kawan yang perlu dinilai dikala kita susah dan sakit..Apapun terima kasih yer Apek kerana tolong aku uruskan diri.. hehehe.. walaupun adakalanya aku naik angin.. ko tetap sabar jer.. bagus2.. nanti lepas raya aku belanja makan yer...

Semalam aku berjumpa dengan Vincent, bos tempat aku mengajar tuisyen centre di Subang Jaya. Perjumpaan tu adalah kerana perbincangan lancut tentang tawaran Vincent pada aku untuk melantik aku sebagai Profit Partner di centrenya... Setelah perbincangan dibuat dan mengikut kata patus perjanjian terakhir.. aku setuju sahaja. Bukan apa dah tiba masanya aku kembali dalam dunia bussines yang diminati selama ini. Lagipun Vincent dah beri peluang pada aku .. bayangkan tanpa modal berbentuk wang aku diberikan kepercayaan olehnya jadi partnernya...cuma aku perlukan tenaga dan tulang empat kerat ini sahaja untuk membantunya di centre nanti...Insyaallah bulan hadapan aku akan mulakan segalanya di tuisyen centre tersebut yang terletak di USJ Subang Jaya. Semoga anda semua berdoa akan kejayaan aku ini.

Berbalik pada hari ini.. suasana petang di Cheras hujan dan mendung.. Jam 6pm aku gerak gagahi jugak dengan kaki yang sakit ini hantar Apek ke bus stop.. kerana dia perlu pulang ke Shah Alam untuk hadiri exam esok (Selasa).. so balik rumah aku kesorangan lagi.. Chonz keluar berbuka puasa di luar.. jadi hari ini aku jamah berbuka sendirian sahaja.

Ketika menonton TV mak di Klang hubungi aku.. bertanyakan khabar. Tak ada apa nak dibincangkan, cuma aku maklumkan padanya tak dapat bertandang kerumahnya sebelum pulang ke Kampung kerana keadaan aku tak mengizinkan. Jadi aku berharap Mak akan raikan Hari Raya dengan anak2nya yang lain dengan gembira. Insyaallah lepas raya kita akan berjumpa.. itu janji aku di akhir perbualan...

Ketika ini aku sekadar melayari internet dirumah.. banyak yang perlu dicari maklumat terutamanya tentang strategi marketing yang harus aku gunakan untuk kembangkan bussines tuisyen centre nanti.. kalau boleh aku tak mahu lagi diundang kegagalan seperti apa yang berlaku pada aku di masa yang lepas... segalanya pengajaran buatku.


Aku berharap selepas raya ini, tumpuan pada penulisan novel akan dapat diberikan keutamaan.. tak mahu segala tulisan dan cerita yang aku tulis akan berakhir dengan hampaan dan terbuang begitu sahaja...

Wassalam....

Ahad, Oktober 07, 2007

Majlis Berbuka Puasa Dan Bday Party..


Sekadar bantu masak sahaja...heheheh


Menu Majlis.. Udang, Sotong, Udang, Ayam, Buahan, Agar2.. disediakan khas oleh Chef Azman...wawawa..


Dah penat masak nie la upahnya... hahaha.. makan la beb...


Group lelaki yg dari awal sedang tunggu.. skrg time nak makan dan merasa...

Assalamualaikum.....Minggu nie adalah minggu terakhir kita berpuasa.. dan jika ada umur yg panjang sabtu ini semua umat islam akan menyambut 1 Syawal...Tak terasa sungguh pantas masa berlalu dan kini hampir penghujungnya ramadhan kita...kat luar sana susana Hari Raya dah terasa.. bunyian mercun seperti tahun2 biasa sebagai tanda perayaan akan tiba sungguh meriah.. sehingga aku di rumah nak tidur pun tak selesa... bisinggggg....

Mmmm... sabtu lepas sempena pertemuan antara aku dan kawan2, kami telah berbuka puasa bersama2 di kediaman apartment aku Cheras... sempena minggu terakhir Ramadhan.. kami berkumpul dan berbuka puasa sesama.. kerana minggu depan masing2 antara kami akan pulang ke kampung....
Jamuan tersebut disponser oleh Siti dan Hubby... mmm.. dan dibantu masak oleh member2.. riuh di dapur ketika jamuan disediakan... aku sebagai ketua Chef tak bertauliah nie terpkasa masak dalama keadaan sakit dek kerana kemalangan sekali lagi pada Jumaat yang lepas...
walapun masa yang singkat untuk sediakan masakan... akhirnya sempat juga menu disiapkan tepat pada masanya sebelum masuknya waktu berbuka...
Kehadiran Ct n Hubby, Emma, Niah dan kakaknya yg last minutes datang, Aida, Abg Jo dan adiknya, Mie , Hafiz, Ambiak, Alias dan Yuri... dan dibantu oleh sepupu aku si Chons yang cover cantik jer... hahahaha.. Eh manalak Apek.. dia tak dapat join sbb hari esoknya ada exam...kesiannya...


Bday Party.. Man dan Aida...
Suprise... sebenarnya majlis tersebut tak akhir begitu sahaja.. selepas masing2 lepak2 kerana kekenyangan perut kerana 2 ekor ayam panggang aku habis dimakan.. hidangan Kek hari lahir di keluarkan... Hehehe.. untuk jimatkan kos... bday ini disambut serentak dengan hari lahir Aida.. kerana kami berkongsi bintang yang sama... Libra...So kek disediakan untuk 2 orang la....sedapnya... kek Coklat dan kek Carrot.. yang juga disponser oleh Ct n Hubby...

Kek dinyalakan...


Tiup jangan tak tiup lilin tu...eh berapa batang lilin tu yek...


Sapa nak dulu nie.. cepat hulur pinggan...


Nie la group gua yg disayang sangat


Bday boy yg sebuk layan tetamu..

Ok la u all jumpa lagi next story yer.. ohyer untuk majlis rumah terbuka pun dah kami rancang nanti... so tunggu je apa lak menunya yg akan disediakan...so kepada pembaca blog aku yg tak dapat dtg pada majlis ini... jgn lupa dtg pada majlis rumah terbuka kami nanti... heheh.. pasti gempak dan riuh.... hahaha... jumpa lagi...

Rabu, Oktober 03, 2007

Johnny Steamboat Wangsa Maju






Assalamualaikum...
mmmm.. just nak berkongsi dengan anda semua.. semalam aku berkesempatan berbuka puasa dengan hidangan Steamboat je.. yer la dah habis fikir nak menu apa hari2.. so pada hari Selasa si Emma chat dengan aku ajak makan steamboat.. so aku biasa la kalau bab makan sure cepat je beri kata putus.. on beb..
Pada awalnya kami nak makan di Restorant Nelayan di Titiwangsa... cuba hubungi no rest tersebut.. tapi line sebuk je.. mmm.. so petang semalam si CT n Hubby terjah jer terus... tetiba...wawawa.. meraung si CT rupanya meja dah penuh di tempah.. hampeh kan.. jam masa tu dah pukul 6.20pm... kemudian si CT terus ke Istana Budaya sahaja sbb sana ada jugak sediakan buffet ramadhan..tetapi tetap hampa.. full beb..last sekali CT calling2 cakap tukar menu makan ikan bakar kat Sentul... mmm .. aku dah hilang selera.. jam 6.50pm masih cari tempat nak makan kat mana.. tetapi biasa la CT dengan Hubby tetap nak layan karenah aku bila cakap nak makan steamboat jugak.. Si Yana tak tahu kat mana lagi... last2 dia call aku jumpa di Wangsa Maju.. makan Steamboat kat Jaya Jusco.. aku apa lagi dari KL dengan si Apek pecut motor terus kesana.. yg bestnya boleh pulak sesat jalan .. nasib baik la sampai betul2 org dah azan.. so tak lewat la untuk berbuka puasa.. mmm.. Ct n hubby dan Yana dah tunggu kat sana... heheh.. aku dengan Apek sampai kemudiannya..
Pertemuan nie adalah sekadar fun sahaja la.. sambil2 tu plan untuk menu hari sabtu nie.. akhirnya kata putus dari AJK tak rasmi.. Ketam, Udang, Sotong dan Ayam menjadi hidangan untuk jemputan nanti...
Oh yer.. lupa nak beri komen ttg steamboat di Johnny Rest... aku rasa tak la sedap sangat.. biasa sahaja... tetapi kalau dapat makan di Rest Nelayan lagi best sbb seafood yg disediakan segar berbanding di Johnny.. tapi takpe la janji dapat jugak makan steamboat... lepas makan just merayau kat JJ dan si Yana ajak ke Jalan TAR kemudian.. terus dari Wangsa Maju pecut motor ke Jln TAR.. merempet aku dgn Si Yana dan Apek...
Kat Jalan TAR memang meriah.. tapi aku tak shopping pun cuma temankan si Yana beli baju kebaya pendek untuk raya nanti.. heheh.. jam 11.00 malam gerak balik rumah dari jalan TAR... zzzz...

Selasa, Oktober 02, 2007

My Bday..

Hari nie Bday aku beb.. cewah.. itupun nak ckp ker.. tapi takpe la.. aku tetap nak war2kan jugak bday aku nie..
Semalam aku dapat kejutan dari Apek.. sebiji kek disediakan kat rumah dalam jam 12.00am.. dengan mata yg terkebil2 aku dikejutkan dengan sebiji kek atas meja...
Tapi yang paling tak best sebelum kejutan tu dia sempat kenakan aku.. korang nak tahu apa dia suruh aku buat.. ish ish kalau korang baca sure gelak bodoh jer..
Macam nie.. Si Apek nie ada pakai satu tali di pinggang dia... memang aku tahu la tu tali tangkal sakit kuning dia... heheheh.. dah besar panjang ada tali lagi ikat kat pinggang... nak jadikan cerita.. semalam dalam jam 11.45pm aku bangun nak makan.. tetiba je perut aku lapar.. sbb masa bukak puasa di KFC tak kenyang... so aku korek2 la kat dapur apa yang ada.. aku nampak nasi so terus aku tumbuk cili buatkan nasi goreng... masa aku ke dapur si Apek duk baca buku kat depan ruang tamu.. tetiba je asyik masuk keluar ke dapur.. dan rimas aku dibuatnya.. bukan nak tolong tapi kacau aku masak ada la...lepas aku masak.. dia panggil aku...
"Awak tali kat pinggang i jatuh la..".. aku tanya dia.. jatuh kat mana? dia cakap.."jatuh masa mandi tadi.." so nak buat apa aku tanya dia.." Meh la pi tengok kat dalam lubang air tu..".. aku dengan bodoh ikut jer la..
Sampai dalam bilik air aku disuruhnya cari dalam lubang air.. aku pun belek2 la dalam lubang paip tu.. aku cakap tak ada... dia lak pi dapur dengan alasan nak ambik palstik untuk buat sarung tangan untuk masukkan tangan dalam lubang air..
"Tak mau la aku.. kotor la.. lantak la nanti aku buatkan je tali baru untuk ko".. selamba je aku cakap kat dia.. tetiba aku terus ingat nasi goreng kat dapur yang belum makan...
Sampai je kat dapur.. wah ada sebiji kek atas meja..hahahaha.. hampeh punya Apek.. kenakan aku yer.. mmm.. rupanya baru aku tahu, dia takut aku bukak microwave sbb kek tu disorok dlmnya...so jam 12.00am aku potong la kek dengan muka yg selebeh...
Lepas tu.. bertalu2 sms masuk ... hehhe.. kawan2 aku ucapkan.. si Joyclyen call tengah2 malam nyanyikan lagu happy bday pada aku... arg.. touchingnyer... hehehe.. to all my frend yg wish semalam dan hari nie aku ucapkan terima kasih yer...
Tapi mms yg menarik dari Kak Ina la.. siap ada lagu dan nyanyian lagi... hehehe.. nak pujuk aku la tu... tak makan pujuk la Kak Ina.. tetap nak merajuk jugak...
So apa plan lepas nie.. sabtu nie CT n Hubby, Yana, Niah dan Aida nak dtg masak kat umah katanya nak sponser... heheh.. aku ikut jer la..sambil adakan jamuan berbuka puasa, dia org buatkan majlis harijadi aku sekali... so kepada u all yg baca blog aku nie.. anda semua di jemput yer.. sila call aku untuk tahu lokasi umah... heheheh
Jumpa lagi .. bye bye. muaaaahhhh dari bday boy...

Ahad, September 30, 2007

Sabtu, September 29, 2007

Wishing "GOOD LUCK" For My PMR Student...



Khamis lepas adalah hari terakhir pelajar PMR berjumpa dengan aku di pusat tuisyen. Ini adalah kerana pada minggu hadapan mereka akan menduduki peperiksaan tersebut.
Sedih aku melihat ucapan dari mereka.. ada yang awal2 lagi memohon maaf pada aku dan halalkan segala ilmu yang aku berikan pada mereka.. dan si Zackery lak minta aku berdoa agar mereka berjaya dlm peperiksaan PMR nanti...
Sebenarnya pelajar aku semuanya pandai dalam pelajaran.. cuma mungkin mereka keletihan didalam kelas menyebabkan pemikiran mereka selalu melayang dan bermain2. Takpe janji latihan yang aku berikan kepada mereka dapat disiapkan dengan baik dan aku bangga ada pelajar seperti mereka.. kepada kamu semua Cikgu ucapkan selamat hadapi PMR.. lakukan yang terbaik dan tenang ketika menjawap kertas Peperiksaan nanti..Kepada pelajar aku yang minta url my blog jgn lupa layati dan lihat aktiviti cikgu yang seterusnya... dan kalau rindu dan perlukan apa2 hubungi cikgu yer... semoga kita akan jumpa lagi nanti... bye bye tu u all...






Isnin, September 24, 2007

Ahad, September 23, 2007

Kek Lapis - Sunday

Mmmm.. bangun pagi nie aku tak tahu apa nak buat.. semalam aku berbuka puasa dirumah keluarga angkat di Klang.. riuh rendah gelagat cucunya kerana rindu dengan kehadiran aku... biasa la budak2 bila lama tak jumpa ada jer soalan yang ditanya... karenah mereka aku layan dengan sabar jer.. heheheh...


Hidangan berbuka puasa dirumahnya ringkas sahaja... tapi biasalah bila ramainya disisi apa pun yg disuap kemulut enak sahaja....Hidangan masakan rendang ayah di masak oleh "Mak" ambat rindu aku meraskan... rasanya dah lama aku tak menziarahi keluarga angkat aku nie... sekadar talefon sahaja yang mengeratkan hubungan kami...


Selepas berbuka aku bersiap ke Masjid utk solat Terawih bersama Mak dan keluarga Abg Naza.. menantu Mak yang pertama... Oh yer semalam jugak aku berpeluang berkunjung pasar ramadhan di perkarangan stadium Shah Alam bersama Apek... hehehhe..


Berbalik pada pagi nie.. awal lagi aku dah keluar ke pasar Bintang di depan rumah aku... hehehe.. apa yer nak buat... Kek Lapis... terus aku belikan bahanya...


Balik umah aku minta tolong Apek tolong di dapur... hanya dengan berperasakan lapisan coklat dan Vanilla sahaja kerana tak cukup bahan...


Selepas selesai selapis demi selapis aku kek lapis di bakar .. aku lepak2 je depan tv tonton Melodi.. tak ada apa cerita yang panas di paparkan...



Yeh.. kek Lapis aku dah siap... heheheh.. entah la apa yg jadinya... nampak macam tak sekata je naik lapisannya... lantak la janji aku dapat makan bila berbuka puasa nanti...

Siap satu menu... ptg nie nak masak ayam percik panggang... mmm.. mcm mana rupanya... dtg le kerumah aku.. bolh cubik sekali utk rasanya....

Bye bye bye....


Jumaat, September 21, 2007

Sahur - Saturday Morning

Assalamualaikum... jam menunjukkan 5.30am.. dah hampir akhirnya waktu subuh dan maka bermula la untuk kita berpuasa pada hari ini... Sabtu...
Dah lama aku tak bangun sahur... sekadar minum dan makan je sebelum masuk tidur waktu malam dan berniat dalam hati...
Nasib baik la Ikan goreng masak sambal aku sediakan waktu berbuka semalam masih ada lagi... jadi aku sekadar panaskan lauk dan nasi... cukup le aku rasa untuk alas perut... dengan segelas air nescafe aku bukak net dalam saja je nak update blog nie... nak kongsi dengan u all... betapa bertuahnya kita bila berpuasa kerana salah satunya betapa baik dan bagusnya bangun sahur... kerana dalam suasana yang nyaman dan tenang nie... sbb awal pagi..... kita boleh makan dan minum dengan tenang...
Apek kat sebelah aku nie sedang nyenyak tidur.. dia sekadar bangun dan temankan aku bersahur jer... ajak join sekali tak nak katanya... mungkin tak ada selera kot nak makan awal2 pagi nie... takpe la Apek ko baring je kat depan tv tu....
Mmmm... tanda habisnya waktu sahur dah kedengaran... masjis dah pun mula mengaji... air Nesc dalam cawan belum habis lagi terus aku capai cawan dan minumnya.... hehehe takpe boleh lagi.. sbb dlm islam menggalakkan kita lewat bersahur dan cepatkan berbuka puasa....
Sambil tv didepan aku terbuka dengan entah la apa tayangannya aku terus leka depan net nie.. Apek sebelah nyenyak tidur disaluti badan dengan kain pelikat dan bantal peluk.... wawawa.. Apek tu bantal peluk aku la... hampeh tul....
Alamak perut lak buat meragam.. ok la aku nak masuk tandas la... so aku stop dulu yek...
bye bye bye... selamat berpuasa... wassalam..

Arghhh... Letihnya badan...

Hai u all.. mcm mana hari nie selepas berbuka puasa tentu letih badan kan... selepas menjamu selera dengan juadah yang enak2 yang dibeli kat pasar ramadhan... hehheh... aku tahu jangan harap korang nak masak kat rumah kan... (Kak Ina jgn terasa lak yer).. hehehe...
Hari nie kali kedua aku berbuka puasa di tuisyen tempat aku ngajar class malam.. pertama kalinya adalah ketika semua umat islam sambut ramadhan.. dah la semua student aku budak cina.. bila nampak dia org bawak masuk air... mata aku dah mula meliau memandang... hehehe.. dalam hati terasa geram sangat... tapi biasa la budak2 apa dia org tahu kan.. lagipun bukan agama yang sama pun...
Masa puasa nie aku tak banyak bercakap dan ngajar pun... so masuk je dalam kelas aku berikan student menjawap soalan yg aku sediakan selama 2 jam.... heheheh pastu aku mula la melilau dan sempat berangan nak makan apa ketika berbuka puasa... selepas satu jam kelas bermula aku keluar untuk beli makanan... tetapi setakat nie "org special" yang datang hantar pada aku dengan segala juadah makanan yang dibelinya di pasar ramdhan... Note: jgn tanya siapa org special tu yek....
Jam dah tegak ke angka 12.25am... mata aku tak boleh tidur lak entah la kenapa.. mgkin keletihan selepas mengajar tadi masih belum hilang kot... so aku bukak internet dan baca news yang ada didalam nie....so terpampar kisah Adik Jurin kita yang dikatakan adalah orang yg sama dengan penemuan budak didalam beg PJS 1 yang lalu... mmm.. aku fikir memang la tak berhati perut betul org yg melakukan kekejaman tu... entah la dari mana dia datang aku tak tahu... tapi apa aku boleh buat sekadar dapat simpati sahaja dari jauh... untuk famili adik Jurin.. semoga tabah menerima dugaan ini yer... Inilah dikatakan takdir untuk diri kita bila berada dimuka bumi ini... yang pasti semuanya sementara cuma kita tidak pasti bagaimana cara kita akan kehilangan org yg tersayang... noted: kepada kawan dan kenalan diluar.. walaupun kini kita sduah dewasa pastikan keselamatan diri dijaga...
Ok la aku cow ci cow dulu yer... selamat tido dan bersahur nanti... oh yer jangan lupa niat puasa untuk esok hari... bye bye...

Rabu, September 19, 2007

Intenet back...

Yahoo.. akhirnya internet kat umah aku dah boleh digunakan... kali nie aku telah guna Wifi net, so dimana jua ruang sudut diumah aku boleh layari internet dengan mudah... so sambil baring dalam bilik dan mandi dalam bilik air pun boleh layari internet...
Selepas nie mudah la aku nak update kembali blog novel yang dah lama ditinggalkan dulu tanpa di updatekan dengan kisah lanjut...
So selamat berjumpa dinet kembali diwaktu malam yer...
bye bye..